backup og meta

Elak Hipoglisemia! Ada Cara Selamat Ambil Insulin Masa Puasa Bagi Pesakit Diabetes?

Elak Hipoglisemia! Ada Cara Selamat Ambil Insulin Masa Puasa Bagi Pesakit Diabetes?

Bagi pesakit diabetes yang bergantung kepada rawatan insulin, bulan Ramadan boleh menjadi satu cabaran yang besar. Cucuk insulin adalah perkara penting yang perlu diuruskan dengan betul bagi memastikan tahap gula dalam darah kekal stabil sepanjang berpuasa. 

Pengurusan yang betul bukan sahaja membantu pesakit menunaikan ibadah puasa dengan selamat, tetapi juga mencegah komplikasi seperti hipoglisemia (paras gula rendah) atau hiperglisemia (paras gula tinggi).

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Cabaran-cabaran biasa yang dialami oleh pesakit diabetes dengan rawatan insulin

Periksa gula darah secara berkala.
Periksa gula darah secara berkala.

Pesakit diabetes yang menjalani rawatan insulin mungkin menghadapi beberapa cabaran ketika berpuasa, antaranya:

  1. Hipoglisemia (gula darah terlalu rendah)
    Keadaan ini berlaku apabila pesakit berpuasa terlalu lama tanpa pengambilan makanan atau jika dos insulin terlalu tinggi. Gejala termasuklah berpeluh, berdebar-debar, lemah, dan pening.
  2. Hiperglisemia (gula darah terlalu tinggi) Ini berlaku jika pesakit mengambil terlalu banyak makanan ketika berbuka atau sahur tanpa dos insulin yang mencukupi. Antara gejala-gejala termasuk dahaga melampau, kerap membuang air kecil, dan keletihan.
  3. Kekeliruan mengenai dos dan masa suntikan Sesetengah pesakit tidak pasti bila perlu ambil insulin atau berapa kali sehari mereka perlu mengambil dos insulin ketika berpuasa. Ini boleh menyebabkan tahap gula yang tidak stabil sepanjang hari.

Bila perlu ambil insulin atau cucuk insulin ketika berpuasa? (berapa kali sehari cucuk insulin?)

Jumlah cucuk insulin yang diperlukan oleh pesakit diabetes ketika berpuasa bergantung kepada jenis insulin yang digunakan dan cadangan doktor

Berikut adalah panduan umum:

  • Insulin bertindak pantas: Biasanya diambil semasa waktu berbuka puasa dan sebelum sahur untuk mengawal kenaikan gula selepas makan.
  • Insulin bertindak panjang: Biasanya diambil sekali sehari, sama ada pada waktu sahur atau sebelum berbuka, untuk mengekalkan paras gula dalam darah sepanjang hari.

Secara umumnya, pesakit mungkin memerlukan 1 hingga 2 kali cucuk insulin sehari, bergantung kepada keadaan kesihatan dan cadangan doktor. 

Oleh itu, penting untuk berbincang dengan pakar perubatan sebelum memulakan puasa di bulan Ramadan.

Panduan pengambilan cucuk insulin semasa bulan Ramadan

cucuk insulin
Semak gula darah untuk elak komplikasi semasa hamil.

Bagi pesakit diabetes yang perlu mengambil insulin, berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu:

#1. Berbincang dengan doktor sebelum berpuasa

Dapatkan nasihat doktor mengenai dos insulin yang sesuai dan masa yang terbaik untuk mengambilnya ketika berpuasa.

#2. Pantau paras gula secara berkala

Pastikan anda memeriksa paras gula dalam darah beberapa kali sehari, terutama sebelum sahur, semasa berbuka, dan sebelum tidur. 

Ini membantu mengelakkan hipoglisemia atau hiperglisemia.

#3. Ambil makanan seimbang semasa sahur dan berbuka

Pastikan hidangan sahur dan berbuka mengandungi karbohidrat kompleks, protein, dan lemak sihat untuk mengekalkan paras gula yang stabil.

#4. Elakkan aktiviti fizikal berlebihan

Aktiviti yang terlalu berat boleh menyebabkan paras gula menurun dengan cepat.

Jadi hadkan aktiviti fizikal yang memerlukan tenaga yang banyak.

#5. Segera berbuka jika ada gejala hipoglisemia

Jika anda mengalami tanda-tanda hipoglisemia seperti lemah, berpeluh, atau berdebar-debar, segera berbuka dengan minuman manis atau kurma untuk menaikkan paras gula dengan cepat.

Cara menyesuaikan dos insulin ketika berpuasa

Berapa kali sehari cucuk insulin?

Dalam sesetengah kes, pesakit mungkin perlu menyesuaikan dos insulin semasa berpuasa. 

Berikut adalah beberapa tip untuk menyesuaikan dos:

  • Kurangkan dos insulin sebelum sahur: Jika menggunakan insulin bertindak panjang, anda mungkin perlu mengurangkan dos sebelum sahur bagi mengelakkan hipoglisemia semasa berpuasa.
  • Gunakan insulin bertindak pantas semasa berbuka: Ini membantu mengawal paras gula selepas makan berbuka yang biasanya mengandungi makanan manis atau berkarbohidrat tinggi.
  • Sentiasa pantau tindak balas badan: Jika paras gula terlalu tinggi atau rendah selepas menyesuaikan dos, rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.

Oleh itu, persoalan tentang berapa kali sehari cucuk insulin adalah mengikut keadaan pesakit dan nasihat doktor. 

Kesimpulan

Mengawal pengambilan cucuk insulin ketika berpuasa di bulan Ramadan memerlukan perancangan dan pemantauan yang teliti. 

Cara menyimpan insulin.
Cara menyimpan insulin.

Dengan mendapatkan nasihat doktor, mengawal pemakanan, dan memantau paras gula secara berkala, pesakit diabetes dapat berpuasa dengan lebih selamat dan mengelakkan komplikasi yang boleh menjejaskan kesihatan. 

Pastikan anda sentiasa peka dengan tanda-tanda hipoglisemia dan hiperglisemia untuk memastikan kesihatan kekal stabil sepanjang bulan Ramadan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hukum Suntik Insulin Di Bulan Ramadan. https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-ramadhan/3095-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-110-hukum-suntik-insulin-bagi-pesakit-diabetes-kronik-di-bulan-ramadhan. Diakses pada Februari 24, 2025. 

Pengambilan Insulin Ketika Berpuasa. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/04/15/pengambilan-insulin-ketika-berpuasa/. Diakses pada Februari 24, 2025.

Pengambilan insulin ketika berpuasa. https://pharmacy.moh.gov.my/ms/berita/06-jul-2017/pengambilan-insulin-ketika-berpuasa.html. Diakses pada Februari 24, 2025.

Apakah hukum suntikan insulin sewaktu ibadah puasa?. https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/jawapan?id=4164. Diakses pada Februari 24, 2025.

Risalah – Pengambilan Insulin Semasa Berpuasa. https://jknpahang.moh.gov.my/hoshas/info/risalah/item?id=1779:pengambilan-insulin-semasa-berpuasa&files_order=ordering. Diakses pada Februari 24, 2025.

Versi Terbaru

25/02/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini 5 Kesan Sampingan Suntikan Insulin, Risiko No. 5 Berkait Dengan Lelaki!

Ini 10 Mitos Selalu Orang Dengar Mengenai Suntikan Insulin Diabetes, No. 2 Paling Ramai Percaya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan