Kesan sampingan tablet metformin
Tidak dinafikan, setiap ubat-ubatan termasuklah metformin itu sendiri mempunyai beberapa kesan sampingan tertentu apabila dimakan.
Namun, ia tidak menyebabkan kesan atau penyakit yang berbahaya seperti didakwa sebelum ini.
Antara kesan sampingan yang boleh berlaku kepada anda apabila mengambil metformin adalah:
- Muntah
- Loya
- Sakit perut
- Hilang selera makan
- Cirit-birit
- Kekurangan vitamin B12 yang mungkin menyebabkan keletihan
- Gula darah rendah (hipoglisemia)

Kesan sampingan tablet metformin ini merupakan kesan yang bersifat ringan dan sementara. Malah, ia boleh dikatakan agak jarang berlaku.
Boleh jadi ada yang mengalaminya dan ada juga yang tidak melaluinya.
Kesimpulan
Penjual produk terutamanya yang menjual produk pada harga yang tidak masuk akal akan melakukan apa sahaja bagi memperdaya pesakit.
Mereka akan mendakwa bahawa produk yang dijual itu seolah-olah penawar kepada semua penyakit.
Secara logiknya, jika ia benar-benar berkesan seperti didakwa, sudah tentu banyak hospital mengambil produk tersebut sebagai kaedah rawatan diabetes.
Ingat, jika anda meninggalkan rawatan seperti yang disarankan oleh doktor dan mengambil produk lain yang belum tentu selamat, anda bukan sahaja tidak dapat mengawal diabetes yang dialami, malah mungkin boleh menyebabkan komplikasi yang lebih buruk.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen