Bolehkah Beri Si Manja Makan Coklat? JANGAN Selagi Mereka Belum Capai Usia Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Siapa yang tidak sukakan coklat? Kita semua gemarkannya. Manis dan lazat. Anak kecil atau bayi pastinya tertarik dengan bar coklat. Anda mungkin tertanya-tanya bolehkah memberi bayi makan coklat? Mungkinkah timbul reaksi alahan dan apakah simptomnya?

Alahan coklat

Sebenarnya, walaupun ada kemungkinan untuk wujudnya alahan kepada koko (bahan utama dalam coklat), tetapi ia sangat jarang berlaku. Ini kerana coklat itu sendiri tidak berada dalam senarai makanan alahan paling biasa, tetapi kandungan bahan-bahan tertentu di dalam coklat yang memungkinkan berlakunya reaksi alahan.

Jadi ia adalah sangat penting untuk ibu bapa membaca kandungan label sebelum memberikan coklat kepada bayi buat pertama kalinya. Seorang bayi berisiko untuk mengalami reaksi alahan jika mempunyai ahli keluarga seperti ibu atau adik-beradiknya yang turut alami alahan.

Antara bahan yang biasa menyebabkan reaksi alahan adalah seperti:

  • Susu
  • Kekacang
  • Gandum dan gluten
  • Soya
  • Jagung
  • Beri

Bila boleh berikan bayi coklat?

Sebaiknya anda menunggu sehingga bayi anda mencecah usia sekurang-kurangnya setahun atau lebih baik sehingga bayi anda berusia 2 tahun, sebelum memperkenalkan coklat kepadanya.

Ketika anda memutuskan untuk memberikan bayi anda coklat, pastikan tiada alergen (bahan penyebab alahan) yang berpotensi untuk menyebabkan reaksi alahan. Sebaiknya anda mulakan dengan coklat gelap.

Sebenarnya tidak ada garis panduan khusus tentang bagaimana untuk memberikan bayi anda coklat buat pertama kalinya. Tetapi, dinasihatkan untuk memberikan pada kadar atau jumlah yang kecil. Ini adalah untuk memastikan sama ada bayi anda mempunyai reaksi alahan atau tidak. Dan jika ia tidak mendatangkan sebarang masalah, anda boleh menambahn jumlah dan kuantiti secara beransur-ansur.

Simptom alahan

Tidak kira sama ada anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai alahan kepada makanan atau tidak, sebaiknya, kali pertama anda memperkenalkan coklat kepada bayi anda, perhatikan sebarang simptom reaksi alahan seperti:

  • Tersedu
  • Kegatalan
  • Sesak nafas, kesukaran bernafas, atau simptom asma¬†
  • Hidung berair atau kerap bersin
  • Mata merah atau berair
  • Bengkak lidah, tekak atau mulut
  • Muntah atau cirit-birit

Jika bayi anda alami kesukaran bernafas, atau bengkak pada lidah, tekak, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Simptom seperti cirit-birit, ekzema atau sembelit mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum muncul.

Adakah coklat baik untuk bayi?

Walaupun bayi anda mungkin tidak mengalami sebarang reaksi alahan kepada coklat atau bahan biasa yang terkandung dalam coklat, sebaiknya anda tidak memberikan bayi anda coklat terlebih dahulu sehingga usia yang sesuai kerana coklat mengandungi sedikit kafein.

Jumlah kuantiti kafein yang sedikit itu mungkin tidak mendatang impak kepada individu dewasa, tetapi untuk seorang bayi kecil, kuantiti tersebut mungkin lebih dari cukup. Kafein boleh merangsang dan meningkatkan tekanan darah serta kadar degupan jantung.

Coklat juga mengandungi perangsang lain seperti gula, theobromine, dan phenylethylamine, yang boleh mengakibatkan kesan rangsangan dalam sistem saraf bayi. Malahan coklat juga mengandungi anandamide, bahan yang boleh menjejaskan fungsi otak.

Namun, selepas bayi anda berusia 24 bulan dan ke atas, pastikan anda memberikan bayi anda coklat pada kadar yang berpatutan kerana coklat sememangnya mempunyai beberapa manfaat kesihatan.

Beberapa manfaat coklat adalah seperti:

  • Menyokong fungsi otak. Bahan yang dipanggil flavanol, secara semula jadi terkandung dalam coklat dapat membantu meningkatkan fungsi ingatan dan meningkatkan keupayaan kognitif umum.
  • Sistem peredaran darah. Pengambilan coklat secara tetap menunjukkan peningkatan prestasi jantung dan saluran darah. Flavanol juga membantu menghalang pembekuan darah dan meningkatkan peredaran darah.
  • Mengurangkan kerosakan sel. Coklat kaya dengan antioksidan, yang juga terdapat dalam beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia berfungsi meminimumkan kerosakan sel semula jadi dan meningkatkan kecekapan pelbagai fungsi sel.
  • Meningkatkan mood. Coklat merangsang pengeluaran neurotransmiter yang dipanggil endorphin, yang dikenali untuk mewujudkan rasa kebahagiaan pada individu. Bahan seperti serotonin juga membantu memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan turut dijumpai dalam coklat.
  • Tahap kolesterol. Ia mungkin bukan sesuatu yang perlu dirisaukan pada bayi anda. Tetapi pastinya ia sesuatu yang baik untuk mengetahui bahawa coklat boleh mengurangan kadar kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan kolesteril HDL (kolesterol baik).

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bayi Baru Lahir Ada Satu Bau Yang Buat Ibu Rasa Ketagih, Dari Mana Datangnya Bau Ini?

    Mengapa ya bayi yang baru lahir mempunyai bau yang wangi? Apa punca serta mengapa bayi berbau wangi sehinggakan kita rasa macam nak gigit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

    Mungkin ramai yang belum cakna mengenai apa itu sleep apnea. Benarkah gangguan tidur apnea juga boleh berlaku kepada bayi? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

    Mungkin ramai yang sudah faham maksud flos gigi namun tidak melakukannya. Kalian perlu tahu bahawa ia penting untuk anda dan juga si kecil. Jom klik ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

    Kelahiran bayi songsang berlaku dalam kalangan 3-4% ibu hamil. Jika tidak diuruskan dengan betul, komplikasi serius boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    melawat bayi

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    jantina bayi

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    penghawa dingin

    Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    bayi julur lidah

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan