home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Main Telefon Bimbit Lebih 4 Jam Sehari? Jangan Abaikan Sakit Pada Pergelangan Tangan Anda!

Main Telefon Bimbit Lebih 4 Jam Sehari? Jangan Abaikan Sakit Pada Pergelangan Tangan Anda!

Jika anda luangkan terlalu banyak masa main handphone, pasti pergelangan tangan anda akan rasa sakit.

Lebih-lebih lagi individu yang ketagih main game seperti PUBG dan Candy Crush. Tak boleh langsung berenggang dengan telefon bimbit!

Tahukah anda, anda boleh menderita sakit pergelangan tangan jika banyak sangat main telefon bimbit?

Sakit tangan kerana terlalu banyak memegang smartphone?

Cuba anda pegang pergelangan tangan anda, adakah anda rasa sakit-sakit?

Jika sakit, cuba anda tanya pula diri anda – berapa lama anda pegang telefon bimbit sepanjang hari ini?

Kebanyakan orang dewasa memegang telefon bimbit mereka sekurang-kurangnya 4 jam sehari.

Jika didarabkan dengan 7 hari, sebenarnya anda telah habiskan hampir 28 jam seminggu hanya dengan memegang telefon bimbit!

Sebab itulah otot pada pergelangan tangan anda rasa sakit. Pergerakan yang tidak natural jika dilakukan berulang-ulang boleh menyebabkan tekanan pada pergelangan tangan.

Malah, pergerakan tersebut bukan hanya akan beri impak pada kawasan pergelangan tangan, tapi kadangkala sampai ke lengan kerana kesemua bahagian ini sebenarnya bersambung.

Anda lebih berisiko untuk rasa sakit jika terlalu banyak menghabiskan masa memegang telefon bimbit untuk bermain game ataupun melayari media sosial.

Selain itu, sakit ini juga akan jadi bertambah teruk jika anda kerap melakukan gerakan yang sama setiap hari.

Sebagai contoh, jika anda banyak menaip ataupun menggunakan tablet ketika berkerja, anda akan rasa lebih sakit dan kesakitan ini mungkin akan mengganggu keselesaan anda melakukan aktiviti lain.

Orang zaman sekarang lebih berisiko!

sakit pergelangan tangan

Menurut Steven P. Lisser, M.D., doktor orthopedik di Riverview Medical Center, sakit pada bahagian pergelangan tangan selalu terjadi kepada orang yang banyak menggunakan komputer untuk bekerja.

Namun, setelah munculnya telefon pintar dan juga tablet, bilangan pesakit yang mengadu sakit tangan jadi semakin ramai.

Menurut beliau lagi, banyak perbezaan yang dapat diperhatikan dari zaman dahulu dan sekarang.

Kalau dulu, ramai pekerja kilang yang mengadu sakit di bahagian pergelangan tangan. Sekarang, orang biasa yang duduk di rumah pun boleh terkena sakit yang sama!

Jika anda mengalami sakit tangan, jangan diamkan diri dan fikir ia akan berlalu pergi begitu sahaja.

Selagi anda tidak kurangkan penggunaan telefon bimbit, sakit tersebut tidak akan hilang dan mungkin akan jadi lebih teruk!

Rawat sakit pada pergelangan tangan anda di rumah

main handphone

Kenal pasti punca kesakitan. Cuba lihat berapa lama anda luangkan masa memegang telefon bimbit. 4 jam? 6 jam? 8 jam sehari?

Jika anda pegang telefon terlalu lama, maka tak salah lagi, smartphone adalah dalang kepada sakit tangan yang anda alami!

Kurangkan penggunaan telefon bimbit. Jika anda main game terlalu lama pada handphone anda, cuba kurangkan masa anda di hadapan skrin.

Cukup-cukuplah tu main PUBG, Mobile Legends ataupun Candy Crush pada handphone anda ya. Kalau dah berlarutan lebih daripada 4 jam tu, berhentilah dan biarkan tangan anda berehat sebentar.

Amalkan cara lebih ergonomik untuk memegang telefon bimbit. Jika anda memegang telefon bimbit dalam keadaan melintang dengan kedua-dua belah tangan, anda lebih cenderung untuk rasa sakit berbanding dengan individu yang memegang telefon secara normal.

Cara yang betul untuk memegang telefon bimbit adalah dengan menggunakan sebelah tangan, dan taip dengan tangan yang lagi satu.

Jika anda ada pen stylus, cuba taip menggunakan pen tersebut. Keadaan tangan yang lebih lurus ketika menaip akan kurangkan sakit pada pergelangan tangan.

Cubalah, anda pasti dapat rasa kesannya nanti!

Anda juga mungkin berminat:

Lakukan regangan smartphone (smartphone stretches). Anda boleh lakukan regangan mudah semasa berehat dari memegang telefon bimbit.

Gerakkan pergelangan tangan anda ke depan dan ke belakang. Anda juga boleh urut pada bahagian pergelangan tangan untuk kurangkan rasa sakit.

Jika anda masih rasa sakit, letakkan sesuatu yang panas ataupun sejuk pada pergelangan tangan. Rasa hangat akan membuatkan otot lebih relaks manakala rasa sejuk pula membantu melegakan sakit-sakit pada pergelangan tangan.

Gunakan kemudahan hands free pada telefon bimbit. Kadangkala, anda tak dapat lari daripada menggunakan telefon bimbit setiap hari. Tapi, kali ini cuba manfaatkan teknologi dan gunakan ciri hands free pada telefon anda.

Selain itu, jika anda banyak menaip mesej, cuba call sahaja selepas ini. Bukan sahaja menjimatkan masa, malah anda juga dapat rehatkan tangan anda.

Jika masih sakit, berjumpalah dengan doktor untuk terapi fizikal. Anda boleh berjumpa dan berbincang dengan doktor berkenaan masalah anda.

Namun, paling penting, janganlah terlalu lama main handphone. Lebih lama masa anda bersama telefon bimbit, lebih teruk keadaan tangan anda nanti.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Beaumont Health. n.d. Hand and wrist pain: What causes it? What can you do about it? Accessed June 24, 2020. https://www.beaumont.org/health-wellness/blogs/hand-and-wrist-pain-what-causes-it-what-can-you-do-about-it.
  2. Cedars-Sinai . 2019. Ask a Doc: What Is Texting Thumb? July 29. Accessed June 24, 2020. https://www.cedars-sinai.org/blog/texting-thumb.html.
  3. Edward-Elmhurst Health. 2020. Is your smartphone a pain in the thumb? March 10. Accessed June 24, 2020. https://www.eehealth.org/blog/2020/03/is-your-smartphone-a-pain-in-the-thumb/.
  4. Hackensack Meridian Health. 2019. Are All Of My Devices Giving Me Wrist Pain? November 30. Accessed June 24, 2020. https://www.hackensackmeridianhealth.org/HealthU/2019/11/30/are-all-of-my-devices-giving-me-wrist-pain/.
  5. Rush University Medical Center. n.d. When Technology Hurts – Thumb and Elbow Pain. Accessed June 24, 2020. https://www.rush.edu/health-wellness/discover-health/when-technology-hurts.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak pada 07/07/2020
x