backup og meta

Ibu Ayah, Ini Sebab Mengapa Anak Remaja Anda Perlu Ambil Vaksin HPV

Ibu Ayah, Ini Sebab Mengapa Anak Remaja Anda Perlu Ambil Vaksin HPV

Jangkitan human papillomavirus (HPV) boleh menyebabkan beberapa jenis kanser. Namun, vaksin hpv dapat bantu mencegahnya. Persoalannya, pada usia berapakah suntikan ini diambil, dan perlukah anak remaja mengambilnya?

Bagi menjawab persoalan ini, teruskan pembacaan anda.

Buat pengetahuan anda, virus ini sebenarnya sangat kerap menjangkiti manusia, kira-kira 8 daripada 10 orang akan mendapat jangkitan pada satu ketika dalam hidup mereka.

Tetapi kebanyakan individu yang dijangkiti tidak sedar bahawa mereka telah menghidap jangkitan ini.

Sebenarnya, pengambilan vaksin HPV dapat membantu mencegah 6 jenis kanser di kemudian hari:

  • Kanser serviks, tekak, faraj, vulva, dan dubur pada kanak-kanak perempuan
  • Kanser tekak, zakar, dan dubur pada kanak-kanak lelaki
  • Ia juga dapat membantu mencegah ketuat pada kelamin

Justeru, cara terbaik untuk mencegah jangkitan HPV adalah dengan mendapatkan vaksin.

Perkara ini menjadi antara sebab penting untuk memastikan semua kanak-kanak dan anak remaja untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Apa itu HPV?

vaksin hpv

HPV bermaksud papillomavirus manusia, adalah jangkitan seksual kerap berlaku yang biasanya tidak menimbulkan gejala dan hilang dengan sendirinya. Akan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan penyakit serius.

HPV menjadi punca kepada:

  • Hampir semua kes ketuat kelamin dan kanser serviks
  • 90% daripada kanser dubur
  • 65% kanser faraj
  • 50% kanser vulva
  • 35% kanser zakar
  • 60% sebahagian barah mulut dan tekak

HPV menjangkiti kedua-dua jantina lelaki dan wanita.

Virus ini boleh disebarkan melalui hubungan intim atau kontak dengan kulit kemaluan semasa melakukan aktiviti seksual, bukan hanya melalui penetrasi.

Virus ini memasuki tubuh melalui pecahan kecil pada kulit dan kebiasaannya berlaku tanpa sebarang simptom atau tanda.

Kondom mungkin menawarkan perlindungan daripada seks yang berisiko tetapi ia tidak berkesan sepenuhnya terhadap HPV.

Ini kerana ia tidak merangkumi keseluruhan kulit bahagian kelamin.

Anda juga mungkin berminat:

Bagaimana vaksin ini berfungsi?

Vaksin HPV disyorkan untuk individu berumur 9 sehingga 26 tahun:

  • Untuk kanak-kanak dan remaja berusia 9-14 tahun: Vaksin diberikan dalam 2 suntikan dalam jangka masa 6 sehingga 12 bulan
  • Untuk remaja dan dewasa muda (umur 15-26): Vaksin diberikan sebanyak 3 dos dalam jangka masa 6 bulan

Selain itu, vaksin ini akan berfungsi optimum apabila suntikan dilakukan pada waktu yang tepat.

Sekiranya anda berusia di bawah 26 tahun dan anda telah terlepas suntikan, anda masih boleh melakukannya.

Walau bagaimanapun, vaksin tidak mampu melindungi mereka yang sudah pun dijangkiti HPV sebelum mendapat vaksin.

Cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan ini adalah dengan memberi vaksin HPV sebelum melakukan hubungan seks buat pertama kalinya.

Tetapi usah putus asa, walaupun anda telah melakukan hubungan seks, jangan menyerah untuk mendapatkan vaksin.

Ia masih berfungsi untuk menjadi pelindung kesihatan daripada sebarang virus yang berpotensi untuk berlaku.

Apakah kesan sampingan vaksin HPV?

Biasanya, vaksin ini seringkali tidak mendatangkan risiko berbahaya.

Bengkak, terasa sakit pada tempat suntikan, atau berasa seperti hendak pitam boleh menjadi salah satu daripada kesan sampingannya.

Tambahan itu, sama seperti suntikan vaksin yang lain, reaksi alergi boleh tercetus bagi sesetengah individu.

Pun begitu, agensi Food and Drug Administration (FDA) sering memantau untuk memeriksa vaksin secara teliti bagi memastikan sebarang komplikasi yang diakibatkan oleh suntikan ini dapat dielakkan.

Vaksin HPV secara rutin disyorkan untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki berusia 11 atau 12 tahun, serta boleh diberikan seawal usia 9 tahun.

Selain itu, ia sesuai untuk diberikan kepada mereka sebelum mula melakukan hubungan seksual dan terdedah kepada jangkitan HPV.

Penyelidikan menunjukkan bahawa penerimaan vaksin pada usia muda tidak dikaitkan dengan permulaan aktiviti seksual yang lebih awal.

Di samping itu, tindak balas terhadap vaksin adalah lebih baik pada usia yang lebih muda berbanding mereka yang lebih berusia.

Perlukah anak remaja mendapatkan vaksin HPV?

hpv untuk anak remaja

Untuk menjawab persoalan sama ada perlukah anak remaja mendapat vaksin HPV, jawapannya, semestinya, YA!

Ibu bapa mungkin bimbang sekiranya vaksin ini secara tidak langsung akan mendorong remaja untuk melakukan hubungan seks sebelum perkahwinan.

Pun begitu, ternyata, penyelidikan yang dilakukan oleh kerajaan British Columbia di Kanada terhadap semua wanita muda di wilayah tersebut setelah mendapat vaksin HPV menunjukkan hasil sebaliknya.

Walaupun tidak ada kajian mengenai hubungan antara vaksin HPV pada remaja dengan tingkah laku seksual, namun sekurang-kurangnya ibu bapa dapat memastikan anak muda mereka terlindung daripada jangkitan HPV.

Kebanyakan wanita kini hanya menyedari kepentingan vaksin HPV setelah mereka mula berkeluarga, yang mana mungkin sudah terlambat bagi mereka.

Oleh itu, memberi pemahaman kepada para remaja tentang bahaya tingkah laku seksual sebelum nikah dan mengukuhkan nilai keluarga dapat menjadikan mereka lebih bijak dalam membuat keputusan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://kidshealth.org/en/parents/hpv-vaccine.html
  2. https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/infectious-agents/hpv/what-parents-should-know-about-the-hpv-vaccines.html
  3. https://www.uofmhealth.org/health-library/uz2098
  4. https://www.healthychildren.org/English/safety-prevention/immunizations/Pages/Are-Your-Kids-Protected-from-Cancer-Caused-by-HPV.aspx
  5. https://www.cdc.gov/vaccines/parents/diseases/hpv.html
  6. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hpv-infection/in-depth/hpv-vaccine/art-20047292
  7. https://www.caringforkids.cps.ca/handouts/preteens-and-teens/hpv_vaccine_teens

Versi Terbaru

28/06/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

5 Perkara Asas & Penting Semua Yang Orang Perlu Tahu Tentang Vaksin HPV!

Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 28/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan