Anak Anda Kemurungan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/05/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Ada masanya, kanak-kanak boleh menjadi sedih, menjengkelkan, atau berada dalam emosi yang tidak baik. Tetapi, seandainya, perasaan dan pemikiran negatif berada dalam diri seorang kanak-kanak untuk tempoh yang lama dan menjejaskan fungsi keupayaan normalnya, ia mungkin petanda anak anda kemurungan.

Apa itu kemurungan?

Kemurungan adalah sejenis gangguan emosi. Kanak-kanak yang tertekan sering berasa sedih, kecewa atau menjengkelkan untuk beberapa minggu, bulan atau lebih lama. Tanda lain adalah mempunyai pemikiran negatif. Ini termasuk sering memfokuskan kepada masalah atau kesilapan, semakin kritikal dan banyak mengadu.

Kemurungan boleh memberikan kesan buruk kepada tenaga, tumpuan, tidur dan selera makan. Kanak-kanak yang berdepan masalah ini mungkin hilang minat dalam melakukan aktiviti atau kerja sekolah, kelihatan letih, mudah berputus asa, atau bersembunyi daripada rakan dan keluarga. Apabila kanak-kanak menjadi kemurungan, adalah sukar untuk mereka memberikan usaha, walaupun pada aktiviti yang mereka gemar lakukannya. Kemurungan akan menyebabkan perasaan tidak dihargai, penolakan atau benci. Ia membuatkan masalah harian menjadi lebih sukar daripada kenyataan sebenarnya. Apabila kemurungan menjadi semakin serius, ia boleh menyebabkan pemikiran untuk mencederakan diri atau membunuh diri.

Bagaimana mengenal pasti anak anda kemurungan?

Ibu bapa dan individu dewasa lain mungkin sukar untuk mengenal pasti bila seorang kanak-kanak itu tertekan. Perasaan yang menjengkelkan atau kemarahan mungkin kelihatan seperti sikap yang tidak baik atau tidak menghormati. Kurang tenaga dan hilang minat adalah sama seperti tiada usaha untuk mencuba. Oleh kerana ini tanda kemurungan sering kali diabaikan. Ini kerana kemurungan ditunjukkan dengan cara yang berbeza dan mungkin menyebabkan kekeliruan, anda perlu membawa anak untuk pemeriksaan doktor apabila anda menyedari perasaan sedih atau emosi yang tidak baik berlaku kepada anak anda untuk tempoh beberapa minggu.

Bagaimana untuk membantu kanak-kanak dengan kemurungan?

Seperti gangguan emosi yang lain, kemurungan boleh dirawat dengan perhatian dan penjagaan yang betul. Tetapi masalah ini juga boleh menjadi semakin teruk jika ia tidak mendapat rawatan. Jika anda berasa anak anda mungkin tertekan atau mungkin berdepan masalah dalam emosi, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membantu:

  1. Berbual dengan anak anda tentang kemurungan dan emosi. Kanak-kanak mungkin mengabaikannya, menyembunyikan atau menafikan keadaan yang dihadapi, dan mereka mungkin tidak menyedari bahawa mereka tertekan. Kanak-kanak yang lebih berusia dan remaja mungkin akan berpura-pura mereka tidak memerlukan bantuan, jadi anda harus tetap mencuba untuk berbual dengan mereka. Dengarkan apa yang mereka ingin katakan, tunjukkan sokongan dan kasih sayang anda.
  2. Berjumpa dengan doktor. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap. Pemeriksaan yang lengkap akan memberikan doktor untuk memeriksa keadaan kesihatan anak anda yang boleh membawa kepada simptom seperti kemurungan. Jika doktor meragui anak anda mempunyai kemurungan atau yang hampir sama dengan gangguan emosi, doktor mungkin akan mencadangkan untuk berjumpa pakar dan mendapat pemeriksaan dan rawatan.
  3. Hubungi pakar terapi. Kemurungan boleh dirawat. Namun, tanpa pertolongan yang betul, ia boleh menjadi lebih kronik. Seorang pakar terapi kanak-kanak atau remaja boleh memberikan penilaian kepada keadaan anak anda dan mencadangkan rawatan yang bersesuaian.

Rawatan untuk kemurungan, kebiasaannya adalah terapi, ubatan atau gabungan keduanya. Kaunseling untuk ibu bapa juga merupakan sebahagian daripada rawatan. Ia menumpukan cara dan kaedah untuk ibu bapa membantu memulihkan anak yang berdepan kemurungan.

Alatan yang berbahaya, dadah dan alkohol harus dihapuskan sepenuhnya. Perhatikan sebarang tanda membunuh diri. Anak yang membunuh diri mungkin bercakap mengenainya secara peribadi atau berkongsikannya di internet, memberikan segala barang kepunyaannya, berfikir tentang kematian dan penyalahgunaan dadah.

Apa yang ibu bapa boleh lakukan?

Bantuan daripada pakar terapi adalah sangat diperlukan. Namun, ibu bapa juga memainkan peranan penting. Di rumah, perkara yang kecil tetapi memberikan impak yang besar boleh membantu anak anda berdepan dengan kemurungan.

Pastikan anak anda mendapat makanan berkhasiat, tidur yang mencukupi, dan melakukan aktiviti fizikal harian. Ini boleh memberikan impak positif kepada emosi.

Luangkan masa bersama. Nikmati masa bersama anak dengan melakukan perkara yang anda berdua gemari. Berjalan-jalan, bermain permainan, memasak, membuat kraf atau menonton filem lawak. Memupuk semangat yang emosi dan perasaan yang positif seperti keseronokan, ketenangan dan kegembiraan, boleh menyemarakkan emosi anak anda.

Bersabar dan bertenang. Sentiasa ingat sikap menjengkelkan anak anda adalah sebahagian daripada kemurungan, ia bukan disengajakan. Elakkan sebarang pertengkaran, atau menggunakan perkataan yang tidak elok. Cuba untuk bersikap bertenang dan memahami. Hubungan yang positif dengan ibu bapa boleh menguatkan daya tahan anak anda untuk melawan kemurungan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anak Anda Tertekan? Mari Atasinya

    Masalah tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira peringkat usia. Sebagai individu dewasa, tekanan di tempat kerja boleh membuatkan kita tertekan adalah sesuatu perkara biasa. Namun tanpa kita sedari ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 13/12/2018 . 3 minit bacaan

    Tertekan, Bagaimana untuk Kekal Sihat?

    Pasti anda pernah mengalami tekanan, bukan? Tetapi tahukah anda bagaimana untuk kekal sihat walaupun dalam keadaan tertekan? Ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/11/2018 . 4 minit bacaan

    Migrain Episodik dan Migrain Kronik

    Migrain kronik dan migrain episodik adalah sebahagian daripada spektrum gangguan migrain, tetapi berbeza entiti klinikal. Migrain berlaku disebabkan oleh keradangan yang menyebabkan saluran darah di otak mengembang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 06/08/2018 . 2 minit bacaan

    Ketakutan Menyebabkan Gangguan Panik?

    Adakah anda pernah mengalami serangan ketakutan secara tiba-tiba yang berlaku selama beberapa minit? Dalam situasi ini, anda mungkin tidak berfikir tentang apa-apa lagi atau meneruskan kerja anda. Jika ya, anda ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 03/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menyanyi dan menari

    Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    pilihan-rawatan-kegelisahan-tersedia

    Rawatan Kegelisahan: Pilihan Yang Tersedia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/03/2019 . 3 minit bacaan

    6 Sebab Kenapa Anda Selalu Ada Pemikiran Negatif, Hapuskan Ia Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/03/2019 . 2 minit bacaan
    tip mengawal kemarahan

    Tip Mengawal Kemarahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/02/2019 . 2 minit bacaan