backup og meta

Elak Penyakit Kencing Manis Dengan Lakukan 7 Cara Ini

Elak Penyakit Kencing Manis Dengan Lakukan 7 Cara Ini

Diabetes adalah antara salah satu penyakit kronik yang sangat biasa berlaku dalam masyarakat kita. Adakah anda tahu, apakah cara mencegah diabetes? Kami kongsikan beberapa cara mencegah penyakit kencing manis ini agar anda tidak menjadi mangsa seterusnya. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

Cara mencegah diabetes 1: Kurangkan pengambilan gula

Diabetes atau penyakit kencing manis amat sinonim dengan pengambilan gula.

Apabila anda mengambil makanan bergula atau karbohidrat yang telah diproses, maka risiko anda untuk mendapat kencing manis juga adalah lebih tinggi.

Oleh itu, kurangkan pengambilan gula dalam diet harian anda.

Antara cara untuk kurangkan pengambilan gula adalah dengan mengurangkan saiz gula yang anda ambil daripada sebelum ini.

Jika sebelum ini anda letakkan tiga sudu gula dalam secawan teh, kurangkannya kepada satu sudu sahaja.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pemanis lain yang lebih sihat selain gula biasa. Antaranya ialah gula perang dan juga stevia.

Cara mencegah diabetes 2: Lakukan banyak aktiviti fizikal

cara mencegah diabetes

Aktiviti fizikal adalah antara salah satu cara mencegah penyakit diabetes yang sangat berkesan.

Dengan melakukan aktiviti fizikal, ia boleh membantu mengawal dan menurunkan paras gula darah anda.

Selain itu, berat badan anda juga akan semakin berkurangan dan meningkatkan sensitiviti tubuh anda terhadap insulin.

Apabila tubuh badan anda lebih sensitif terhadap insulin, maka gula darah tidak akan kekal berada dalam aliran darah anda.

Antara jenis aktiviti fizikal yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan kaki, mengemas rumah, memotong rumput atau sebarang aktiviti lain yang membuatkan tubuh anda lebih aktif. 

Cara mencegah diabetes 3: Ambil banyak sumber serat

Serat adalah salah satu daripada komponen penting dalam pemakanan anda.

Apabila anda mengambil serat, ia akan membantu mengawal gula darah sekali gus mengurangkan risiko mendapat diabetes.

Selain itu juga, serat boleh membantu perut anda untuk berasa kenyang dengan lebih lama.

Dengan itu, berat badan anda juga akan semakin berkurangan. 

Cara mencegah penyakit kencing manis 4: Banyakkan minum air kosong

cara mencegah diabetes

Air kosong adalah air minuman yang terbaik kerana ia tidak mengandungi sebarang kalori.

Apabila anda kerap meminum air kosong, anda boleh mengelakkan pengambilan minuman bergula yang tinggi kalori.

Budaya meminum air kosong bagi menggantikan minuman manis boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat diabetes. 

Cara mencegah penyakit kencing manis 5: Ambil sumber makanan bijirin penuh

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa bijirin penuh membantu mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes.

Bijirin penuh boleh mengawal paras gula darah dalam tubuh badan anda.

Anda mungkin mahu bertukar kepada pilihan makanan yang diperbuat daripada jenis bijirin penuh.

Cari sahaja roti, pasta atau bijirin sarapan yang tertera perkataan ‘bijirin penuh’ atau ‘whole’ pada pembungkusnya.

Cara mencegah penyakit kencing manis 6: Amalkan pemakanan rendah karbohidrat

cara mencegah diabetes

Karbohidrat dalam makanan akan bertukar menjadi gula sewaktu dicerna dalam tubuh.

Sekiranya anda banyak mengambil sumber karbohidrat, maka paras gula darah anda juga akan menjadi tinggi.

Oleh itu, amalkan diet atau pemakanan yang rendah kandungan karbohidrat.

Sebagai contoh, jika anda makan nasi pada waktu tengah hari, hanya ambil satu senduk atau dengan saiz segenggam tangan anda sahaja.

Banyakkan mengambil sumber protein dan sayur-sayuran dalam pemakanan anda. 

Cara mencegah penyakit kencing manis 7: Turunkan berat badan anda

Cara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ia memerlukan kesabaran, ketabahan dan keazaman yang tinggi.

Namun, jika anda berjaya menurunkan berat badan sedikit demi sedikit, risiko anda untuk mendapat kencing manis juga akan semakin berkurangan.

Penurunan berat badan bukan hanya mengurangkan risiko diabetes, tetapi juga penyakit-penyakit kronik yang lain.

Cara yang paling mudah untuk menurunkan berat badan anda adalah dengan kerap bersenam dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Jika anda konsisten melakukan senaman setiap hari, berat badan anda pasti akan berkurangan dengan lebih banyak. 

Kesimpulan

Jika anda menganggap cara mencegah diabetes ini sukar untuk dilakukan, ketahuilah bahawa menguruskan keadaan diabetes adalah lebih sukar.

Oleh itu, lakukan langkah pencegahan ini bermula sekarang agar anda tidak menjadi mangsa diabetes yang seterusnya.

Kongsikan maklumat ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain jika anda rasa ia bermanfaat buat mereka. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Type 2 diabetes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-2-diabetes/in-depth/diabetes-prevention/art-20047639. Accessed 7 June 2022.
  2. Prevention diabetes. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/13340-diabetes-lifestyle-changes–prevention. Accessed 7 June 2022.
  3. How to prevent diabetes. https://medlineplus.gov/howtopreventdiabetes.html. Accessed 7 June 2022.
  4. Prevent type 2. https://www.cdc.gov/diabetes/prevent-type-2/index.html. Accessed 7 June 2022.
  5. Preventing diabetes.https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/disease-prevention/diabetes-prevention/preventing-diabetes-full-story/Accessed 7 June 2022.

Versi Terbaru

07/06/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Jalan Kaki, Senaman Paling Mudah Untuk Pesakit Diabetes. Tapi Ada Syarat!

Terkejut Kencing Berbuih? Jangan Biarkan! Ada 3 Puncanya, Termasuk Penyakit Kronik!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan