backup og meta

Lebihkan Aktiviti Fizikal, Kurangkan Masa Di Skrin Jika Ingin Anak Membesar Dengan Sihat!

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 06/08/2020

    Lebihkan Aktiviti Fizikal, Kurangkan Masa Di Skrin Jika Ingin Anak Membesar Dengan Sihat!

    Pada 24 April yang lepas, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan garis panduan baru berkaitan aktiviti fizikal, tingkah laku dan jumlah waktu tidur kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.

    Menurut Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, pengarah WHO, “Fasa awal kanak-kanak adalah satu fasa perkembangan yang pesat dan ianya juga adalah satu tempoh masa di mana gaya hidup dan penerapan keluarga itu boleh disebatikan dalam diri mereka demi meningkatkan kesihatan mereka’

    Dalam menghasilkan garis panduan ini, barisan pakar kesihatan daripada WHO telah menilai kesan tidur yang tidak mencukupi, masa di hadapan skrin dan juga manfaat aktiviti fizikal kanak kanak kecil.

    Menurut Dr Fiona Bull, pengurus program pemerhatian dan pencegahan berteraskan populasi untuk penyakit tidak berjangkit, “meningkatkan aktiviti fizikal, mengurangkan tingkah laku sedentar (setempat) yang tidak bermanfaat dan memastikan tidur yang berkualiti dalam kanak-kanak kecil akan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental mereka, selain mencegah obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan penyakit-penyakit lain di usia dewasa’.

    perkembangan sosial

    Sekiranya aktiviti fizikal yang sihat, tingkah laku sedentar dan tabiat tidur pada usia awal kanak-kanak dibentuk dan diterap awal, ianya akan menjadi tabiat yang akan mereka bawa sehingga mereka tua.

    Rekomendasi WHO Sekilas Pandang:

    Bayi bawah usia 1 tahun perlu: 

    • Bergerak aktif melalui beberapa cara, khususnya melalui permainan lantai yang interaktif. Bayi yang tidak lagi boleh bergerak, letakkan mereka dalam posisi meniarap sekitar 30 minit, beberapa kali ketika waktu mereka berjaga.
    • Tidak terhalang atau terikat lebih daripada satu jam dalam satu satu masa (dalam kerusi tinggi, kereta sorong bayi) Waktu di depan skrin tidak disarankan. Apabila tidak berbuat apa-apa, penuhkan masa itu dengan membaca atau bercerita dengan mereka.
    • Dapatkan 14 hingga 17 jam (Untuk bayi 0-3 bulan) atau 12 hingga 16 jam (Untuk bayi usia 4 hingga 11 bulan) tidur yang berkualiti, termasuk sekali tempoh tidur seketika (nap).

    kanak kanak

    Kanak-kanak berusia 1 hingga 2 tahun perlu:

  • Luangkan sekitar 180 minit melakukan pelbagai aktiviti fizikal pada kejituan berbeza, beberapa kali sepanjang tempoh berjaga mereka.
  • Tidak terhalang atau terikat lebih daripada satu jam dalam satu satu masa (dalam kerusi tinggi, kereta sorong bayi). Untuk yang berusia 1 tahun, waktu skrin sedentar (seperti menonton TV atau video) adalah tidak digalakkan. Untuk yang berusia 2 tahun, waktu skrin sedentar tidak lebih daripada 1 jam. Apabila tidak berbuat apa-apa, penuhkan masa itu dengan membaca atau bercerita dengan mereka.
  • Dapatkan waktu tidur yang mencukupi, iaitu sekitar 11 hingga 14 jam (termasuk tempoh tidur tengahari atau tidur seketika) dan pastikan waktu tidur dan jaga mereka berjadual.
  • Kanak-kanak 3 hingga 4 tahun perlu:

  • Luangkan sekitar 180 minit melakukan pelbagai aktiviti fizikal pada kejituan berbeza, beberapa kali sepanjang tempoh berjaga mereka, dengan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti kejituan sederhana-tinggi.
  • Tidak terhalang atau terikat lebih daripada satu jam dalam satu satu masa (dalam kerusi tinggi, kereta sorong bayi) atau duduk terlalu lama. Waktu skrin sedentar tidak lebih daripada 1 jam. Apabila tidak berbuat apa-apa, penuhkan masa itu dengan membaca atau bercerita dengan mereka.
  • Dapatkan 10 hingga 13 jam tidur berkualiti, termasuk tidur tengahari dan tidur seketika, dengan waktu tidur dan berjaga yang berjadual.
  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 06/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan