Haiwan Peliharaan Apa Yang Sesuai Untuk Anak Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 8 minit bacaan
Share now

Tahukah anda bahawa haiwan peliharaan sebenarnya boleh menjadi sesuatu perkara yang dapat membantu perkembangan seorang kanak-kanak? Ya, anda mungkin pernah mendengarnya tetapi adakah anda pernah melihatnya sendiri?

Hakikatnya, haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, hamster, ikan, burung dan pelbagai lagi jenis haiwan lain bukan sahaja perlu dipelihara kerana penampilannya yang comel dan manja itu. Ia malahan akan membantu dalam perkembangan anak anda.

Selain daripada cara pemakanan, teknik pengasuhan dan pelbagai lagi aspek yang dapat membantu perkembangan si kecil, haiwan peliharaan juga sebenarnya adalah termasuk dalam salah satu daripada aspek-aspek tersebut.

Ingin mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut? Sila ikuti artikel ini.

haiwan peliharaan

Manfaat membela haiwan peliharaan buat kanak-kanak

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa terdapat banyak manfaat membela haiwan peliharaan buat kanak-kanak. Kadangkala, kita sendiri pun tidak terfikir langsung mengenai manfaat tersebut.

Berikut merupakan manfaat-manfaat tersebut:

#1. Ajar anak berdisiplin

Kanak-kanak akan belajar tentang disiplin sepanjang memelihara haiwan kesayangan mereka. Contohnya, mereka perlu mengetahui cara penjagaan haiwan yang betul seperti waktu memberikan haiwan makan, waktu tidur haiwan dan juga waktu memandikan haiwan peliharaan.

Dengan cara ini dapat membantu mereka mengetahui peraturan-peraturan yang perlu diikuti sepanjang menjaga haiwan. Itulah juga yang akan diterapkan dalam kehidupan harian mereka nanti.

#2. Semai rasa tanggungjawab

Haiwan peliharaan memerlukan perhatian dan penjagaan daripada individu yang membela mereka. Hal ini sedikit sebanyak dapat membangkitkan rasa tanggungjawab dalam kalangan kanak-kanak terutama semasa peringkat awal kehidupan mereka.

Contohnya, kanak-kanak akan mempelajari waktu yang sesuai untuk memberikan haiwan kesayangan mereka makan, bermain dan menguruskan kelengkapan mereka. Selain itu, mereka juga belajar menjadi seorang yang penyayang dan bersifat belas kasihan kepada haiwan.

Sikap bertanggungjawab kepada makhluk lain ini secara tidak langsung turut disemai dalam diri mereka untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

#3. Tingkat keyakinan diri

Sikap tanggungjawab yang disemai kelak dapat membantu meningkatkan keyakinan diri kepada kanak-kanak. Contohnya, jika mereka sudah pandai memberikan makanan atau minuman kepada haiwan kesayangan, anak anda akan menganggap itu sebagai suatu pencapaian untuk mereka.

Tambahan pula jika ada yang memuji haiwan mereka comel atau lain-lain ucapan yang positif. Bagi mereka itu adalah suatu kejayaan memandangkan merekalah yang menjaga haiwan tersebut.

#4. Rangsang kemahiran motor

Interaksi dengan haiwan peliharaan akan membuatkan kanak-kanak bergerak lebih aktif dan cergas. Jika memelihara haiwan peliharaan, masa anak anda akan terisi dengan perkara lain selain daripada televisyen dan gajet. Kanak-kanak juga akan terdorong untuk lebih banyak bergerak sekali gus dapat meningkatkan lagi kemahiran motor mereka.

#5. Belajar benda baharu

Semasa memelihara haiwan, kanak-kanak akan turut berminat untuk mengetahui segala hal berkenaan haiwannya. Contohnya, bagaimana untuk menjaga bulu haiwan, bagaimana untuk membiakkan haiwan, bagaimana untuk menjaga haiwan yang sakit dan sebagainya.

Hal ini akan membuat minda seorang kanak-kanak lebih berkembang untuk memahami kitaran hidup haiwan kesayangan mereka sekali gus meluaskan lagi pengetahuan mereka.

#6. Sebagai penghibur hati

Di kala suka, duka atau marah, kanak-kanak pasti akan mendapatkan haiwan peliharaannya dulu bagi menceritakan perasaannya. Menurut kajian, haiwan mempunyai aura yang membawa rasa ketenangan kepada manusia.

Selain itu, haiwan peliharaan bukan sahaja akan memberi manfaat kepada anak anda tetapi juga akan memberi manfaat kepada anda. Tidak percaya dengan penyataan ini? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

haiwan peliharaaan

Manfaat membela haiwan peliharaan buat ibu bapa

Tahukah anda bahawa haiwan peliharaan juga mampu menjadi terapi buat individu dewasa. Jadi, tidak hairanlah jika satu keluarga itu akan sentiasa kekal sihat dan gembira jika mereka ada membela haiwan peliharaan di kediaman mereka.

Berikut merupakan manfaat-manfaat tersebut:

#1. Mengurangkan tekanan

Paling penting, haiwan peliharaan dapat mengurangkan tekanan buat ibu bapa setelah penat seharian bekerja. Masa yang diluangkan bersama haiwan peliharaan akan melepaskan endorfin. Ini mempunyai kesan menenangkan pesakit dan mengurangkan tahap tekanan. Ini sangat bermanfaat untuk pesakit yang mengalami demensia atau gangguan lain.

Pesakit yang menghidapi penyakit-penyakit tersebut boleh menjadi tertekan dan kecewa apabila mereka tidak dapat berkomunikasi dengan orang atau tidak dapat menyatakan idea atau perasaan mereka. Walau bagaimanapun, mempunyai haiwan peliharaan membolehkan pesakit membina ikatan yang kuat dengan haiwan peliharaan mereka.

Ini sekali gus dapat mengurangkan tekanan, kesunyian, kebimbangan dan mengurangkan simptom-simptom yang dialami mereka.

#2. Mengurangkan risiko kemurungan

Selain itu, haiwan peliharaan dapat mengurangkan perasaan terasing atau keseorangan, yang akhirnya akan membawa kepada kemurungan. Ia mungkin membantu anda membuat kawan baru atau berbual dengan individu lain semasa membawa haiwan kesayangan anda bersiar-siar di luar rumah.

Terapi haiwan peliharaan secara perlahan akan mendorong pesakit untuk mendapatkan hubungan sosial yang lebih. Haiwan adalah makhluk penyayang yang menawarkan keselesaan dan jaminan kepada pemiliknya. Terdapat sesuatu yang menyegarkan secara semula jadi mengenai kucing anda ketika anda memeluknya di pangkuan anda.

Dengan memelihara haiwan kesayangan, anda tidak lagi akan berasa bersendirian. Ini sekali gus akan mengurangkan risiko kemurungan.

#3. Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi

Penghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit jantung, terutamanya buat mereka yang sudah berusia. Masa yang diluangkan dengan haiwan kesayangan didapati dapat menurunkan tahap tekanan darah. Ini akhirnya memainkan peranan aktif dalam menurunkan risiko masalah jantung dan masalah koronari yang lain.

Pesakit dengan tekanan darah mendapat manfaat daripada terapi haiwan peliharaan dan mungkin akan menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat.

#4. Memperbaiki emosi

Kajian mendapati bahawa individu yang terlibat dalam interaksi positif dengan haiwan mempunyai tahap “berasa baik” yang lebih tinggi berbanding penggunaan bahan kimia seperti dopamin dan serotonin.

Ya, bahan-bahan ini memang dapat membantu mengawal mood, menghalang kemurungan, mengurangkan kebimbangan dan membantu kekal tenang dalam situasi yang tertekan. Namun terapi haiwan peliharaan ini akan lebih membantu seseorang berasa “selamat”, dihargai dan mampu untuk bebas meluahkan emosi mereka.

Pendek kata, berinteraksi dengan haiwan boleh merangsang ketawa lalu mendatangkan kegembiraan dan kebahagiaan pada orang yang kehidupannya telah diliputi oleh penyakit yang melibatkan emosi.

#5. Meningkatkan aktiviti fizikal

Selain emosi, membela haiwan kesayangan juga dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal anda. Terapi haiwan peliharaan menawarkan anda dan individu tersayang berkenaan cara untuk meningkatkan aktiviti fizikal.

Dengan membawa haiwan peliharaan bersiar-siar di luar rumah, ia akan memberi peluang untuk anda melakukan senaman. Ia sekali gus meningkatkan kemahiran motor dan menggalakkan pergerakan bebas. Mengendalikan haiwan comel anda secara fizikal dapat mengurangkan risiko ketegangan dan kesakitan sendi-sendi dalam badan.

Ini terbukti sangat bermanfaat bagi pesakit yang mengalami penyakit yang melemahkan seperti artritis. Ini membantu mengekalkan kekuatan dan kelenturan.

Jadi, sudahkah anda memutuskan untuk membela haiwan peliharaan? Jika ya, ada sesuatu perkara lagi yang perlu anda fikirkan dan putuskan iaitu haiwan apakah yang paling sesuai untuk dipelihara oleh anda sekeluarga?

haiwan peliharaaan

Haiwan peliharaan apa yang paling sesuai buat anda sekeluarga?

Memelihara haiwan kesayangan sememangnya akan mendatangkan banyak manfaat baik dari segi fizikal mahupun mental kepada seisi keluarga anda. Ia dapat membantu anak anda untuk belajar ilmu berharga mengenai bagaimana untuk menjaga makhluk hidup selain membantu anda untuk menepis segala masalah emosi.

Selain itu, melalui sikap mengambil berat terhadap haiwan juga, anak anda akan belajar tentang sikap kebertanggungjawaban serta kebergantungan. Sesetengah haiwan peliharaan juga amat membantu dalam mengelakkan kesunyian dan kemurungan dalam kalangan kanak-kanak.

Oleh itu, mari kita lihat haiwan peliharaan apa yang selamat dan sesuai dipelihara oleh anda seisi keluarga.

#1. Kucing

Siapa sahaja yang tidak suka kepada haiwan yang comel tetapi malas ini, bukan? Sesungguhnya, kucing sudah pasti akan menjadi pilihan utama untuk dipelihara kanak-kanak tanpa mengira latar belakang. Tiada siapa mampu menafikan kecomelan dan kegebuan tubuh badan mereka.

Berbeza dengan anjing, kucing adalah lebih berdikari jadi mereka tidak berapa memerlukan perhatian keterlaluan daripada individu yang membelanya. Ini kerana kebanyakan kucing menghabiskan banyak masa mereka untuk tidur sahaja di dalam rumah terutamanya pada waktu siang.

Pun begitu, kucing masih memerlukan rutin pemeriksaan ke veterinar atau pusat jagaan haiwan untuk mendapatkan imunisasi tahunan. sekiranya keluarga anda mempunyai ruang rumah yang terhad, kucing adalah pilihan terbaik untuk mengajar anak anda mencintai haiwan dan berkawan dengannya.

Antara baka kucing terbaik untuk dipelihara oleh anda termasuklah:

  • Baka Abyssinian – merupakan baka kucing yang mesra dan gemar bergaul
  • Baka American Shorthair – kucing berbulu dan berkaki pendek yang mudah bergaul dengan haiwan lain
  • Baka Birman – sangat mudah untuk dijaga
  • Baka Burmese – sangat lembut dan manja

#2. Anjing

Bak kata orang inggeris, ‘dog are man’s best friend’’. Ia sememangnya benar kerana anjing adalah haiwan yang sangat setia kepada individu yang membelanya. Selain itu, mereka juga sangat comel, manja dan mudah dilatih. Namun begitu, mereka tidak boleh dibela oleh keluarga yang beragama Islam.

Sekiranya anda ingin memilih anjing untuk dipelihara di dalam rumah, anda perlu berhati-hati kerana bukan semua baka anjing adalah sesuai dan selamat untuk anak anda. Selain itu, anda juga perlu mengajar anak anda untuk memastikan anjing tersebut mempunyai cukup makan, tempat untuk bermain, melakukan rutin latihan seperti dibawa keluar bersiar-siar, menjalani pemeriksaan kesihatan dan imunisasi serta mendapat perhatian dan kasih-sayang yang secukupnya.

Berikut adalah senarai beberapa baka anjing yang mesra kanak-kanak:

  • Australian Sheep
  • Cocker Spaniels
  • Golden Retrievers
  • Labradors
  • Pugs

#3. Ikan

Ikan adalah pilihan terbaik untuk kanak-kanak dan juga ibu bapa yang gemarkan sesuatu yang mudah dan tenang. Dengan melihat ikan berenang di sekeliling akuarium atau kolam, ia dapat membantu mengurangkan stres dan memberikan anak anda mengenal mengenai jenis-jenis ikan.

Walau bagaimanapun, anda perlu mencari ikan yang senang untuk dibela seperti ikan emas supaya anak kecil anda boleh bersama-sama membantu anda menjaga ikan tersebut tanpa membuat kacau-bilau.

Ikan emas dianggap sebagai salah satu spesies ikan yang mudah membiak kerana ia suka memencil dan tidak memerlukan ruang yang terlalu besar. Anda juga tidak perlu menyediakan aerator, penapis, pemanas, atau bahan kimia untuk menjaga mereka. Paling penting, ia adalah membawa tuah jika mengikut kepada kepercayaan masyarakat Cina.

#4. Tikus

Nanti, usah anda terkejut terlebih dahulu. Tikus di sini bukanlah bermaksud haiwan perosak yang selalu merosakkan atau mengotorkan kawasan rumah anda. Tikus yang dimaksudkan adalah tikus bersih yang sangat comel untuk anda bela.

Tikus adalah pilihan yang baik untuk kanak-kanak yang berumur lebih daripada 5 tahun. Ia adalah lebih kecil, mudah dijaga, mampu dimiliki, dan tidak memerlukan perhatian yang keterlaluan.

Antara contoh tikus yang boleh dibela termasuklah tikus belanda, hamster dan gerbil. Disebabkan kebanyakan tikus hanya memerlukan ruang tinggal yang kecil, ia adalah haiwan peliharaan yang sesuai buat anda yang tinggal di ruang kediaman yang sedikit sempit.

Kajian juga menunjukkan bahawa mereka boleh menjadi haiwan peliharaan yang bagus kerana kelincahan, kebijaksanaan, dan kemesraan mereka kepada individu yang membela mereka.

#5. Iguana

Buat ibu bapa yang gemarkan kelainan, apa kata jika anda membela iguana di rumah sebagai haiwan peliharaan? Ya kebanyakan individu mungkin akan mengatakan reptilia ini adalah berbahaya buat kanak-kanak. Pun begitu, ia adalah tidak benar kerana haiwan ini sebenarnya boleh dijinakkan.

Iguana adalah sejenis cicak yang unik untuk dijadikan haiwan kesayangan yang hebat. Syaratnya, anda perlu menjinakkannya terlebih dahulu dengan pengendalian yang lembut dan konsisten sehinggalah ia dewasa.

Oleh itu, jika anda mahu membelanya, pastikan anda sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan ia di dalam sangkar terlebih dahulu sehingga anda benar-benar pasti bahawa ia telah jinak sepenuhnya sebelum membiarkan anak anda bermain dengannya.

haiwan peliharaaan

Bagaimana jika anak anda atau anda mengalami alahan?

Ada sesetengah individu yang mengalami alahan terhadap sesuatu jenis haiwan seperti kucing, anjing dan lain-lain. Ini merupakan tindak balas terhadap protein yang terdapat dalam sel kulit, air liur atau air kencing haiwan.

Bulu atau rambut haiwan tidak mempunyai banyak alergen – bahan penyebab alahan tetapi ia boleh memerangkap debunga, debu, kulat, dan pelbagai alergen lain yang terdapat dalam ruangan udara. Alergen adalah bahan yang biasanya tidak berbahaya namun mampu mencetus sistem imun untuk bereaksi berlebihan pada individu yang mengalami alahan.

Jika anda mengalami alahan terhadap haiwan peliharaan dan tindak balas alahan anda tidak mengancam nyawa, terdapat banyak cara untuk mengurangkan alergen dalam rumah dan simptom alahan supaya anda dan haiwan kesayangan anda dapat hidup bersama dengan lebih selesa. Jika mengancam nyawa pula, anda perlu segera mendapatkan rawatan doktor.

Jadi, apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan simptom alahan anda?

  • Elakkan diri anda daripada punca alahan yang lain seperti pemakanan dan persekitaran
  • Uruskan rumah anda agar ia tidak memerangkap alergen
  • Uruskan haiwan peliharaan anda dengan baik agar ia tidak menyimpan alergen
  • Dapatkan rawatan pakar jika alahan sudah teruk

Konklusi

Konklusinya, anda sekeluarga digalakkan untuk membela haiwan peliharaan di rumah anda. Pun begitu, keputusan terletak di tangan anda sepenuhnya. Terutamanya, pertimbangkan semula jika anda atau ada ahli keluarga yang lain mengalami masalah alahan haiwan yang teruk.

Hakikatnya, membesar dengan haiwan peliharaan akan mencipta pelbagai memori yang menyeronokkan dan tidak mudah dilupakan oleh kanak-kanak kerana haiwan peliharaan amat menyayangi tuan mereka jika anda melakukan yang sama juga terhadap mereka.

Sekiranya anda berhasrat untuk memberikan anak anda haiwan peliharaan, ajarlah anak anda untuk menjaga kelakuan dan sentiasa ambil berat mengenai keperluan haiwan peliharaan mereka dengan baik.

Paling utama, memilih jenis haiwan peliharaan adalah keputusan seisi rumah. Oleh itu, fikirkan tentang keadaan tempat tinggal anda sebelum bersedia untuk membawa ‘ahli keluarga’ baru ke dalam rumah anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Anda demam? Pasti anda rasa susah untuk tidur malam. Ini kami bawakan kepada anda 7 tip untuk anda tidur dengan lena ketika sedang sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Bila tengok keadaan kulit, jadi keliru, ini masalah selulit atau tanda regangan? Hmmm, macam mana nak bezakan antara kedua-duanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu kanser prostat

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    hidup gembira

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan