home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Anak Anda Mengalami Tekanan?

Adakah Anak Anda Mengalami Tekanan?

Sebagai individu dewasa, yang berdepan dengan tekanan dalam kehidupan seharian, kita seringkali menyatakan keinginan untuk kembali ke zaman kanak-kanak, yang kononnya tidak berdepan dengan tekanan. Tetapi benarkah kehidupan zaman kanak-kanak tiada tekanan? Atau kita terlupa tentang tekanan yang kita pernah hadapi ketika zaman kanak-kanak dahulu? Dan mungkinkah anak anda mengalami tekanan?

Adakah Anak Anda Mengalami Tekanan?

Zaman kanak-kanak juga boleh menyumbang kepada tekanan – risaukan prestasi akademik sekolah, keletihan mengikuti pelbagai aktiviti sekolah, kelas tambahan dan sebagainya. Anak anda mungkin menderita dalam diam dan tekanan itu mungkin tidak disuarakan kerana mereka mungkin tidak memahami lagi erti tekanan. Tekanan turut boleh memberikan impak yang besar dalam kehidupan anak.

Faktor yang menyumbang kepada tekanan:

  • Risau tentang tugasan sekolah atau prestasi
  • Bebanan tanggungjawab; sekolah, rumah atau sukan
  • Hadapi masalah dengan kawan, dibuli atau tekanan rakan sebaya
  • Berpindah sekolah atau rumah, berdepan masalah di rumah atau gelandangan
  • Mempunyai pemikiran negatif terhadap diri sendiri
  • Mengalami proses perubahan badan
  • Melihat pergaduhan ibu bapa, penceraian atau perpisahan
  • Masalah kewangan dalam keluarga
  • Tinggal di kejiranan atau perumahan yang tidak selamat

Simpton tekanan

Mari kenal pasti simptom umum tekanan kepada kanak-kanak;

  1. Gangguan pemakanan atau masalah tidur

Tekanan yang dihadapi anak anda akan membuatkannya mengalami kesukaran untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik dan mencukupi. Ini sekali gus membuatkan anak anda akan semakin tertekan, kelesuan dan mengalami kegelisahan. Perubahan dalam pemakanan, sama ada makan dengan lebih banyak atau makan dengan kurang, turut merupakan simptom tekanan. Cuba selami faktor yang menyebabkan anak anda mengalami tekanan dan kegelisahan – anda mungkin memerlukan bantuan doktor dan kaunselor untuk membantu anda dalam hal ini.

  1. Mimpi ngeri

Ketakutan yang berkaitan dengan tidur adalah satu reaksi tindak balas terhadap peristiwa yang mendatangkan tekanan atau trauma. Anda mungkin boleh mencuba untuk menyelami hati anak anda dengan kerap meluangkan masa untuk bertanyakan keadaannya. Ia membolehkan mereka menyedari bahawa anda mengambil berat tentang mereka.

  1. Agresif

Jika sebelum ini anak anda merupakan anak yang mudah mendengar kata dan berubah tingkah lakunya, seperti kerap menjerit, menendang atau memukul sama ada rakan atau adik beradik yang lain serta berdepan kesukaran untuk melakukan tugasan yang memerlukan kesabaran, ia mungkin tanda bahawa anak anda mengalami tekanan. Sebaiknya, anda cuba untuk bercakap dengan anak anda tentang perubahan tingkah lakunya, dan seandainya ia tidak berjaya, anda mungkin boleh merujuk kepada doktor atau ahli terapi.

  1. Sukar menumpukan perhatian

Berdepan masalah untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran dan menghadapi masalah untuk melakukan dan menyelesaikan sebarang tugasan sekolah. Jadual harian yang padat, cenderung menyebabkan anak menjadi cepat letih dan tidak bermaya.

  1. Menyendiri

Masalah penceraian ibu bapa, berpindah rumah atau sekolah, mendapat adik baru atau dibuli di sekolah, boleh menyebabkan anak anda merasa dipinggirkan atau ketakutan. Berikan perhatian yang lebih kerap dan cuba wujudkan rutin harian yang memberikan keselesaan kepada anak anda. Sebagai contoh; setiap pagi anda akan makan sarapan pagi bersamanya atau setiap petang, anda akan membawanya pergi ke taman untuk beriadah. Jika anda mengesyaki anak anda menghadapi masalah di sekolah, berjumpalah dengan gurunya.

  1. Kencing malam

Ia mungkin jarang berlaku, tetapi ia tidak mustahil untuk berlaku. Kanak-kanak yang terlalu banyak berfikir atau mengalami tekanan mungkin ‘terlepas’ isyarat bahawa mereka perlu pergi ke bilik air. Seandainya ia berlaku, pastikan anak mengetahui bahawa anda tidak memarahi mereka. Jika keadaan ini berterusan, mungkin anda perlu berjumpa doktor untuk menjalankan pemeriksaan.

  1. Hiperaktif

Apabila kanak-kanak tidak mampu untuk mengendalikan tekanan yang dihadapi, mereka cenderung untuk melepaskan tenaga negatif. Marah, tidak mendengar kata atau melarikan diri apabila anda ingin bercakap dengan mereka adalah satu petanda bahawa anak anda mengalami masalah. Bantu anak anda untuk menyingkirkan tenaga negatif ini ke arah yang lebih positif dengan mengajarnya untuk menjadi lebih tenang seperti senaman pernafasan dalaman, mendengar muzik yang menenangkan, regangan badan atau yoga.

  1. Reaksi berlebihan

Ada masanya, tekanan untuk memenuhi permintaan ibu bapa seperti harus mendapatkan keputusan yang cemerlang, harus aktif dalam sukan tertentu, perlu menyertai aktiviti tertentu, turut boleh menyebabkan anak anda menjadi tertekan kerana merasakan mereka perlu menjadi sempurna. Bantu untuk membina keyakinan diri anak anda dan berikan sokongan kepadanya dalam apa juga bidang yang diingininya agar dia dapat menemui keyakinan diri untuk menempuhi cabaran pada masa mendatang.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

8 Warning Signs That Your Child Is Under Too Much Stress

https://www.scholastic.com/parents/family-life/social-emotional-learning/social-skills-for-kids/8-warning-signs-your-child-under-too-much-stress.html /Accessed on March 15, 2019.

 

Stress in childhood

https://medlineplus.gov/ency/article/002059.htm /Accessed on March 15, 2019.

 

Identifying signs of stress in your children and teens

https://www.apa.org/helpcenter/stress-children.html /Accessed on March 15, 2019.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 15/03/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x