Kesihatan si manja adalah perkara yang paling penting bagi setiap ibu bapa di muka bumi ini. Pun begitu, bayi amat mudah dijangkiti penyakit ekoran sistem imun mereka yang masih lagi lemah. Antara penyakit yang kerap menjangkiti bayi adalah penyakit mata. Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan jenis-jenis penyakit mata bayi berserta rawatannya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Apakah penyakit mata bayi yang biasa dialami?
Bukan sahaja orang dewasa sahaja yang akan mengalaminya. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis penyakit mata yang biasa dialami oleh bayi, antaranya:
#1. Jangkitan mata, antara jenis penyakit mata bayi
Ini merupakan penyakit penglihatan yang paling kerap dialami oleh bayi. Jangkitan ini akan menyebabkan bahagian mata putih berubah menjadi kemerahan.
Kondisi ini selalunya disebabkan oleh infeksi bakteria yang mengakibatkan konjuktivitis (pinkeye). Segera bawa bayi anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan preskripsi ubat mata.
#2. Bayi sakit mata bertahi dan berair
Ini merupakan penyakit penglihatan yang menyebabkan anak sakit mata bertahi. Ini disebabkan oleh salur air mata bayi yang tersumbat (blocked tear duct/nasolacrimal duct).
Punca ia terjadi adalah salur-salur halus di bahagian tepi mata yang berfungsi menyalurkan air mata ke dalam rongga hidung tersumbat atau tidak terbuka sepenuhnya. Ia menyebabkan air mata terkumpul di dalam mata dan membuatnya kelihatan berair.
Apabila air mata tidak mengalir secara normal, tadahan air mata ini kemudiannya akan dijangkiti kuman lalu menyebabkan tahi mata terbentuk. Cara merawat mata bayi bertahi adalah dengan mengambil preskripsi ubat mata, urutan lembut serta penggunaan air garam untuk membersihkannya.
#3. Mata juling (strabismus)
Ini merupakan bayi sakit mata bertahi yang berlaku akibat otot yang mengawal mata masih lagi dalam keadaan yang lemah. Namun begitu, jika bayi anda sudah berusia 4 bulan atau lebih dan masih lagi mengalami kondisi mata juling ini, bawa bayi anda berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan mata.
Sehingga kini, masih tidak terdapat rawatan untuk membetulkan kejulingan mata bayi ini. Namun begitu, ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan mata bagi tujuan kosmetik.
Penyakit mata bayi #4. Mata malas (ambliopia)
Ini merupakan bayi sakit mata bertahi yang menyebabkan hanya sebelah mata mempunyai fokus berbanding sebelah lagi. Ia disebabkan oleh apa-apa cahaya terang seperti flash kamera atau spotlight.
Kondisi ini boleh dikesan jika anak mata sebelah mata bayi kerap bergerak-gerak dan sukar untuk menumpukan sesuatu. Rawatan bagi kondisi ini adalah dengan bantuan cermin mata atau kanta sentuh jika ia dapat dikesan pada peringkat awal. Sebaiknya, dapatkan khidmat pakar mata dengan segera untuk merawatnya.
Langkah-langkah pencegahan penyakit mata bayi
Walaupun penyakit penglihatan anak ini sememangnya akan mencetuskan rasa takut dan panik, ibu bapa boleh mengambil langkah-langkah pencegahan bayi 1 tahun sakit mata dengan melatih deria penglihatan mereka untuk menjadi lebih baik. Ini cara merawat mata bayi bertahi:
- Ubahsuai lampu di bilik tidur bayi agar ia kelihatan agak malap. Kerap ubah kedudukan bayi untuk menggalakkan mereka melihat sekeliling.
- Hias bilik bayi dengan mainan yang bergantungan pada siling agar bayi boleh melatih fokus mereka.
- Cuba bercakap dengan bayi anda pada arah yang mereka tidak nampak agar mereka tahu ada individu berdekatan mereka lalu menolehkan pandangan.
- Suap bayi anda daripada kedua-dua belah arah kiri dan kanak. Ini dapat melatih fokus mereka terhadap segenap sudut.
- Bawa bayi anda keluar ke tempat seperti taman permainan atau pusat beli belah untuk membiasakan mereka melihat suasana yang agak sibuk.
Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tugas anda untuk memerhatikan setiap perkembangan bayi dalam segenap aspek termasuklah penglihatan mereka.
Konklusi
Jenis penyakit mata bayi
- Jangkitan mata
- Mata berair dan bertahi
- Mata juling (strabismus)
- Mata malas (ambliopia)
Masalah anak sakit mata bertahi mungkin boleh berlaku pada si manja anda. Pun begitu, terdapat juga risiko penyakit lain yang boleh terjadi kepada bayi anda. Jadi, segera bawa bayi berjumpa doktor sekiranya anda perasan apa-apa yang pelik berlaku kepada mereka ya?
[embed-health-tool-baby-poop-tool]