backup og meta

Ini 9 Jenis Pemanis Alternatif, Pengganti Gula Pesakit Diabetes Boleh Cuba!

Ini 9 Jenis Pemanis Alternatif, Pengganti Gula Pesakit Diabetes Boleh Cuba!

Bacaan normal kencing manis agak sukar untuk dicapai jika makanan atau minuman mempunyai gula. Oleh sebab itu, ramai penghidap diabetes mencari alternatif gula untuk kencing manis. Namun, anda tidak perlu risau kerana ada beberapa alternatif atau pilihan yang boleh digunakan sebagai ganti gula putih atau gula pasir. Bagi anda yang belum tahu, ini 9 jenis pengganti gula untuk kencing manis. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

9 jenis pengganti gula untuk kencing manis

Sebenarnya, ada banyak jenis pemanis atau alternatif pengganti gula yang boleh pesakit diabetes guna. Berikut adalah antara jenis pemanis yang sering digunakan di seluruh dunia:

#1. Stevia

Stevia adalah pemanis semula jadi yang berasal daripada tumbuhan Stevia rebaudiana.

Produk ini mempunyai tahap kemanisan sekitar 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Seseorang hanya perlu menggunakan sedikit sahaja stevia untuk memaniskan makanan atau minuman. Ia bebas kalori dan tidak menaikkan paras gula dalam darah pesakit diabetes.

Walau bagaimanapun, harganya lebih mahal daripada pengganti gula lain.

#2. Sukralosa

Sukralosa adalah pemanis tiruan yang mempunyai tahap kemanisan kira-kira 600 kali ganda berbanding gula pasir.

Ia lebih manis daripada gula biasa tetapi mengandungi sedikit kalori. Ia adalah salah satu pemanis tiruan yang paling popular.

#3. Acesulfame potassium

gula untuk kencing manis

Acesulfame potassium, juga dikenali sebagai acesulfame K atau Ace-K. Ia adalah pemanis tiruan dengan rasa manis sehingga 200 kali ganda daripada gula biasa.

Ia biasa digunakan dalam pembuatan minuman bergas jenama terkenal. Pengilang sering menggabungkannya dengan pemanis lain untuk mengurangkan rasa pahit yang muncul selepas meminumnya. 

#4. Pengganti gula untuk kencing manis: Neotame

Neotame ialah sejenis bahan pemanis tiruan yang rendah kalori dengan tahap kemanisan kira-kira 7,000–13,000 kali ganda daripada gula putih.

Agensi Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan neotame pada tahun 2002 sebagai pemanis dan penambah rasa untuk semua makanan kecuali daging dan ayam.

#5. Allulosegula untuk kencing manis

Allulose ialah gula rendah kalori yang terdapat secara semula jadi dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah tin, kismis, dan nangka.

Ia adalah sekitar 70% sama manis dengan gula biasa tetapi hanya mempunyai 10% jumlah kalori daripada gula putih.

Pemanis ini tidak meningkatkan gula darah apabila diambil. 

#6. Tagatose

Tagatose ialah sejenis fruktosa dengan tahap kemanisan 90% lebih manis daripada sukrosa.

Ia wujud dengan jumlah yang kecil dalam beberapa jenis buah seperti epal, oren, dan nanas.

Tagatose mungkin sangat bermanfaat untuk penghidap diabetes yang mengikuti diet rendah GI.

Walau bagaimanapun, pengganti gula untuk diabetes ini lebih mahal daripada pemanis rendah kalori lain dan mungkin lebih sukar didapati di kedai.

#7. Aspartame

gula untuk kencing manis

Aspartame ialah pemanis sintetik popular dengan rasa manis 200 kali ganda lebih tinggi daripada gula biasa.

Ia telah berada di pasaran di Amerika Syarikat sejak tahun 1980-an lagi. Ia juga banyak digunakan dalam penghasilan minuman berkarbonat di seluruh dunia. 

#8. Sakarin

Sakarin banyak dijual di pasar raya dengan pelbagai jenama.

Ia tidak mengandungi sebarang kalori dengan rasa manis antara 200 hingga 700 lebih tinggi berbanding gula putih

#9. Pengganti gula untuk kencing manis: Buah biksu Cina atau monk fruit

buah biksu cina

Di luar negara, buah ini disebut sebagai monk fruit atau Lo Han Guo.

Orang Cina telah menggunakannya selama berabad-abad lamanya dalam perubatan tradisional sebagai makanan untuk membantu sistem penghadaman.

Sesetengah pengeluar membuat pemanis bebas karbohidrat dan sifar kalori daripada buah biksu cina ini. Ia adalah sekitar 250 kali lebih manis daripada gula putih dan tidak menjejaskan paras gula darah seseorang.

Kesimpulan

Bahan pemanis di atas merupakan pengganti gula yang lebih baik untuk pesakit diabetes kerana ia tidak menaikkan gula darah anda.

Kebanyakan bahan pemanis ini telah terbukti tidak memberikan kesan sampingan atau buruk jika diambil mengikut aturan dan tidak berlebihan.

Jika anda tidak begitu pasti, bertanyalah kepada doktor yang merawat atau boleh juga mengemukakan soalan anda kepada pakar pemakanan. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What Is Allulose?. https://foodinsight.org/what-is-allulose-a-different-kind-of-low-calorie-sweetener/. Accessed on January 11, 2023. 

Get to Know Carbs. https://diabetes.org/healthy-living/recipes-nutrition/understanding-carbs/get-to-know-carbs. Accessed on January 11, 2023.

D-Tagatose Is a Promising Sweetener to Control Glycaemia: A New Functional Food. https://www.hindawi.com/journals/bmri/2018/8718053/. Accessed on January 11, 2023.

EFSA Panel on Food Additives and Flavourings (FAF), Younes, M., Aquilina, G., Engel, K. H., Fowler, P., Frutos Fernandez, M. J., Fürst, P., Gürtler, R., Gundert-Remy, U., Husøy, T., Mennes, W., Moldeus, P., Oskarsson, A., Shah, R., Waalkens-Berendsen, I., Wölfle, D., Degen, G., Herman, L., Gott, D., Leblanc, J. C., … Castle, L. (2019). Safety of use of Monk fruit extract as a food additive in different food categories. EFSA journal. European Food Safety Authority, 17(12), e05921. https://doi.org/10.2903/j.efsa.2019.5921. Accessed on January 11, 2023.

M, S., M, P., E, T., L, F., F, M., M, L., L, B., M, M., & F, B. (2016). Sucralose administered in feed, beginning prenatally through lifespan, induces hematopoietic neoplasias in male swiss mice. International journal of occupational and environmental health, 22(1), 7–17. https://doi.org/10.1080/10773525.2015.1106075. Accessed on January 11, 2023.

Saraiva, A., Carrascosa, C., Ramos, F., Raheem, D., & Raposo, A. (2022). Agave Syrup: Chemical Analysis and Nutritional Profile, Applications in the Food Industry and Health Impacts. International journal of environmental research and public health, 19(12), 7022. https://doi.org/10.3390/ijerph19127022. Accessed on January 11, 2023.

Bian, X., Chi, L., Gao, B., Tu, P., Ru, H., & Lu, K. (2017). The artificial sweetener acesulfame potassium affects the gut microbiome and body weight gain in CD-1 mice. PloS one, 12(6), e0178426. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0178426. Accessed on January 11, 2023.

Versi Terbaru

21/02/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Jangan Tersalah Beli, Ini 6 Tip Pilih Glukometer Untuk Check Gula Darah Di Rumah!

Ini 6 Senaman Pesakit Diabetes Boleh Amalkan, Baik Untuk Kawal Gula Darah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan