Pernah dengar mengenai hipoglisemia diabetes? Ia berkaitan dengan tahap gula dalam darah. Jom ketahui lebih lanjut mengenainya dalam perkongsian artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.
Definisi
Apa maksud sebenar di sebalik kondisi ini?
Hipoglisemia (hypo) berlaku apabila paras gula dalam darah berada bawah 4 mmol / L (72mg / dL).
Walaupun ramai dalam kalangan kita yang menganggap diabetes sebagai suatu masalah, dengan kadar gula yang tinggi dalam darah, ubat-ubatan untuk diabetes juga boleh menyebabkan paras gula mereka terlalu rendah dan ini sangatlah berbahaya.
Apa pula risiko anda anda juga jadi mangsa?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apa simptom, gejela atau tanda-tanda hypo?
Antara tanda-tanda umum bagi masalah serius ini adalah:
- Berpeluh
- Keletihan dan rasa lemah
- Pening kepala
- Pucat
- Berasa lapar
- Kadar denyutan jantung yang lebih tinggi daripada biasa
- Kabur penglihatan
- Kekeliruan
- Sawan
- Pengsan
- Koma
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza.
Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Punca
Apakah punca Hipoglisemia Diabetes?
Hipoglisemia biasa akan berlaku dalam kalangan orang yang mengambil insulin, tetapi ia boleh juga berlaku apabila anda mengambil ubat oral kencing manis yang tertentu.
Antara penyebab umum hipoglisemia diabetes termasuklah:
- Mengambil terlalu banyak insulin atau ubat diabetes
- Tidak cukup makan
- Menunda atau melangkau hidangan atau snek
- Meningkatkan aktiviti senaman atau aktiviti fizikal tanpa makan dengan lebih banyak atau mengubah jadual ubat-ubatan anda
- Minum alkohol
Faktor Risiko
Apa faktor risiko hipoglisemia diabetes?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit hipoglisemia diabetes didiagnosis?
Anda boleh menentukan jika anda mempunyai gula rendah dengan menggunakan meter glukosa darah – peranti berkomputer kecil yang mengukur dan memaparkan paras gula dalam darah anda.
Anda dikira mempunyai hipoglisemia apabila paras gula dalam darah menurun di bawah 70 mg / dL (3.9 mmol / L).
Di samping itu, adalah penting untuk merekodkan tarikh, masa, keputusan ujian, ubat dan dos, serta maklumat diet dan senaman setiap kali anda mengambil ujian darah anda.
Dan perhatikan juga apa-apa tindak balas badan terhadap gula darah rendah.
Doktor anda akan mendiagnosis hipoglisemia menggunakan rekod anda dan mencari pola untuk melihat bagaimana ubat dan gaya hidup boleh mempengaruhi paras gula anda.
Bagaimana pesakit hipoglisemia diabetes dirawat?
Kes mudah hipoglisemia boleh dirawat melalui pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi 15-20g karbohidrat yang bertindak segera seperti tablet glukosa, gula-gula, minuman manis yang bergas atau jus buah.
Sesetengah orang yang menghidap diabetes juga perlu mengambil 15-20g karbohidrat yang bertindak perlahan jika hidangan makanan yang seterusnya tiada.
Ujian darah perlu diambil selepas 15-20 minit untuk memeriksa sama ada tahap glukosa darah anda telah pulih atau belum.
Hipoglisemia yang teruk mungkin memerlukan ambulans, contohnya jika berlaku hilang kesedaran atau sawan yang berterusan selama lebih dari 5 minit.
Hipoglisemia yang teruk boleh dirawat dengan glukagon, jika kit suntikan glukagon tersedia dan dikemas kini.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani masalah diabetes ini?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani hipoglisemia diabetes:
- Jangan tunda waktu makan anda atau snek ringan. Jika anda mengambil ubat diabetes atau insulin, sentiasa konsisten dengan jumlah makanan, waktu makan dan snek ringan anda
- Pantau gula dalam darah anda. Bergantung kepada pelan rawatan anda, anda boleh menyemak dan merekodkan paras gula dalam darah anda beberapa kali seminggu atau beberapa kali sehari. Pemantauan yang berterusan adalah satu-satunya cara untuk memastikan paras gula anda berada dalam lingkungan sasaran anda
- Kira pengambilan ubat dengan berhati-hati, dan ambil ubat tepat pada masanya. Ambil ubat anda seperti yang disyorkan oleh doktor anda
- Selaraskan ubat anda atau ambil makanan ringan tambahan jika aktiviti fizikal anda bertambah. Penyelarasan akan bergantung kepada keputusan ujian gula darah, jenis dan tempoh aktiviti senaman tersebut
- Ambil makanan atau snek bersama alkohol, jika anda memilih untuk minum. Pengambilan alkohol semasa perut kosong boleh menyebabkan hipoglisemia
- Catat tindak balas glukosa rendah anda. Hal ini dapat membantu anda dan pasukan penjagaan kesihatan melihat pola yang menyumbang kepada hipoglisemia dan mencari langkah-langkah pencegahan
- Bawa kad pengenalan diri diabetes supaya dalam keadaan kecemasan orang lain akan tahu bahawa anda mempunyai diabetes. Gunakan kalung pengenalan perubatan atau gelang dan kad dompet
[embed-health-tool-bmi]