Vertigo Dalam Kalangan Kanak-kanak, Apa Punca SEBENAR Ia Terjadi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/02/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda sedang berdiri tegak dan secara tiba-tiba sahaja berasa seperti sedang bergerak atau berpusing? Jaga-jaga, ia mungkin petanda anda mengalami kondisi yang bernama vertigo.

Untuk pengetahuan anda, kondisi ini akan menyebabkan ketidakselesaan yang agak teruk dan boleh berlaku kepada setiap golongan individu, termasuklah kanak-kanak.

Ia sebenarnya bukanlah petanda masalah kesihatan yang serius. Pun begitu, ia mungkin juga akan mendatangkan bahaya terutamanya jika ia berlaku kepada si manja anda. Oleh itu, jom kita sama-sama ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai kondisi yang dinamakan sebagai vertigo!

Mendalami sistem keseimbangan tubuh badan

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, kita seharusnya mengetahui dan memahami sistem keseimbangan tubuh badan dengan lebih mendalam terlebih dahulu.

Buat anda yang belum tahu, keseimbangan tubuh badan sangat berkait rapat dengan telinga. Ya, walaupun kedengaran agak pelik, ia adalah satu fakta.

Bahagian dalam telinga memainkan peranan yang penting dalam memastikan tubuh badan kekal seimbang. Ini kerana bahagian ini akan mengesan posisi dan pergerakan kepala dan tubuh badan agar ia selari.

Dalam pada itu, bahagian dalam telinga ini juga akan bekerjasama dengan bahagian tubuh badan yang lain seperti mata. Tubuh badan akan bergantung kepada bahagian ini untuk mendapatkan isyarat keseimbangan. Isyarat ini seterusnya akan dihantar kepada otak melalui bahagian dalam telinga, mata dan bahagian tubuh badan yang lain untuk memastikan tubuh badan sentiasa seimbang.

Namun, kadangkala kita akan berasa tidak seimbang secara tiba-tiba sahaja walaupun sedang berdiri tegak. Jaga-jaga semua, ia mungkin berlaku akibat kondisi vertigo!

vertigo

Apa itu vertigo?

Seperti yang diperkatakan tadi, kondisi ini adalah berkaitan dengan keseimbangan tubuh badan. Sekiranya ia berlaku kepada individu, mereka akan berasa persekitaran atau diri sendiri sedang berputar sedangkan diri sendiri hanya berdiri tegak sahaja.

Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa kondisi ini bukan akan menyebabkan pening seperti yang dialami oleh orang yang ada migrain. Ia tidak akan mengakibatkan simptom seperti kepala menjadi sakit, berat, gelap dan kemudian pengsan atau pitam.

Sebaliknya, kondisi ini akan mengakibatkan beberapa simptom yang lain seperti loya, muntah, sakit kepala serta rasa tidak stabil, Apa yang lebih membimbangkan, individu yang terkena kondisi ini juga akan berasa kepala seperti digerakkan atau dipusingkan sekali gus menjadi tidak stabil ketika sedang berjalan atau berlari.

Ibu bapa, anda juga harus berjaga-jaga kerana kondisi ini boleh berlaku kepada kanak-kanak!

Apakah yang menyebabkan kondisi ini?

Penyebab utama vertigo kepada individu terutamanya kanak-kanak sebenarnya masih tidak dapat dijelaskan sepenuhnya. Namun, jika kanak-kanak itu mempunyai masalah dalaman telinga, bahagian otak mungkin akan menerima isyarat yang salah. Ini mungkin akan jadi penyebab kondisi ini berlaku.

Khas buat individu yang bergelar ibu bapa, ini merupakan beberapa punca utama yang mengakibatkan masalah bahagian dalam telinga terhadap kanak-kanak:

  • Kondisi yang menyebabkan rongga telinga tersumbat. Kondisi kesihatan seperti selesema, alahan atau jangkitan pada sinus akan menyebabkan cecair tersumbat pada tiub eustachio yang menghubungkan telinga dengan sinus.
  • Kecederaan pada kepala. Kanak-kanak mungkin akan mengalami kerosakan pada bahagian dalam telinga sekiranya mereka mengalami kecederaan pada kepala lantas menyebabkan kondisi ini. Kadangkala, bahagian dalam telinga tidak terjejas namun kecederaan kepala mungkin menyebabkan gegaran yang akan menyebabkan simptom-simptom seperti pening kepala atau vertigo.
  • Labyrinthitis. Ia merupakan kondisi yang disebabkan oleh jangkitan yang menjejaskan labyrinth iaitu bahagian dalam telinga.
  • Meniere’s disease. Penyakit sindrom ini menyebabkan penghasilan cecair yang tidak normal pada bahagian dalam telinga lantas menyebabkan kondisi ini, telinga berdengung serta hilang pendengaran. Kondisi ini sangat jarang berlaku namun mampu terjadi kepada kanak-kanak.
  • Benign paroxysmal vertigo. Antara simptom kondisi yang boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak ini adalah timbul sensasi seakan-akan sedang berpusing yang tidak dijangka, hilang keseimbangan, cirit-birit serta muntah-muntah. Kondisi ini akan terjadi beberapa kali dalam sebulan dalam tempoh beberapa tahun namun akan hilang apabila mereka mencecah usia 8 tahun.
  • Migrain. Terdapat jenis migrain iaitu basilar artery migraine yang mampu menyebabkan kondisi ini serta sakit kepala. Ia akan beransur pulih seiring dengan sakit kepala.

Bagaimanakah ia boleh didiagnosis?

Pakar kanak-kanak akan bertanya mengenai kesihatan secara umum anak anda dan memeriksa jika terdapat sebarang simptom. Ini merupakan satu-satunya teknik untuk mendiagnosis vertigo. Caranya, anak anda akan diperiksa pada bahagian kepala dan telinga untuk mengesan sebarang kewujudan kemungkinan kondisi ini berlaku kepada si manja anda.

Pun begitu, tidak terdapat sebarang ujian khas untuk mengesan kondisi. Dalam beberapa kes, doktor akan menggunakan teknik imbasan CT atau MRI untuk memastikan tidak terdapat masalah lain pada bahagian otak.

Bagaimanakah cara untuk merawatnya?

Vertigo akan sembuh dengan sendiri tanpa melakukan rawatan. Jika bahagian dalam telinga yang menyebabkan kondisi ini, pakar kanak-kanak mungkin akan memberi preskripsi ubatan. Mereka juga akan membantu merawat sistem keseimbangan mereka. Berikut merupakan antara ubatan yang akan digunakan:

  • Antihistamines untuk merawat masalah bahagian dalam telinga.
  • Ubat-ubatan mengubati kemabukan, jika perlu.
  • Antibiotik, antivirus atau steroid sekiranya jangkitan telinga semakin teruk.

Dalam pada itu, kanak-kanak seharusnya mengelakkan aktiviti yang memerlukan keseimbangan dan koordinasi seperti meluncur papan selaju, berbasikal atau bermain sepatu roda sehinggalah masalah vertigo sembuh.

vertigo

Bilakah waktu yang sesuai untuk merujuk bantuan pakar?

Bawa anak anda berjumpa pakar kanak-kanak dengan segera sekiranya si manja anda mempunyai tanda-tanda ini pada diri mereka selepas mengalami vertigo: 

  • Kondisi ini berulang beberapa kali.
  • Kondisi ini berlaku secara serius (anak anda tidak mampu bergerak).
  • Kondisi ini disertai oleh masalah lain seperti telinga berdengung, sakit pada bahagian telinga, pening kepala serta hilang pendengaran.
  • Anak anda kelihatan keliru dan tidak berpelakuan seperti diri sendiri.

Konklusi

Kesimpulannya, vertigo adalah satu kondisi yang akan mengakibatkan individu kehilangan keseimbangan secara tiba-tiba sahaja walaupun sedang berdiri tegak. Menurut pakar, ia akan hilang secara sendirinya.

Pun begitu, jika ia berlaku secara berulang, serius atau disertai dengan beberapa masalah lain, anda perlu membawa si manja anda berjumpa doktor untuk mengelakkan situasi yang lebih buruk berlaku.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Jangan sesuka hati tindik telinga atau kawasan lain tanpa mengetahui bahaya ini terlebih dahulu ya? Jom klik untuk baca lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

    Ada kajian yang menyebut, kanak-kanak yang mempunyai ADHD mempunyai tulisan tangan yang buruk. Apakah yang sebenarnya menyebabkan tulisan buruk ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Jika anda sedang mencari tip keibubapaan berkaitan cara mendidik anak hiperaktif atau ADHD, ini ada 11 kaedah yang boleh dijadikan sebagai panduan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Orang kelainan upaya (OKU) mempunyai cara yang tersendiri untuk memahami sesuatu perkara dan bertindak balas, melalui penggunaan bahasa isyarat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    air masuk dalam telinga

    JANGAN Biarkan Kalau Air Masuk Telinga, Tapi Elak Buat 3 Cara Ini, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    telinga berdengung

    Selain Telan Air Liur, Ada 3 Lagi Cara Hilangkan Telinga [email protected], BOLEH CUBA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    mulut anak berbau

    Nafas Anak Berbau Busuk? Ibu Ayah Jangan Biarkan, 7 Sebab Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Pendengaran? Bukan Semua Orang Pekak Sesuai Pakai Alat Bantuan! Baca Ini Dulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan