10 Manfaat Penyusuan Badan Kepada Si Ibu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Tidak dinafikan lagi bahawa penyusuan badan merupakan antara cara yang paling efektif untuk memastikan kesihatan dan perkembangan bayi anda. Bagaimana pun, tak ramai yang tahu manfaat penyusuan badan kepada si ibu. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan 10 manfaat penyusuan badan kepada si ibu.

Mengeratkan hubungan ibu & anak

Para ibu dan bayi mereka dapat mengeratkan hubungan melalui penyusuan badan. Keakraban dan keselesaan yang dirasai sewaktu penyusuan mengukuhkan lagi hubungan dengan bayi anda. Perhubungan awal inilah yang mendasari hubungan ibu-anak yang kukuh, dan penuh kasih sayang.

Menjimatkan bajet

Penyusuan badan menjimatkan wang anda! Susu formula mempunyai harga yang berlainan berdasarkan jenama dan umur bayi. Susu formula untuk bayi di usia muda lebih mahal berbanding bayi lebih besar. Purata harga setin susu formula untuk bayi baru lahir hinggalah umur setahun ialah sebanyak RM2,400. Tidak dapat disangkal lagi, penyusuan badan dapat menjimatkan wang ibu bapa dengan banyak.

Menggalakkan pemulihan selepas bersalin

Penyusuan badan dapat membatu si ibu sembuh dengan lebih cepat sewaktu berpantang. Uterus anda akan mengecut dengan lebih cepat untuk memgawal pendarahan dan kembali kepada saiz sebelum kehamilan. Anda akan mengalami kekejangan abdomen sewaktu uterus mengecut kepada saiznya yang asal dan kembali kepada tempatnya dalam pelvis. Penyusuan badan mempercepatkan proses ini, dengan pengecutan uterus dengan lebih cepat di samping pemulihan saluran darah yang terdedah pada tempat plasenta terpisah daripada uterus.

Berkesan untuk ibu bekerja

Bayi anda tetap boleh menikmati manfaat susu badan sekalipun anda merancang untuk kembali bekerja atau sambung belajar. Anda boleh mengepam susu dengan tangan atau dengan pam payudara dan meninggalkannya pada penjaga bayi anda. Susu ibu juga boleh dibekukan untuk kegunaan masa hadapan. Sesetengah iby mempunyai fasiliti penjagaan bayi di tempat kerja, belajar atau berdekatan dengannya, jadi mereka boleh menyusukan anak mereka sewaktu rehat.

Mengurangkan risiko kanser

Penyusuan badan dapat mengurangkan risiko kanser ovari dan kanser payudara, penyakit jantung dan osteoporosis. Semakin lama anda menyusu badan, semakin tinggi manfaatnya. Bahkan wanita yang menyusu badan selama 8 tahun mempunyai hampir 0% risiko kanser payudara. Jika bayi anda perempuan, penyusuan badan sebenarnya dapat mengurangkan risiko seumur hidup kanser payudara dalam anak anda sebanyak 25%.

Penurunan berat badan

Penyusuan badan dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat selepas kelahiran. Tahukah anda badan anda menggunakan 1000 kalori sehari untuk menghasilkan susu ibu? Selepas kelahiran, anda patut mengambil sekitar 500 kalori sehari. Untuk mendapatkan kalori yang mencukupi untuk penghasilan susu, badan anda akan menggunakan kalori yang  terhimpun sewaktu kehamilan. Hasilnya, anda akan kehilangan berat badan dengan lebih mudah.

Melewatkan haid

Penyusuan badan menyebabkan hormon prolaktin dirembeskan, yang memastikan estrogen dan progesteron rendah supaya ovulasi tidak berlaku. Sekalipun anda menyusu badan sepenuhnya, kadar prolaktin akhirnya akan menurun sepanjang beberapa bulan. Kebanyakan wanita yang menyusu sepenuhnya akan mendapati haid mereka kembali 6 hingga 8 bulan selepas kelahiran, manakala sesetengah wanita yang lain hanya selepas setahun.

Pencegah kehamilan yang berkesan

Penyusuan badan boleh menjadi 98% hingg 99% berkesan sebagai pencegah kehamilan jika anda mengikuti panduan berikut: Haid anda mestilah belum tiba; anda mestilah menyusu tiap 4 jam; anda mestilah tidak memberikan anak anda menghisap puting; botol atau susu formula; dan anda mestilah kurang daripada 6 bulan selepas melahirkan.

Rembesan hormon yang baik

Ramai para ibu merasa berpuas hati dan gembira dengan keakraban fizikal dan emosi yang mereka alami sewaktu penyusuan. Perasaan ini dibantu oleh rembesan hormon, seperti:

  • Prolaktin: Menghasilkan rasa tenang, dan keibuan yang membantu anda bertenang dan fokus kepada anak anda.
  • Oksitosin: Menggalakkan rasa kasih sayang dan keakraban antara anda berdua.

Perasaan yang menyenangkan ini mungkin merupakan salah satu sebab wanita yang menyusukan anak pertama mereka memilih untuk menyusukan anak mereka yang seterusnya.

Kepuasan keibuan

Penyusuan badan menghasilkan pengalaman emosi yang unik kepada si ibu dan bayi. Penyusuan badan adalah satu perilaku keibubapaan yang hanya boleh dilakukan si ibu untuk anaknya, menghasilkan perhubungan fizikal dan emosi yang unik dan kukuh. Pasangan anda, anak anda yang lain dan saudara anda boleh menghargai kehadiran bayi anda dengan cara lain yang penuh kasih sayang.

Hello Health Group tidak memberikan khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bayi Baru Lahir Ada Satu Bau Yang Buat Ibu Rasa Ketagih, Dari Mana Datangnya Bau Ini?

    Mengapa ya bayi yang baru lahir mempunyai bau yang wangi? Apa punca serta mengapa bayi berbau wangi sehinggakan kita rasa macam nak gigit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya

    Susu badan atau formula, kedua-duanya baik untuk tumbesaran. Tapi kenapa berat badan bayi diberikan penyusuan susu ibu kurang berbanding susu formula?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

    Mungkin ramai yang belum cakna mengenai apa itu sleep apnea. Benarkah gangguan tidur apnea juga boleh berlaku kepada bayi? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

    Mungkin ramai yang sudah faham maksud flos gigi namun tidak melakukannya. Kalian perlu tahu bahawa ia penting untuk anda dan juga si kecil. Jom klik ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    melawat bayi

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    jantina bayi

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    penghawa dingin

    Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    bayi julur lidah

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan