backup og meta

Tahukah Anda, Penghidap Diabetes Sebenarnya Berisiko Alami Gigi Tercabut, Ini Sebabnya!

Tahukah Anda, Penghidap Diabetes Sebenarnya Berisiko Alami Gigi Tercabut, Ini Sebabnya!

Kebanyakan pesakit diabetes tidak mengetahui bahawa mereka berisiko untuk mengalami masalah gigi tercabut atau gigi bergoyang.

Keadaan gigi yang tidak kuat ini sememangnya ada kaitan dengan penyakit diabetes yang sedang dialami oleh mereka.

Berikut adalah penerangan lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

Keadaan diabetes dan penyebab gigi tercabut

Mereka yang mengalami diabetes amat berisiko untuk mendapat penyakit periodontal.

Penyakit periodontal juga lebih dikenali sebagai periodontitis.

Ia adalah satu keadaan penyakit di mana berlakunya keradangan tisu pada gusi dan tulang gigi lalu menyebabkan pengecutan gusi serta kehilangan gigi.

Penyakit gusi seperti ini boleh berlaku jika seseorang itu mempunyai diabetes yang tidak terkawal. 

Apakah yang menyebabkan penyakit periodontal dalam kalangan penghidap diabetes?

Diabetes atau kencing manis boleh menyebabkan perubahan pada salur darah.

Saluran darah yang menebal akan mengurangkan aliran oksigen, nutrien dan pembuangan sisa daripada tisu badan.

Aliran darah yang berkurangan ini boleh melemahkan gusi dan juga tulang seterusnya merisikokan penghidap diabetes dengan jangkitan yang lebih besar.

Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan peningkatan paras gula darah yang tinggi dalam cecair mulut.

gigi tercabut

Ini kemudiannya akan merangsang pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi.

Selain itu, jangkitan daripada penyakit periodontal yang tidak dirawat boleh menyebabkan gula darah semakin meningkat dan menjadikannya lebih sukar untuk mengawal diabetes.

Faktor-faktor ini selain kebersihan mulut yang tidak terjaga sememangnya boleh menyebabkan penyakit periodontal.

Mengapa diabetes boleh sebabkan penyakit periodontal semakin teruk seperti gigi tercabut?

Peningkatan paras gula darah dalam kalangan penghidap diabetes boleh menyebabkan kerosakan pada saraf, saluran darah, jantung, ginjal, mata dan kaki.

Hal ini juga boleh menjejaskan keadaan gusi gigi.

Kajian ada menyatakan bahawa, penyakit periodontal yang teruk boleh meningkatkan paras gula darah dalam kalangan penghidap diabetes dan bukan penghidap diabetes. 

Benarkah diabetes boleh menyebabkan gigi tertanggal atau gigi bergoyang?

gigi tercabut

Jawapannya ialah ya. Apabila penyakit gusi berkembang menjadi periodontitis, gusi anda akan mengecut dan membentuk poket.

Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, jangkitan tersebut akan terus merosakkan tulang di sekitar gigi anda.

Gigi anda mungkin akan mula bergoyang atau longgar. Malah, selain gigi bergoyang, tidak mustahil ia juga boleh menyebabkan gigi tercabut.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penghidap diabetes amat berisiko untuk mendapat penyakit gusi.

Namun, dalam masa yang sama, penyakit gusi yang teruk boleh menjejaskan paras gula darah dan menyebabkan diabetes dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai diabetes.

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang menghidap diabetes lebih berisiko untuk mendapat penyakit gusi memandangkan mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan bakteria.

Selain itu, tubuh badan mereka juga kurang berkemampuan untuk melawan jangkitan tersebut.

Oleh sebab itu, sekiranya tahap glukosa darah anda tidak terkawal, anda cenderung untuk mengalami penyakit gusi yang serius dan mengalami gigi bergoyang atau gigi tercabut. 

Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko gigi bergoyang atau gigi tercabut?

gigi tercabut

Bagi penghidap diabetes, ada beberapa kaedah atau tip yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko gigi bergoyang atau gigi tercabut. Antaranya ialah:

  • Kawal paras gula darah. Antara cara yang perlu dilakukan untuk mengawal paras gula darah adalah dengan mengawal pemakanan dan mengambil ubat-ubatan seperti yang disarankan
  • Sekiranya anda merokok, berhenti daripada tabiat tersebut dengan segera. Merokok akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit gusi atau penyakit periodontal
  • Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan berus gigi yang lembut sahaja untuk mengelakkan geseran kasar pada gusi
  • Bersihkan gigi dengan kerap seperti berkumur sejurus selepas makan
  • Buat pemeriksaan gigi dengan kerap 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diabetes and gum periodontal disease. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/d/diabetes-and-gum-periodontal-disease.html/ Accessed Mar 22, 2021.
  2. Gum disease and diabetes. https://www.bsperio.org.uk/patients/gum-disease-and-diabetes/ Accessed Mar 22, 2021.
  3. Diabetes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/in-depth/diabetes/art-20043848#:~:text=/ Accessed Mar 22, 2021.
  4. Gum disease dental problems. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-problems/gum-disease-dental-problems/ Accessed Mar 22, 2021.
  5. Diabetes. https://www.mouthhealthy.org/en/az-topics/d/diabetes/ Accessed Mar 22, 2021.

Versi Terbaru

02/11/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

Sebab Inilah Kita Kena Berus Lidah Sekali Masa Gosok Gigi! Kalau Tidak, Akan Jadi Begini...


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan