Gusar dengan kadar berhenti yang tinggi pada klinik obesitinya, Felitti memutuskan untuk menyiasat misteri tersebut. Beliau menemui beberapa dapatan yang menghairankan, kesemua peserta yang berhenti dilahirkan dengan berat badan normal. Mereka tidak bertambah berat secara beransur-ansur. Sebaliknya, mereka bertambah berat secara mendadak dan kekal pada berat yang sama.
Berasa hairan dengan dapatan tersebut, beliau membuat keputusan untuk melakukan wawancara secara bersemuka dengan beberapa ratus peserta yang berhenti. Dalam salah satu wawancara ketika bertanya usia peserta apabila aktif secara seksual, seorang peserta menangis apabila memberitahu bahawa sewaktu usia 4 tahun, dicabul oleh ayahnya sendiri. Terkejut dan tergamam dengan respon tersebut, beliau cuba bertanya soalan yang sama pada peserta lain. Hasilnya, daripada 286 orang peserta yang ditemuramah, hampir semuanya pernah didera secara seksual sewaktu kanak-kanak.
Dapatan kajian ini membuka mata Dr Felliti bahawa obesiti bagi mangsa dera ini bukanlah masalah, sebaliknya satu penyelesaian. Kepada mereka, makan adalah satu penyelesaian. Dalam kes wanita yang telah dirogol, menjadi obes menyebabkannya berasa selamat dan tidak dapat dilihat oleh lelaki. Begitu juga masalah tingkah laku lain seperti penagihan dadah, alkoholisme, kurang aktiviti fizikal dan merokok didapati lebih tinggi pada mereka yang mengalami pengalaman buruk zaman kanak-kanak. Kerana semua ini adalah cara mereka menangani tekanan trauma lampau.
Apabila badan mengingati trauma
Kajian ACEs dan risiko kesihatan disebabkan trauma zaman kanak-kanak mengubah landskap bidang perubatan awam di peringkat global. Ini disebabkan impak pengalaman buruk zaman kanak-kanak memberi kesan kepada statistik semua krisis kesihatan awam seperti kemurungan, penyalahgunaan dadah, kanser, penyakit jantung, diabetes, obesiti dan banyak lagi.
Kanak-kanak yang hidup dalam tekanan bertindak balas kepada dunia sebagai tempat bahaya yang berterusan. Dengan otak mereka berhadapan kebanjiran hormon tekanan dan tidak berfungsi dengan sewajarnya, mereka tidak boleh memberi tumpuan kepada pembelajaran. Mereka ketinggalan pelajaran di sekolah atau gagal membentuk hubungan yang sihat dengan rakan sebaya atau membuat masalah dengan guru dan pengetua kerana mereka tidak dapat mempercayai orang dewasa. Dengan rasa putus asa, rasa bersalah dan kecewa dalam psikologi mereka, mereka sering mendapat kesenangan dalam makanan, alkohol, merokok, seks bebas dan sebagainya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen