Bagaimana Mengendalikan Alergi Kulit Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 06/09/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Masalah ruam pada kulit bayi dan kanak-kanak adalah perkara yang biasa terjadi. Namun, apabila masalah ruam ini berlanjutan, ia mungkin disebabkan alergi kulit.

Menurut kajian yang dilakukan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dari tahun 1997-2011, kes yang melibatkan alergi kulit dan makanan dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat, di mana masalah alergi kulit lebih banyak terjadi kepada kanak-kanak kecil berbanding yang lebih berusia.

Masalah alergi ini jika tidak ditangani dengan betul boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi kanak-kanak itu sendiri. Teras utama dalam mengendalikan alergi kulit adalah mengelak daripada menggaru. Cuba tips di bawah untuk membantu si kecil anda memastikan kulitnya sihat, kekal lembap dan bersih.

Masalah alergi

Kenal pasti faktor yang menyerang alergi kulit anak anda dan elakkannya.

Kekal hidrat

Pastikan anak anda minum air secukupnya bagi memastikan badannya kekal hidrat.

Pilih produk yang betul

Masalah alergi kulit memerlukan anak anda menggunakan produk kegunaan harian seperti sabun atau pembersih tubuh yang lembut dan bebas wangian. Penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia boleh menyebabkan kulit kanak-kanak kering sekali gus merosakkan sekatan perlindungan kulit.

Pastikan kuku pendek

Kita tidak dapat menghalang bayi dan kanak-kanak untuk menggaru bahagian yang gatal. Namun, bagi tidak menjadikan bahagian kulit yang dijangkiti alergi bertambah teruk, pastikan kuku anak anda sentiasa pendek.

Mandi

Gunakan air suam (bukannya air panas) semasa mandi. Elakkan juga mandian yang berbuih kerana ia boleh mengeringkan lagi kulit anak anda.

Sapu salap atau krim

Pastikan kulit anak anda lembap dengan menggunakan sapuan krim atau salap khas untuk masalah kulitnya.

Pilihan pakaian

Ini juga memainkan faktor penting untuk mereka yang mengalami masalah alergi kulit. Sebaik-baiknya, pilih material pakaian yang dibuat daripada kain kapas dan selesa untuk tubuh anak anda. Pemilihan fabrik pakaian yang tidak sesuai akan menimbulkan kesan gatal sehingga menyebabkan si kecil ingin menggaru.

Bawa anak anda berjumpa dengan doctor jika timbul masalah jangkitan kulit. Doktor akan menentukan ubat seperti krim steroid topical yang sesuai dengan kulit kanak-kanak. Pengambilan antihistamin juga mungkin akan diberikan mengikut saranan doktor bagi membantu melegakan kegatalan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Itu Penyakit Saluran Kencing “Ureter”? Ini Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Boleh Membantu Anda

    Penyakit ureter atau saluran kencing boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kiralah lelaki atau wanita. Malah, bayi juga boleh diserang penyakit ini. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Urologi, Urologi 23/01/2021 . 6 minit bacaan

    Terkejut Bila Keluar Darah Semasa Kencing? Ini Simptom, Punca Dan Rawatan Awal Yang Boleh Dilakukan

    Pernahkah anda dengar mengenai air kencing berdarah atau hematuria? Kondisi ini selalunya mempunyai punca yang tidak serius dan boleh dirawat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Urologi, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Kenali 3 Jenis Lain Penyakit Saluran Kencing: Hematuria, Penyakit Ureter & Glomerulonephritis.

    Ada 3 penyakit saluran urinari lain yang anda perlu tahu iaitu hematuria (kencing berdarah), penyakit ureter dan glomerulonephritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Urologi, Urologi 23/01/2021 . 6 minit bacaan

    Minum Air Dengan Mencukupi, Jaga Kebersihan Diri Antara Langkah Yang Terbaik Untuk Mengelakkan Kencing Kotor

    Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi dan hilangkan simptom kencing kotor. Antaranya adalah minum air dan jaga kebersihan diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sumber karbohidrat untuk diet

    Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    ooforektomi

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    serbuk penaik untuk jerawat

    Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    gangguan buah pinggang

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan