backup og meta

Adakah Anak Anda Sakit atau Berpura-pura Sakit?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    Adakah Anak Anda Sakit atau Berpura-pura Sakit?

    Daripada hidung berair hinggalah masalah sakit perut, kadangkala ia boleh menjadi sukar untuk mengetahui sekiranya anak anda betul-betul sakit atau hanya berpura-pura untuk tidak hadir ke sekolah. Perlukah anda berjumpa doktor atau adakah ini hanyalah helah yang dilakukan anak anda?

    Di sini adalah tip-tip yang boleh menjadikan anda penyiasat yang pakar tentang penyakit:

    Siasat tempat kejadian

    Anda harus bandingkan apa yang anda lihat dan apa yang diberitahu anak anda. Jika anak anda makan lempeng dan sosej dan kemudiannya mengadu sakit perut, maka ini adalah sesuatu yang boleh diabaikan. Tetapi sekiranya dia tidak mahu makan atau minum, maka ini adalah sesuatu yang perlu dirisaukan.

    Dapatkan bahan bukti

    Siapkan diri anda dengan dua alatan mudah untuk mengumpul bahan bukti tentang kesihatan anak anda: termometer dan lampu suluh kecil. Petua tradisional yang menyuruh meletakkan tangan di dahi tidak berkesan. Tangan anda hanya boleh merasakan suhu di kawasan luaran dahi. Tetapi anda ingin memeriksa sama ada anak anda mempunyai peningkatan suhu badan atau demam.

    Membalut dengan selimut atau meletakkan botol air panas di dahi boleh menjadikan anak anda menjadi panas. Tip ini mungkin digunakan untuk menipu anda. Perkara sebegini tidak akan meningkatkan suhu badan anak anda. Doktor merujuk kepada demam adalah apa sahaja yang tinggi daripada 38 darjah celsius. Mereka tidak mempedulikan tentang suhu rendah (mungkin sekolah tidak). Anak anda sepatutnya mempunyai suhu yang normal tanpa mengambil sebarang ubat melegakan demam seperti acetaminophen atau ibuprofen dalam 24 jam.

    Lampu suluh kecil boleh digunakan untuk melihat ke dalam mulut anak anda. Arahkan mereka untuk berkata “Ahh”. Ini akan membantu menekan lidah ke bawah untuk melihat kepada tonsil. Sekiranya anak anda mempunyai tompokan putih atau lelehan putih di belakang tekak, mereka mungkin sakit. Ia tidak bermakna anak anda mempunyai strep kerana anda perlu menjalankan swab , tetapi ia masih tidak normal.

    Bercakap dari hati ke hati

    Kadangkala, anak anda berpura-pura sakit untuk tidak ke sekolah mungkin kerana berasa takut, risau atau gelisah tentang sesuatu yang berlaku di sekolah. Anda harus meningkatkan kemahiran keibubapaan dan cuba menyiasat apa yang sedang terjadi kepada anak anda.

    Sekiranya anda tidak pasti

    Kadangkala, anda tidak mempunyai masa di waktu pagi sebelum bas sampai ke pintu rumah. Anda mungkin masih belum pasti sama ada anak anda berpura-pura atau tidak. Anda mungkin perlu menunggu selepas satu jam dan melihat bagaimana keadaan mereka. Hantar mereka ke sekolah walaupun telah lewat jika mereka sudah kembali bertenaga. Apa yang penting adalah anda perlu memahami anak anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan