Pokemon Punca Kanak-Kanak Jepun Diserang Sawan? Mommy, Sila Pantau Anak Tengok Kartun!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pasti semua pernah dengar ataupun menonton kartun Pokemon bukan? Tahukah anda, ada episod kartun ini yang menjadi penyebab serta punca kanak-kanak Jepun diserang sawan?

Pada petang Disember 16, 1997, hampir 700 individu yang tinggal di Jepun telah dibawa ke hospital dan dirawat setelah mengalami pelbagai simptom akut.

Keadaan ini telah membuatkan satu Jepun menjadi gempar. Manakan tidak, mereka semuanya alami sawan (convulsive seizure) selepas menonton kartun animasi Pokemon di kaca televisyen!

Episod ‘Electric Soldier Porygon’ yang telah disiarkan petang tersebut bukan sahaja menyebabkan sawan, malah ramai lagi kanak-kanak dan orang dewasa rasa mual dan pening kepala setelah menonton episod itu.

Sehingga hari ini, episod tersebut telah diharamkan daripada muncul semula di kaca TV walaupun dalam versi yang telah disunting.

Akibat kejadian ini, kartun Pokemon juga telah berhenti bersiaran selama hampir 4 bulan. Logo Pokemon juga telah dibuang daripada saluran yang menyiarkan kartun tersebut.

Cahaya biru merah penyebab sawan

punca sawan
Tangkapan skrin daripada episod Electric Soldier Porygon yang telah menyebabkan kanak-kanak di Jepun diserang sawan. Kredit gambar @ Metro CO UK

Pada petang itu, tidak ada apa yang berbeza dengan jalan cerita Pokemon. Ash dan Pikachu masih lagi menjalankan pengembaraan yang sama dan juga melawan orang jahat yang sama.

Namun, apa yang berbeza ialah sejenis teknik animasi baru yang digelar ‘paka paka’ telah digunakan pada episod kali ini.

Teknik ini menggunakan 2 warna yang berbeza iaitu biru dan merah secara berselang seli. Pancaran biru/merah ini digunakan berkali-kali dalam episod tersebut dan paling lama disiarkan selama 6 saat.

Pada pukul 6.50 petang, kebanyakan pesakit sudah mula rasa pening-pening.

Selepas episod tersebut ditayangkan, hospital di seluruh Jepun mula menerima pesakit yang mengadu pening dan sawan setelah menonton Pokemon.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh kerajaan Jepun, hampir 700 orang daripada pelbagai negeri di Jepun telah mengalami epilepsi fotosensitif setelah menyaksikan kartun tersebut.

Seramai 200 orang lagi telah dimasukkan ke hospital manakala 2 orang lagi ditahan wad lebih daripada 2 minggu.

Apa itu epilepsi fotosensitif

Epilepsi fotosensitif merupakan sejenis sawan yang dicetuskan akibat pancaran cahaya ataupun corak yang terang dan kontras seperti corak bergaris ataupun kotak-kotak.

Terlalu banyak bermain permainan video juga boleh jadi antara penyebab epilepsi.

Ramai orang akan rasa pening kepala, tidak selesa dan mual jika ditayangkan dengan corak yang kontras dalam masa yang lama.

Namun, berbeza dengan pesakit epilepsi fotosensitif. Mereka yang mempunyai masalah ini akan terus terkena serangan sawan apabila didedahkan dengan grafik bergerak yang mempunyai warna atau corak yang kontras.

Menurut kajian, 1 daripada 100 orang di dunia ini mempunyai masalah epilepsi fotosensitif.

Walau bagaimanapun, bukan semua jenis grafik akan menjadi punca sawan.

Hanya grafik dengan gabungan warna dan kadar frekuensi tertentu sahaja yang boleh membuatkan individu yang menghidap epilepsi fotosensitif mengalami sawan.

Anda mungkin juga berminat:

Apa penyebab epilepsi fotosensitif?

Perkara yang boleh menjadi penyebab sawan mungkin berbeza dari satu individu ke individu yang lain. Namun, antara perkara biasa yang menjadi punca ialah:

  1. Pancaran cahaya
  2. Corak terang dan kontras seperti garis hitam putih
  3. Pancaran cahaya putih yang berselang-seli dengan warna gelap
  4. Terlalu dekat dengan televisyen
  5. Pendedahan terhadap warna tertentu seperti warna merah dan biru

Selain itu, situasi tertentu seperti berikut juga boleh mencetuskan epilepsi dalam golongan ini:

  1. Cahaya di kelab malam
  2. Terlalu lama di hadapan skrin TV atau komputer
  3. Lampu pada kereta polis, ambulans
  4. Efek visual dalam filem, kartun, dan juga permainan video
  5. Cahaya yang diperhatikan melalui kipas angin
  6. Kamera dengan banyak flash

Ada pelbagai lagi situasi lain yang boleh jadi penyebab sawan. Mereka juga lebih berisiko jika pada hari yang sama, mereka rasa penat yang amat sangat, mabuk ataupun telah bermain permainan video dalam masa yang panjang.

Cahaya biru merah penyebab sawan tidak lagi dibenarkan

punca sawan

Selepas kejadian kartun Pokemon ini, stesen televisyen di Jepun telah bertindak mengambil langkah proaktif dengan membuat peraturan baru yang lebih ketat bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Garis panduan khusus dirangka untuk rancangan animasi, di mana efek warna biru merah berselang seli tidak lagi dibenarkan untuk tayangan.

Selain itu, efek visual seperti penggunaan corak yang berkelip perlu dilakukan dengan cara yang lebih berhati-hati.

Sebagai ibu bapa, penting untuk anda mengawasi anak anda ketika mereka sedang menonton kartun.

Selain itu, jangan benarkan mereka duduk terlalu dekat dengan kaca televisyen. Jika boleh, hadkan masa mereka bermain permainan video.

Mana tahu, perkara-perkara tersebut boleh jadi punca atau penyebab mereka diserang sawan!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Depakote

Kenali apa itu Depakote. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 31/05/2018 . 8 minit bacaan

Peptida Kasein (Casein Peptides)

KegunaanApakah kegunaan Peptida Kasein (Casein Peptides)? Kasein adalah protein primer yang terdapat dalam susu. Peptida Kasein boleh dihasilkan dalam makmal secara sintetik dan dipasarkan sebagai makanan tambahan. Peptida ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 25/05/2018 . 3 minit bacaan

Passionflower

KegunaanApakah kegunaan passionflower? Passionflower adalah ubat herba. Ia digunakan untuk masalah tidur (insomnia), gangguan gastrointestinal (GI) yang berkaitan dengan kebimbangan atau kegelisahan, gangguan kebimbangan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa
Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 3 minit bacaan

Musk

KegunaanApakah kegunaan Musk? Musk adalah bahan kimia yang diambil daripada kelenjar Musk rusa jantan. Ia digunakan sebagai rawatan strok, koma, masalah saraf, sawan, sakit jantung, dan kudis/ulser. Ia mungkin dipreskrip ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi
Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 18/05/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit sawan

Pesakit Sawan Ingin Berenang? Hati-Hati, Penghidap Epilepsi Lebih Mudah Lemas!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
pesakit sawan, gigit sudu

Elak Tertelan Lidah, Beri Pesakit Sawan Gigit Sudu? Berkesankah Cara Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 10/03/2020 . 3 minit bacaan
deja-vu

Deja Vu, Apa yang Anda Perlu Tahu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa
Diterbitkan pada 11/03/2019 . 2 minit bacaan
Lennox-Gastaut

Sindrom Lennox-Gastaut: Apa yang perlu anda ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Diterbitkan pada 11/02/2019 . 4 minit bacaan