Menurut Dr Bessel A Van Der Kolk, penyelidik bidang posttraumatic stress disorder, antara isu utama dalam penderaan kanak-kanak dalam keluarga, sama ada kanak-kanak yang dipukul atau dicabul adalah isu kerahsiaan. Kekurangan bahasa untuk menyampaikan peristiwa di mana orang yang sepatutnya menyayangi bertukar menjadi pemangsa sering berlaku. Oleh itu, salah satu pergelutan yaang dihadapi oleh mangsa adalah kesukaran untuk mencari bahasa untuk membicarakannya. Sesetengah pesakit juga mungkin meragui pengalaman penderaan seksual kerana mereka tidak dapat mencari kata untuk menerangkan apa yang berlaku kepada diri mereka.
Disebabkan itu, dalam sesetengah kes, mangsa mungkin ditempatkan dalam psikoterapi berkumpulan di mana mereka bercakap mengenai pengalaman mereka antara satu sama lain dan bukan dengan ahli psikiatri. Ini memberi mangsa rasa memiliki keluarga, dan mengatasi masalah trauma pesakit untuk berbicara kepada pakar psikiatri kerana mereka mungkin tidak dapat mempercayai orang yang mempunyai autoriti. Apatah lagi apabila orang dewasa yang mempunyai autoriti telah mengambil kesempatan terhadap diri mereka sewaktu mereka masih kanak-kanak.
Trauma dan kebencian pada diri sendiri
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen