backup og meta

Anak Anda Kemurungan?

Anak Anda Kemurungan?

Ada masanya, kanak-kanak boleh menjadi sedih, menjengkelkan, atau berada dalam emosi yang tidak baik. Tetapi, seandainya, perasaan dan pemikiran negatif berada dalam diri seorang kanak-kanak untuk tempoh yang lama dan menjejaskan fungsi keupayaan normalnya, ia mungkin petanda anak anda kemurungan.

Apa itu kemurungan?

Kemurungan adalah sejenis gangguan emosi. Kanak-kanak yang tertekan sering berasa sedih, kecewa atau menjengkelkan untuk beberapa minggu, bulan atau lebih lama. Tanda lain adalah mempunyai pemikiran negatif. Ini termasuk sering memfokuskan kepada masalah atau kesilapan, semakin kritikal dan banyak mengadu.

Kemurungan boleh memberikan kesan buruk kepada tenaga, tumpuan, tidur dan selera makan. Kanak-kanak yang berdepan masalah ini mungkin hilang minat dalam melakukan aktiviti atau kerja sekolah, kelihatan letih, mudah berputus asa, atau bersembunyi daripada rakan dan keluarga. Apabila kanak-kanak menjadi kemurungan, adalah sukar untuk mereka memberikan usaha, walaupun pada aktiviti yang mereka gemar lakukannya. Kemurungan akan menyebabkan perasaan tidak dihargai, penolakan atau benci. Ia membuatkan masalah harian menjadi lebih sukar daripada kenyataan sebenarnya. Apabila kemurungan menjadi semakin serius, ia boleh menyebabkan pemikiran untuk mencederakan diri atau membunuh diri.

Bagaimana mengenal pasti anak anda kemurungan?

Ibu bapa dan individu dewasa lain mungkin sukar untuk mengenal pasti bila seorang kanak-kanak itu tertekan. Perasaan yang menjengkelkan atau kemarahan mungkin kelihatan seperti sikap yang tidak baik atau tidak menghormati. Kurang tenaga dan hilang minat adalah sama seperti tiada usaha untuk mencuba. Oleh kerana ini tanda kemurungan sering kali diabaikan. Ini kerana kemurungan ditunjukkan dengan cara yang berbeza dan mungkin menyebabkan kekeliruan, anda perlu membawa anak untuk pemeriksaan doktor apabila anda menyedari perasaan sedih atau emosi yang tidak baik berlaku kepada anak anda untuk tempoh beberapa minggu.

Bagaimana untuk membantu kanak-kanak dengan kemurungan?

Seperti gangguan emosi yang lain, kemurungan boleh dirawat dengan perhatian dan penjagaan yang betul. Tetapi masalah ini juga boleh menjadi semakin teruk jika ia tidak mendapat rawatan. Jika anda berasa anak anda mungkin tertekan atau mungkin berdepan masalah dalam emosi, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membantu:

  1. Berbual dengan anak anda tentang kemurungan dan emosi. Kanak-kanak mungkin mengabaikannya, menyembunyikan atau menafikan keadaan yang dihadapi, dan mereka mungkin tidak menyedari bahawa mereka tertekan. Kanak-kanak yang lebih berusia dan remaja mungkin akan berpura-pura mereka tidak memerlukan bantuan, jadi anda harus tetap mencuba untuk berbual dengan mereka. Dengarkan apa yang mereka ingin katakan, tunjukkan sokongan dan kasih sayang anda.
  2. Berjumpa dengan doktor. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap. Pemeriksaan yang lengkap akan memberikan doktor untuk memeriksa keadaan kesihatan anak anda yang boleh membawa kepada simptom seperti kemurungan. Jika doktor meragui anak anda mempunyai kemurungan atau yang hampir sama dengan gangguan emosi, doktor mungkin akan mencadangkan untuk berjumpa pakar dan mendapat pemeriksaan dan rawatan.
  3. Hubungi pakar terapi. Kemurungan boleh dirawat. Namun, tanpa pertolongan yang betul, ia boleh menjadi lebih kronik. Seorang pakar terapi kanak-kanak atau remaja boleh memberikan penilaian kepada keadaan anak anda dan mencadangkan rawatan yang bersesuaian.

Rawatan untuk kemurungan, kebiasaannya adalah terapi, ubatan atau gabungan keduanya. Kaunseling untuk ibu bapa juga merupakan sebahagian daripada rawatan. Ia menumpukan cara dan kaedah untuk ibu bapa membantu memulihkan anak yang berdepan kemurungan.

Alatan yang berbahaya, dadah dan alkohol harus dihapuskan sepenuhnya. Perhatikan sebarang tanda membunuh diri. Anak yang membunuh diri mungkin bercakap mengenainya secara peribadi atau berkongsikannya di internet, memberikan segala barang kepunyaannya, berfikir tentang kematian dan penyalahgunaan dadah.

Apa yang ibu bapa boleh lakukan?

Bantuan daripada pakar terapi adalah sangat diperlukan. Namun, ibu bapa juga memainkan peranan penting. Di rumah, perkara yang kecil tetapi memberikan impak yang besar boleh membantu anak anda berdepan dengan kemurungan.

Pastikan anak anda mendapat makanan berkhasiat, tidur yang mencukupi, dan melakukan aktiviti fizikal harian. Ini boleh memberikan impak positif kepada emosi.

Luangkan masa bersama. Nikmati masa bersama anak dengan melakukan perkara yang anda berdua gemari. Berjalan-jalan, bermain permainan, memasak, membuat kraf atau menonton filem lawak. Memupuk semangat yang emosi dan perasaan yang positif seperti keseronokan, ketenangan dan kegembiraan, boleh menyemarakkan emosi anak anda.

Bersabar dan bertenang. Sentiasa ingat sikap menjengkelkan anak anda adalah sebahagian daripada kemurungan, ia bukan disengajakan. Elakkan sebarang pertengkaran, atau menggunakan perkataan yang tidak elok. Cuba untuk bersikap bertenang dan memahami. Hubungan yang positif dengan ibu bapa boleh menguatkan daya tahan anak anda untuk melawan kemurungan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Depression. http://kidshealth.org/en/parents/understanding-depression.html# / Accessed December 30, 2016.

Versi Terbaru

14/08/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

100 Senarai Nama Panjang Anak Perempuan, Siap Maksud Yang Baik

Tiada Idea Nak Bagi Nama Panjang Anak, Cuba Lihat 100 Pilihan Nama Baby Boy


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan