Mengapa Kanak-kanak Perlukan Kalsium?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Peranan kalsium dalam kesihatan dan perkembangan kanak-kanak

Di alam kanak-kanak dan juga remaja, tubuh badan menggunakan mineral kalsium untuk membina tulang yang kuat. Kalsium tulang bermula untuk mengurangkan masalah tulang semasa awal alam kedewasaan, di mana masalah ini berlaku seiring dengan peningkatan usia, terutamanya dalam kalangan wanita.

Kalsium memainkan bahagian penting dalam memastikan otot dan saraf bekerja dengan baik, dan dalam melepaskan hormon dan enzim. Jika paras kalsium darah adalah rendah, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang untuk membantu fungsi-fungsi yang dinyatakan tadi.

Kekurangan kalsium

Remaja, khususnya perempuan, yang tidak mengambil nutrien yang baik untuk membina tulang dalam dietnya, adalah berisiko besar untuk mendapat penyakit tulang osteoporosis. Ini sekali gus meningkatkan risiko retakan daripada tulang yang tidak kuat.

Bayi dan anak kecil yang tidak mendapat cukup kalsium dan vitamin D (yang membantu dalam penyerapan kalsium) adalah berisiko tinggi mendapat riket. Riket ialah gangguan tulang lembut yang menyebabkan pembengkokan kaki yang teruk, tumbesaran yang kurang baik, dan ada kalanya membuatkan otot sakit dan lemah.

Berapa banyak kalsium yang anak saya perlukan? 

Umur 1 hingga 3 tahun: 700 miligram (mg) setiap hari

Umur 4 hingga 8 tahun: 1,000 mg setiap hari

Anak anda tidak semestinya perlu mengambil jumlah kalsium yang disarankan setiap hari. Sebaliknya, anda berikan pada anak anda jumlah tersebut sebagai purata untuk beberapa hari atau seminggu.

Sumber  kalsium

Produk tenusu seperti susu, yogurt, dan keju adalah beberapa contoh sumber kalsium terbaik. Namun, anda juga boleh menemui kalsium dalam beberapa jenis makanan lain. Berikut adalah makanan kaya kalsium yang boleh diberikan kepada kanak-kanak:

1/4 cawan tauhu mentah berlengkapkan kalsium sulfat: 217 mg
1/2 cawan yogurt kosong: 207 mg
1/2 cawan yogurt buah: 122 hingga 192 mg
1/2 cawan jus oren yang diperkuat dengan kalsium: 133 hingga 250 mg
1/4 cawan keju ricotta: 167 mg
1/2 cawan susu milk: 150 mg
1/2 cawan susu coklat: 144 mg
1/2 cawan yogurt vanila beku, dihidangkan lembut: 102 mg
1/2 auns keju cheddar: 102 mg
1 keping roti gandum penuh: 24 mg
1/2 auns keju mozzarella: 103 mg
1/4 cawan kailan: 66 mg
1/4 cawan puding homemade: 76 mg
1 sudu besar tahini (mentega bijan): 64 mg
1/4 cawan sayuran turnip: 50 mg
1/4 cawan bayam yang dimasak: 60 mg
1/2 cawan bijirin yang diperkuat dengan kalsium (sedia untuk dimakan): 51 mg
1/2 cawan minuman kacang soya yang diperkuat dengan kalsium: 40 hingga 250 mg

Jumlah kalsium dalam setiap makanan adalah berbeza, ada kalanya bergantung mengikut jenama, saiz buah atau sayuran, dan juga lain-lain. Kanak-kanak mungkin makan lebih atau kurang berbanding jumlah yang dinyatakan, bergantung kepada umur dan selera mereka. Jadi, anggarkan kandungan nutrien tersebut sewajarnya.

Kandungan kalsium tidak terjejas oleh lemak, tetapi lemak pemakanan dalam produk tenusu memainkan peranan penting dalam perkembangan anak anda. Kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah perlu mendapatkan separuh kalori mereka daripada lemak untuk pertumbuhan sihat dan perkembangan otak. Oleh itu, kanak-kanak perlu makan hanya produk tenusu penuh lemak. Akan tetapi, jika doktor anda menasihati sebaliknya, kanak-kanak yang berusia lebih 2 tahun perlu mendapat kurang kalori daripada lemak, jadi mereka perlu makan produk tenusu rendah-lemak atau tanpa lemak untuk mengekalkan berat yang sihat. 

Apa yang anda mungkin tidak tahu mengenai kalsium

Paras kalsium yang amat tinggi dalam darah selalunya disebabkan oleh keadaan kesihatan yang ada pada seseorang, berbanding disebabkan oleh pengambilan terlalu banyak kalsium dalam makanan dan juga suplemen.

Suplemen kalsium, sebaliknya, boleh juga menyebabkan masalah. Contohnya, pengambilan suplemen kalsium berlebihan dikaitkan dengan risiko tinggi mendapat batu karang.

Beberapa langkah berwaspada yang boleh anda lakukan: Jika anak anda kuat minum susu, pastikan dia tidak mendaat terlalu banyak kalori tambahan daripada susu sahaja, atau nanti dia akan berasa kenyang kerana minum susu dan kemudiannya tiada selera untuk makan makanan berkhasiat lain. Selain itu, pengambilan kalsium yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan sembelit. 

Anda disarankan untuk mendorong kanak-kanak melakukan aktiviti fizikal dan senaman dengan kerap, yang merupakan tabiat yang amat penting untuk kesihatan tulang. Senaman yang melibatkan berat seperti lompat tali, berlari, dan berjalan juga boleh membantu mendapatkan dan mengekalkan tulang yang kuat. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Boleh Ambil Begitu Sahaja, Ada Sebab Perlu Basuh Buah & Sayur Sebelum Makan!

    Mungkin ramai yang tahu namun lupa untuk mencuci produk segar sebelum memakan. Jom klik artikel ini untuk tahu cara basuh buah & sayur yang betul!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Malu Nak Tanggal Kasut Sebab Kaki Berbau Busuk? Ini Cara Atasinya

    Muka dah cantik tapi kaki berbau busuk, tentu ia memalukan. Tapi jangan risau, ada 5 cara menghilangkan bau kaki yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Selain Telan Air Liur, Ada 3 Lagi Cara Hilangkan Telinga [email protected], BOLEH CUBA!

    Pernahkah anda alami telinga berdengung atau telinga berdesing ketika menaiki lif? Mengapa hal ini terjadi? Berkesankan telan air liur untuk hilangkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Baru Lahir Sakit Mata? Ini Mungkin Petanda Dijangkiti Bakteria Sakit Kelamin!

    Sakit mata bayi ini disebut sebagai konjunktivitis bayi yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti bakteria gonorea. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    proses penuaan

    Cara Nak Awet Muda, Kena Tahu Jenis Penuaan Mana Yang Tubuh Anda Alami Dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    fibroid ketika hamil

    Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    sakit sendi

    Ingin Mendaki Bukit Tapi Ada Sakit Sendi? Tiada Masalah Jika Buat Persiapan Penting Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    tips bercukur

    Berapa Kali Boleh Guna Pisau Pencukur Yang Sama? Ini Tip Bercukur Selamat Tanpa Rosakkan Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan