Budak Sekolah dan Perkembangan Mental

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 8 minit bacaan
Share now

Pernahkah kita sebagai ibu bapa terfikir mengenai kesejahteraan budak sekolah dan anak kita di sekolah? Adakah mereka benar-benar menikmati masa di sekolah atau sekadar memenuhi kehendak guru dan ibu bapa tanpa sebarang keseronokan menghadirinya? Budak sekolah yang mengalami peristiwa traumatik di sekolah pada kebiasaannya tidak meluahkannya dan bertindak memendamnya. Bagi kejadian yang kerap dialami oleh budak sekolah seperti buli, ia memberi kesan yang buruk kepada mereka memandangkan ia melibatkan kecederaan yang mungkin bukan sahaja melibatkan fizikal, malah melibatkan mental budak sekolah. Setiap kali berbicara tentang buli, seringkali terbayang perwatakan ganas budak sekolah di sekolah bergaduh sesama sendiri. Gejala buli sangat merisaukan golongan ibu bapa dan guru-guru di sekolah kerana akan mengakibatkan pelbagai kesan negatif terhadap mangsa buli atau si pembuli itu sendiri.

Mengapa budak sekolah membuli?

budak sekolah

Menurut kajian yang dilakukan bertahun-tahun, kanak-kanak yang membuli ini cenderung mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah, skil sosial yang kurang baik serta tidak mempunyai ramai kawan. Selain itu mereka juga sebenarnya pernah menjadi mangsa buli sebelum menjadi pembuli. Namun begitu, pakar psikologi kini mula menjumpai sesuatu yang baharu. Mereka menyatakan bahawa pembuli sebenarnya mempunyai skil sosial yang kadangkala lebih baik daripada kanak-kanak lain. Selain itu, mereka juga membuli kerana terdapat sokongan daripada kawan-kawannya yang menganggap si pembuli itu sebagai ketua mereka.

Skil sosial pembuli yang baik tidak semestinya akan menyebabkan mereka lebih disenangi oleh rakan-rakan mereka. Mereka cenderung menggunakan perasaan empati mereka untuk mengesan mangsa buli yang mudah untuk dijadikan sasaran. Kemudian, mereka akan mula menunjukkan dominasi dan kekuasaan terhadap mangsa buli.

Antara punca utama budak sekolah membuli adalah perasaan marah, kurang perhatian daripada ibu bapa dan keganasan domestik. Sekiranya di rumah juga sering kali mereka melihat keganasan berlaku di depan mata mereka, maka tidak hairan jika anak anda itu juga cenderung melakukan gejala seperti membuli dan gejala negatif yang lain.

Tanpa pengawasan yang sepatutnya, budak sekolah ini akan terlibat dengan banyak masalah. Mereka akan lebih mudah terbabit dalam pergaduhan, merosakkan harta benda selain lemah dalam pembelajaran. Sejurus mencapai usia dewasa, mereka lebih cenderung untuk mengambil dadah dan alkohol, mempunyai masalah dalam pekerjaan dan perhubungan atau lebih malang lagi, dimasukkan ke penjara akibat salah laku.  

Apakah yang perlu dilakukan mengenai gejala buli budak sekolah?

Seperti yang dinyatakan di atas, gejala buli dalam kalangan budak sekolah berlaku akibat perasaan marah, kurang perhatian daripada ibu bapa ataupun pengalaman kanak-kanak itu terhadap keganasan. Berikut merupakan punca dan langkah mengatasinya bagi membendung gejala tidak sihat ini.

Perasaan marah

Budak sekolah yang membuli ini sebenarnya mempunyai masalah dalaman dalam diri mereka. Ini mungkin disebabkan masalah peribadi yang berlaku sama ada di rumah atau di sekolah. Mereka akan menjadikan gejala buli ini sebagai cara untuk melepaskan kemarahan mereka.

Dalam kes ini, anda perlu mengubah persekitaran anak anda agar menjadi lebih positif dan lebihkan berkomunikasi dengan mereka. Jika keadaan masih tidak berubah, bawa anak anda berjumpa pakar untuk khidmat nasihat atau rawatan.

Kurang perhatian

Budak sekolah yang membuli ini sebenarnya memerlukan perhatian daripada individu lain. Mereka menyangka perbuatan membuli kanak-kanak lain adalah satu perbuatan yang nampak hebat di mata kanak-kanak lain sekali gus menganggap diri mereka penting dan terkemuka dalam kalangan rakan-rakan mereka.

Untuk menyelesaikan hal ini, anda perlu memberi lebih perhatian kepada anak anda. Rapatkan hubungan sesama anda dan ambil masa untuk berkomunikasi dengan anak anda. Namun anda diingatkan untuk tidak terlalu memaksa kerana mereka masih memerlukan privasi mereka untuk menenangkan diri.

Keganasan domestik

Budak sekolah akan belajar gejala buli ini ketika berada di rumah. Budak sekolah yang menjadi pembuli kebanyakannya datang daripada keluarga yang turut menggunakan keganasan ketika berada di rumah. Contohnya, adik-beradik lelaki yang lebih tua akan menggunakan kekerasan dan membuli adik mereka yang lebih lemah dan muda bagi mendapatkan autoriti.

Sekiranya situasi ini berlaku di rumah anda, hentikannya segera dan berbincang dengan anak anda. Anda perlu menerangkan tentang kelakuan tidak baik ini kepada mereka yang hanya akan mendatangkan kesan negatif. Berbincang bersama anak anda bagi mendapatkan solusi yang paling baik bagi menjamin keharmonian dalam kehidupan keluarga anda sekali gus menghentikan gejala buli yang semakin membimbangkan kini.

Bagaimana mengetahui jika anak anda menjadi mangsa buli budak sekolah?

budak sekolah

Pernahkah anda memandang anak anda dan berasa mereka sebenarnya kelihatan takut dan teragak-agak untuk pergi ke sekolah atau taman permainan bersama rakan mereka? Anda mungkin mengambilnya sambil lewa sahaja dan menganggap anak anda cuma terlalu malu atau terlalu malas. Namun begitu, anda sebenarnya perlu tahu bahawa terdapat kemungkinan anak anda menjadi mangsa masalah sosial yang sangat berbahaya iaitu buli.

Bagaimana mengetahuinya?

Gejala buli akan mengakibatkan perasaan malu yang sangat teruk buat mangsa terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Disebabkan itu, anak anda mungkin hanya akan berdiam diri dan melaluinya seorang diri. Ibu bapa seharusnya lebih peka terhadap kondisi anak dan mempelajari petanda jika anak anda dibuli. Berikut merupakan 5 petanda biasa yang menunjukkan bahawa anak anda menjadi mangsa buli:

  • Kecederaan seperti lebam, luka, calar dan lain-lain: Jika anak anda kerap dan banyak mengalami kecederaan abnormal, ia mungkin disebabkan mereka dibuli. Ibu bapa perlu memberi perhatian lebih terhadap kecederaan dalaman mereka seperti sakit perut atau kepala. Ini mungkin lebih sukar untuk dikesan namun mendatangkan kesan sampingan yang lebih teruk.
  • Kehilangan barangan hak milik: Kanak-kanak sememangnya sangat mudah kehilangan barangan, namun jika majoriti barangan hak milik mereka kerap rosak atau hilang, anda perlu berwaspada kerana anak anda mungkin menjadi mangsa buli.
  • Perubahan tingkah laku: Anak anda mungkin kerap terlepas waktu makan, sukar tidur atau gagal mengawal emosi. Selain itu, anak anda mungkin berkeras tidak mahu ke tempat awam seperti sekolah atau taman permainan.
  • Keputusan teruk di sekolah: Anda perlu risau jika gred anak anda di sekolah merudum dengan teruk.
  • Tidak mempunyai ramai rakan: ini tidak semestinya tepat kerana ada kanak-kanak yang memang bersikap pemalu. Namun begitu, anak anda mungkin akan mempunyai rakan yang sangat sedikit jika dia merupakan seorang mangsa buli.

Apakah yang perlu dilakukan?

Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentu sekali bukan penyelesaiannya. Jika anak anda tidak mahu berkongsi masalah mereka, anda boleh memerhatikan reaksi mereka dengan bertanyakan soalan yang melibatkan topik. Contohnya, anda boleh bertanya di mana mereka meletakkan barangan peribadi mereka dan jika mereka tidak menjawab, teruskan bertanya jika ada individu lain yang mencuri barangan tersebut.

Ketika ini, perhatikan riak wajak, bahasa tubuh serta nada suara mereka. Jika anak anda sudah bersedia untuk bercerita, pastikan mereka selesa dan percaya dengan anda. Jangan sesekali memarahi mereka kerana ini bukanlah salah mereka. Sebaiknya, biarkan mereka meluahkan perasaan mereka seterusnya menenangkan dan puji mereka kerana berani menceritakan perkara yang betul kepada anda.

Selain itu, anda juga boleh berbincang dengan cikgu di sekolah anak anda atau terus berjumpa pengetua sekolah bagi membincangkan langkah intervensi yang boleh dilakukan untuk membendung gejala buli ini. Jika gejala ini masiih berlaku dan anak anda terus menjadi mangsa, anda seharusnya berjumpa dengan ibu bapa pembuli untuk berbincang.

Akhir sekali, ajar anak anda bagaimana untuk melindungi diri sendiri. Ajar mereka untuk mendapatkan bantuan daripada individu dewasa jika mereka berasa terancam dan selalu berada dalam kumpulan yang besar untuk mengurangkan risiko ancaman. Sebagai ibu bapa, sentiasa ingatkan anak anda akan perkara ini sebelum keluar ke mana-mana.

Buli dan peristiwa traumatik lain turut memberi kesan terhadap kewujudan mogok sekolah oleh budak sekolah yang terbabit. Persekolahan merupakan satu tanda tempoh peralihan dalam kehidupan setiap individu untuk mengembangkan rasa berdikari dan menyesuaikan diri dengan peringkat berpisah daripada ibu bapa dan berjumpa dengan individu baru. Tidak dinafikan, terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuhi budak sekolah dalam kehidupan bersekolah. Sesetengah cabaran adalah mudah untuk diselesaikan, namun ada juga yang sukar. Jika masalah tersebut dibiarkan tanpa sebarang penyelesaian, perasaan negatif seperti ketakutan, kemurungan, dan kegelisahan mungkin akan wujud dari semasa ke semasa, yang akhirnya mewujudkan gangguan psikologi yang dipanggil ‘mogok sekolah’. Walaupun usia umum untuk gangguan ini bermula adalah dari 10 hingga 13 tahun, risiko mogok sekolah ini tidak terhad kepada sebarang jantina, etnik dan kumpulan usia.

Simptom mogok sekolah

budak sekolah

Jika simptom berikut berlaku berulang kali selepas anak anda memulakan persekolahan, berkemungkinan besar ia adalah tingkah laku mogok sekolah yang mungkin wujud:

  • Sikap tidak normal seperti agresif, penafian, keletihan, kemurungan, kegelisahan sosial, ketakutan dan panik.
  • Sikap mencari perlindungan yang berlebihan.
  • Suka berkepit dengan individu dewasa secara berlebihan.
  • Mengamuk atau menangis apabila perlu ke sekolah.
  • Melarikan diri daripada sekolah atau rumah.
  • Cuba untuk lambat, tiba ke sekolah selambat yang boleh.
  • Cuba mendapatkan keizinan untuk tidak hadir ke sekolah atau kerap untuk mendapatkan rawatan harian untuk masalah fizikal seperti kekejangan perut, sakit kepala atau mual. Walau bagaimanapun, simptom ini hilang sebaik sahaja mereka dibenarkan pulang ke rumah.

Punca mogok sekolah

6 punca yang biasanya menjadi penyebab utama:

  • Kesukaran untuk bersosial seperti pengucapan awam, pengasingan, konflik atau dibuli dengan rakan.
  • Kesukaran dalam akademik seperti kesukaran dalam hal berkaitan gred atau kegelisahan ujian.
  • Kesukaran atau konflik dengan guru.
  • Kegelisahan perpisahan, iaitu rasa takut sesuatu mungkin berlaku kepada mereka atau ibu bapa mereka apabila berpisah.
  • Peristiwa traumatik seperti kesakitan atau kematian ahli keluarga atau perpisahan atau perceraian ibu bapa.
  • Manfaat yang diperolehi apabila duduk di rumah seperti dapat menonton televisyen, bermain permainan video atau meluangkan masa dengan keluarga tersayang.

Langkah penyelesaian mengatasi mogok sekolah

  • Pengenalan dan pengintegrasian secara berperingkat untuk ke sekolah dan kelas. Pelajar mungkin hanya menghadiri sesi makan tengahari dan menghadiri beberapa kelas kegemaran untuk peringkat permulaan bagi beberapa hari. Peningkatan secara berperingkat dan berterusan ini untuk memberikan pelajar pendedahan terhadap persekitaran yang membuatkan pelajar merasakan bahawa tiada apa yang perlu ditakuti apabila menghadiri kelas.
  • Pertemuan tidak formal bersama guru. Ini membolehkan penyelesaian sebarang salah faham yang timbul kepada anak anda kepada guru mereka dan juga dalam masa yang sama memperkukuhkan ikatan antara kedua-dua pihak.
  • Perbincangan mendalam. Ini dapat membantu untuk lebih memahami masalah dan kebimbangan serta ketakutan dari akar umbi, sekali gus mencari pendekatan yang sesuai untuk membantu mereka mengatasi masalah mereka.

Bagaimana untuk memastikan keselamatan anak anda di sekolah?

budak sekolah

Sekolah merupakan antara tempat yang paling selamat untuk kanak-kanak, namun, memastikan keselamatan anak di sekolah merupakan kebimbangan bagi sebilangan besar ibu bapa. Penyakit, kemalangan dan kecemasan boleh berlaku, persediaan kecil boleh membantu untuk memastikan anak selamat di sekolah.

Sediakan anak dengan maklumat untuk dihubungi

Ibu bapa perlu memastikan anak dapat mengingati semua makluman individu penting untuk dihubungi, termasuk nama penuh, alamat dan nombor telefon ibu bapa. Ia adalah untuk membantu anak untuk dapat menghubungi ibu bapa apabila berlaku kecemasan. Disarankan juga untuk memberikan pihak sekolah maklumat tersebut dan memaklumkan jika berlaku sebarang perubahan. Maklumat seperti preskripsi ubatan, masalah perubatan, pembedahan yang pernah dijalankan adalah penting untuk dimaklumkan kepada pihak sekolah.

Maklumkan kepada sekolah mengenai keadaan kesihatan anak

Sekiranya anak anda mempunyai masalah kesihatan yang kronik, seperti asma, diabetes atau alahan yang teruk, anda perlu mempunyai pelan perancangan yang teratur dengan sekolah. Ibu bapa perlu meminta untuk berjumpa dengan individu yang bertanggungjawab terhadap keperluan kesihatan kanak-kanak untuk berbincang mengenai situasi yang dihadapi anak. Untuk melindungi anak anda, adalah sebaiknya untuk melatih mereka untuk bertindak balas jika berlaku sebarang kes kecemasan atau untuk mengendalikan ubatan. Adalah penting untuk kanak-kanak mengetahui cara untuk menyelamatkan diri atau meminta bantuan daripada guru atau rakan.

Ajarkan asas kebersihan dan penjagaan diri

Membasuh tangan merupakan satu rutin kebersihan diri yang membantu melindungi kanak-kanak daripada jangkitan. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak mengenai barangan yang mereka tidak boleh kongsikan dengan individu lain seperti berus gigi, tuala, pisau cukur, sapu tangan, penyepit kuku dan barang-barang peribadi lain, kerana berkongsi mungkin menjadi punca kepada jangkitan.

Dapatkan vaksin mengikut ketetapan masa

Sekolah merupakan antara tempat yang penuh dengan banyak individu, menjadikan ia antara sumber penyebaran virus dan penyakit. Oleh itu, mengikuti jadual vaksin yang ditetapkan adalah antara cara penting untuk melindungi anak anda daripada penyakit di sekolah. Setiap dos vaksin adalah penting kerana ia melindungi dan melawan penyakit berjangkit yang menjadi ancaman kepada kesihatan.

Berwaspada dengan pembuli

budak sekolah

Seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa buli jarang berkongsi cerita dengan individu lain terutamanya ibu bapa mereka. Dan sebagai ibu bapa, anda harus sentiasa mengambil berat dan berbual dengan anak anda serta mengenal pasti sebarang tanda amaran, seperti kemerosotan gred, merayu untuk tidak hadir ke sekolah atau menyendiri daripada sosial. Mengenali rakan kepada anak anda juga boleh membantu anda untuk memahami anak anda, situasi mereka dan mencari jalan untuk membantu.

Peraturan keselamatan lain

Jika anak anda mengambil bahagian dalam acara sukan sekolah, pastikan mereka memakai pakaian yang betul semasa bermain. Ibu bapa perlu mengenal pasti simptom gegaran dan memerhatikan keadaan anak selepas mereka pulang daripada aktiviti sukan.

Ajarkan kepada anak anda tentang peraturan keselamatan jalan raya. Jika ibu bapa membenarkan anak untuk berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah, ajarkan mereka cara untuk menyeberangi jalan menggunakan lintasan jalan yang disediakan. Jika mereka menaiki bas, ajar mereka untuk melihat pemandu bas sebelum melintasi bahagian hadapan bas dan elakkan untuk berjalan di belakang bas.

Sebagai ibu bapa, anda perlu sentiasa memastikan kesejahteraan fizikal dan mental anak-anak anda. Pantau aktiviti harian anak-anak anda, perkembangan dari masa ke masa dan reaksi serta sebarang perubahan yang ketara. Anak anda berkemungkinan mempunyai masalah yang tidak diceritakan kepada anda akibat takut dimarahi atau dimalukan. Jadilah pendengar yang baik dan setia kepada anak anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Ramai ibu bapa yang memberikan vitamin untuk anak, tanpa memikirkan risiko yang bakal anak hadapi. Ini senarai suplemen berbahaya untuk anak remaja.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Senaman Ringan Dapat Bantu Murid Lebih Cepat Belajar & Sentiasa Fokus Dalam Kelas!

    Tak sangka rupa-rupanya senaman ringan memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak terutama dapat membuatkan mereka lebih fokus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 14/07/2020 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tulisan tangan

    Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan