Punca Anak Anda Tidak Mahu Makan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Perkara paling penting untuk anak anda mahir adalah makan tanpa disuap. Walaupun mereka tidak boleh mengawal pergerakan sepenuhnya lagi, sudah memadai untuk mereka menyuap makanan sendiri ke dalam mulut. Kanak-kanak memilih makanan adalah sangat normal. Selera mereka juga tidak tetap dan boleh berubah-ubah.

Mengapa anak anda tidak mahu makan?

Kebanyakan ibu bapa bimbang sama ada anak mereka makan makanan sihat yang mencukupi atau tidak. Kanak-kanak kebiasaannya makan dalam kuantiti yang sedikit. Mereka juga memilih makanan yang mereka mahu makan ataupun tidak mahu makan langsung.

Berikut merupakan antara punca-puncanya:

  • Perubahan aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak mengikut usia akan mengubah selera mereka.
  • Kanak-kanak tidak perlu makan dalam kuantiti yang banyak kerana mereka tidak membesar dengan cepat seperti bayi.
  • Saiz perut kanak-kanak adalah kecil.
  • Kanak-kanak ambil berat hal pemakanan kerana lebih memberi perhatian kepada dunia dan aktiviti sekeliling mereka.
  • Kanak-kanak lebih suka makan sendiri tanpa disuap lantas menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk makan.
  • Kanak-kanak tidak fokus ketika makan kerana sibuk bermain.

Berikut merupakan beberapa tip penyelesaian masalah ini:

  • Beri anak anda pelbagai pilihan makanan yang sihat dan biarkan mereka menyuap makanan sendiri. Ini merupakan praktis yang baik untuk mereka berdikari kelak.
  • Jangan mengugut atau membuat tawaran kepada mereka kerana perlakuan ini hanya akan menimbulkan ketidakselesaan. Anda perlu jadikan waktu makan sebagai suatu waktu yang menggembirakan.
  • Anda boleh mengajak anak anda makan bersama ahli keluarga yang lain untuk menimbulkan perasaan selesa selain mengeratkan hubungan.
  • Jika mereka tidak suka akan sesuatu bahan makanan, jangan memaksa mereka makan atau tidak memasukkan bahan itu langsung ke dalam menu. Sebaliknya gunakan pendekatan yang lebih mudah dan sabar seperti memujuk mereka untuk makan bahan makanan tersebut dari hari ke hari.
  • Pastikan anak anda minum air pada kadar yang sesuai. Minum terlalu banyak susu atau jus akan mengurangkan selera anak anda. Jadi anda perlu hadkan pengambilan minuman tersebut kepada 1/2 atau ¾ cawan sahaja sehari. Susu dan jus mengandungi nutrien yang penting tetapi turut tinggi kandungan gula serta rendah kandungan serat.
  • Jangan beri anak anda makan gula-gula dan makanan ringan dengan kerap kerana kanak-kanak memerlukan nutrien secukupnya dalam diet mereka.
  • Beri peluang anak anda menyentuh dan bermain dengan makanan dalam proses mereka belajar untuk makan. Jika mereka kelihatan penat atau bosan, jauhkan mereka dengan makanan tersebut.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Cara Untuk Lambatkan Penuaan, Cubalah Jus Mengkudu, Tinggi Kandungan Antioksidan!

    Tahukah anda, jus mengkudu boleh membantu mengurangkan penuaan akibat daripada radikal bebas. Khasiat mengkudu yang tinggi antioksidan ini jadi penawarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Salah satu daripada punca gemuk adalah disebabkan oleh makan dengan gelojoh. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk elak jadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Ada sebab mengapa menopaus disebut sebagai 'perubahan hidup,' ia boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan, termasuk berasa sakit pada payudara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    air besar

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    urat simpul

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan