Bolehkah Saya Bagi Si Manja Makan Bijirin Nasi? Ini 3 Sebab Kenapa Anda TAK Patut!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Berbanding menyediakan makanan puri sayuran atau telur hancur, kebanyakan ibu bapa pada hari ini menukar diet bayi mereka kepada makanan yang mengandungi bijirin nasi.

Sebabnya mudah sahaja – bukan hanya bijirin nasi mudah disediakan dan menjimatkan masa membuatnya, tetapi juga tahap alergen mereka adalah paling rendah berabnding dengan semua jenis bijirin.

Walau bagaimanapun, penemuan terkini mencetuskan perdebatan hangat mengenai kewajaran bayi mengambil produk makanan komersil.

Jadi, apakah kebenaran di sebalik pemberian bijirin nasi kepada bayi?

Adakah selamat untuk memberi bayi makan bijirin nasi?

Kebimbangan terbesar mengenai bijirin nasi adalah kandungan arsenik yang terdapat dalam bijirin beras.

Arsenik ialah bahan kimia beracun yang menguasai kerak bumi. Disebabkan pencemaran geologi semula jadi, ia juga terdapat dalam air dan udara dalam kuantiti yang kecil.

Aktiviti tertentu manusia seperti pembakaran bahan bakar, penggunaan racun perosak, dan perlombongan juga menyumbang kepada sebahagian besar dalam pembebasan arsenik.

Jenis arsenik ini dipanggil arsenik bukan organik dan secara amnya dianggap sebagai karsinogen kuat, yang lebih toksik daripada jenis organik.

Memandangkan beras tumbuh di dalam air, ia mengumpulkan sejumlah besar arsenik dalam kedua-dua bentuk organik dan bukan organik.

Lantaran itu, bagi mengehadkan pendedahan bayi anda kepada arsenik, ibu bapa adalah amat disyorkan agar tidak menggunakan beras daripada semua bentuk sebagai sumber makanan utama bayi.

Meskipun kadangkala penggunaan bijirin nasi dalam makanan bayi adalah selamat, namun ibu bapa perlu memasukkan pilihan makanan yang lebih sihat dan selamat seperti puri daging, sayuran, dan buah-buahan dalam pelan pemakanan kanak-kanak.

Mengapa anda tidak boleh memberi bayi makan bijirin nasi?

Penyebaran arsenik amat membimbangkan, tetapi, malangnya, ini bukanlah satu-satunya kebimbangan yang perlu anda hiraukan.

Berikut adalah 3 sebab lain mengapa anda tidak boleh memasukkan bijirin nasi dalam diet bayi anda:

1. Ia mengandungi sedikit nutrien: Menurut American Academy of Pediatrics, bijirin nasi dianggap rendah nutrien berbanding dengan pilihan makanna pertama lain.

Walaupun merupakan makanan yang diperkuat, namun sejumlah besar mineral dan zat besi sintetik yang ditemui dalam bijirin nasi didapati tidak dapat diserap kerana ia tidak berasal daripada makanan sebenar.

Tiada makanan proses dan makanan ditapis yang lebih baik daripada makanan yang segar dan sebenar.

2. Bijirin nasi = Terselit banyak kandungan gula: Kebanyakan produk bijirin nasi yang terdapat di pasaran pada hari ini adalah semata-mata mengandungi karbohidrat proses dengan tahap gula yang melebihi daripada pengambilan gula harian yang disarankan untuk bayi.

Kebanyakan pakar percaya bahawa pengambilan awal tepung halus yang berlebihan adalah salah satu daripada banyak faktor yang menyumbang kepada obesiti dan diabetes semasa dewasa.

3. Ia tidak menggalakkan keupayaan kanak-kanak untuk makan pelbagai jenis makanan lain: Tahun-tahun terawal kelahiran bayi adalah masa utama untuk membentuk tabiat pemakanan masa depan mereka.

Pengambilan berterusan bijirin nasi akan mengehadkan pendedahan bayi kepada jenis makanan lain. Apabila mereka besar, ibu bapa akan mendapati kesukaran untuk membantu bayi mereka biasa dengan rasa dan tekstur pilihan makanan lain.

Menurut Laporan Pengguna, ibu bapa perlu mengehadkan anak mereka kurang daripada 5 hidangan bijirin nasi dalam seminggu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 5 Petua Hilangkan Nafas Berbau Lepas Makan Bawang, Confirm Tak Segan Lagi!

    Bau mulut boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, terutamanya selepas makan bawang. Tetapi kenapa ia berlaku dan adakah cara untuk menghilangkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Sekiranya Anda Alami Kondisi Tulang Hidung Patah, Ini Senarai Perkara PERLU & JANGAN Buat!

    Sekiranya anda alami kondisi tulang hidung patah, apa perlu dilakukan? Tenang, klik sahaja artikel untuk tahu jawapan kepada soalan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Elak Makan Makanan Ada Karbohidrat Sebab Takut Gemuk, Efektif Ke Cara Ini?

    Sumber karbohidrat boleh membingungkan kerana sebilangan pihak mendakwa pengambilannya menghalang penurunan berat badan dan menyebabkan masalah kegemukan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Obesiti, Pemakanan Sihat 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Tahukah anda posisi tidur berkaitan dengan keperibadian seseorang? Bukan itu saja, posisi yang betul memberikan manfaat kesihatan dalam jangka masa panjang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    posisi rahim

    Condong Ke Hadapan Atau Belakang, Mana Satu Posisi Rahim Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    cincin zakar

    Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    virus korona

    Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit mata kuning jaundis

    Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan