backup og meta

9 Manfaat Sentuhan Kulit ke Kulit Antara Ibu Dengan Bayi Selepas Lahir, Lihat #7!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/10/2023

    9 Manfaat Sentuhan Kulit ke Kulit Antara Ibu Dengan Bayi Selepas Lahir, Lihat #7!

    Selain kepentingan permulaan awal untuk penyusuan susu ibu, anda juga perlu tahu manfaat sentuhan kulit ke kulit antara ibu dengan bayi selepas kelahiran. Kenapa? Jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    #1. Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi mengadaptasi suhu

    Perubahan suhu akan menjadi satu masalah kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana mereka tidak perlu mengawal suhu badan mereka sendiri sebelum dilahirkan.

    Anda boleh membantu bayi anda mengadaptasi persekitaran “baru” mereka dengan melakukan sentuhan ini seperti mendukung atau merangkul mereka dalam dakapan anda.

    Ini dapat memastikan mereka kekal hangat seperti mana suasana di dalam rahim ibu.

    #2. Ia membantu perkembangan mental bayi

    Dalam satu kajian yang dilakukan oleh pengkaji Kanada, bayi yang baru lahir dan menerima jagaan ibu ‘kangaroo’ lebih berpotensi untuk mempunyai fungsi otak yang lebih berkembang.

    Ini adalah hasil daripada sentuhan oleh ibu mereka. Bayi yang menerima jagaan ibu ‘kangaroo’ juga mempunyai kadar degupan jantung yang stabil dan tidur yang lebih terkawal.

    manfaat sentuhan kulit ke kulit

    #3. Ia membantu bayi mendapatkan berat badan yang sihat

    Apabila bayi anda kekal hangat dalam dakapan anda, mereka mampu menyimpan tenaga mereka untuk tumbesaran.

    Ia lebih bagus berbanding menggunakannya untuk menyesuaikan diri dengan suhu dan persekitaran selepas lahir.

    Hasilnya, mereka mampu mencapai berat badan yang lebih sihat berbanding bayi yang ditempatkan di dalam inkubator.

    #4. Sentuhan itu membantu proses penyusuan susu ibu

    Bayi yang menerima jagaan ibu ‘kangaroo’ lebih mudah untuk mencari kedudukan puting ibu lalu menyusu.

    Terdapat banyak kajian yang menunjukkan sentuhan tersebut mampu melonjakkan tempoh bayi menyusu badan tiga bulan lebih lama berbanding yang tidak mendapat jagaan tersebut.

    #5. Sentuhan juga membantu proses penghasilan susu ibu

    Malika D. Shah yang merupakan seorang pembantu profesor jabatan pediatrik dan neonatologi di Northwestern University Feinberg School of Medicine mengatakan ada manfaat sentuhan kulit ke kulit antara ibu dengan bayi.

    Ia dapat membantu si ibu menghasilkan lebih banyak susu badan. Ini disebabkan hormon laktasi yang seimbang hasil interaksi antara ibu dan bayi yang kerap dan baik.

    #6. Ia membantu bayi mengurangkan sakit dan stres

    Apabila bayi berada dalam dakapan anda lebih kerap, mereka akan berasa lebih tenang dan selamat.

    Kajian menunjukkan bahawa manfaat sentuhan kulit ke kulit antara ibu dengan bayi yang lebih kerap akan membantu bayi anda mengurangkan kadar hormon kortisol dan meningkatkan kadar hormon oksitoksin yang banyak mempengaruhi emosi bayi.

    manfaat sentuhan kulit ke kulit

    #7. Ia membantu bayi menjalin hubungan dengan bapa

    Kajian menunjukkan bahawa sentuhan kulit ke kulit dengan bayi juga dapat membantu bapa untuk berinteraksi dan menjalinkan hubungan dengan bayi mereka.

    #8. Sentuhan ini akan membantu bayi mudah tidur

    Tidur yang nyenyak juga merupakan manfaat sentuhan kulit ke kulit antara ibu dengan bayi.

    Jika bayi anda tidak lagi berasa terganggu atau tertekan, mereka akan lebih mudah untuk tidur dan tidak mudah terjaga berbanding bayi yang tidak menerima jagaan ibu ‘kangaroo’.

    #9. Ia membantu mencegah depresi selepas kelahiran

    Menurut pakar daripada The American Journal of Maternal/Child Nursing (MCN), manfaat sentuhan kulit ke kulit dapat merembeskan oksitoksin.

    Hormon ini berfungsi mengurangkan kegelisahan yang berlaku selepas kelahiran. Selain itu, ia akan merapatkan hubungan antara ibu dan anak, yang dapat mengurangkan risiko depresi selepas kelahiran.

    Bagi memaksimumkan sentuhan di antara anda dan bayi anda seharusnya memastikan bayi anda berada dalam dakapan anda dua jam pertama selepas kelahiran.

    Tabiat ini dapat boleh dikekalkan sehingga 20 minggu selepas bayi lahir sehingga mereka mula menunjukkan petanda mereka ingin keluar daripada dakapan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan