home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Penganiayaan Terhadap Haiwan dalam Kalangan Kanak-kanak

Penganiayaan Terhadap Haiwan dalam Kalangan Kanak-kanak

Kanak-kanak yang bertindak menzalimi haiwan dikira sebagai tingkah laku yang berbahaya. Ini bukannya tentang penganiayaan terhadap haiwan sahaja, sebaliknya ia mungkin menunjukkan kanak-kanak itu mengalami gangguan psikologi.

Apa yang menyebabkan kanak-kanak menganiaya haiwan peliharaan?

Masih tiada lagi bukti saintifik tentang punca kanak-kanak ingin menganiaya haiwan peliharaan, namun terdapat kajian yang mengemukakan beberapa punca yang mendorong kelakukan kanak-kanak tersebut:

1. Sikap ingin tahu atau ingin meneroka.

2. Peningkatan emosi. Dalam kes ini, kanak-kanak yang berasa bosan, tertekan atau sedih memilih untuk menganiaya haiwan untuk melegakan emosi mereka.

3. Tekanan rakan sebaya. Rakan-rakan boleh menjadi pendorong kepada kanak-kanak untuk menganiaya haiwan. Kemungkinan, mereka menjadikan tindakan tersebut sebagai ujian jika budak itu ingin masuk dalam kelompok mereka.

4. Kepuasan seksual. Dalam senario ini, kanak-kanak berminat untuk melakukan hubungan seksual dengan haiwan (dikenali sebagai buas). Kanak-kanak ini perlu mendapatkan pertolongan segera atau kecenderungan ini akan kekal sehingga mereka dewasa.

5. Kanak-kanak dipaksa untuk berlaku kejam terhadap haiwan oleh mereka yang lebih berkuasa.

6. Hubungan dengan haiwan. Ini mungkin kedengaran janggal, tetapi kadangkala, kanak-kanak memilih untuk membunuh haiwan yang mereka sayangi untuk mengelakkan haiwan tersebut daripada disiksa atau dianiaya oleh individu lain.

7. Fobia terhadap haiwan.

8. Kenal dengan pendera kanak-kanak. Kanak-kanak yang pernah didera atau disiksa ingin rasa lebih kuat dengan cara melakukan perbuatan tersebut kepada makhluk yang lebih lemah.

9. Simptom trauma.

10. Latihan untuk keganasan interpersonal. Sebelum melakukan tindakan kejam sebenar kepada individu lain, kanak-kanak itu berlatih menganiaya haiwan dahulu.

11. Petanda penderaan emosi. Contohnya, kanak-kanak yang bencikan seseorang memilih untuk menyakiti haiwan peliharaan orang tersebut bagi menakut-nakutkan atau memberi amaran kepada individu itu.

Apa tindakan yang perlu saya lakukan jika mengesyaki kanak-kanak itu menganiaya haiwan?

Jika anda mengesyaki yang kanak-kanak tersebut menganiaya haiwan, anda perlu melaporkan penemuan pada pihak sekolah dahulu. Berjumpa dengan guru besar/ pengetua, ahli psikologi sekolah, dan pegawai penguatkuasaan undang-undang yang terlibat dengan sekolah tersebut. Tanya cikgunya jika budak tersebut berkelakuan luar biasa semasa bersama dengan rakan-rakannya atau jika dia mempunyai masalah di rumah. Kanak-kanak yang menganiaya binatang selalunya didera atau disiksa di rumah, atau juga mereka menyaksikan penderaan domestik. Jika tidak, hubungi ibu bapa mereka, guru, guru besar/ pengetua untuk berbincang tentang penemuan anda. Dapatkan bantuan ahli psikiatri jika perlu.

Jika anda mengesyaki yang kelakuan kanak-kanak tersebut adalah disebabkan oleh apa yang dialaminya di rumah, hubungi pihak berkuasa, polis ataupun agensi perlindungan kanak-kanak. Ingatlah untuk menyertakan sebarang perbualan atau bukti lain yang menunjukkan budak itu dianiaya. Bersedia untuk memberi keterangan jika diperlukan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Children Who are Cruel to Animals: When to Worry.
https://www.psychologytoday.com/blog/the-human-equation/201104/children-who-are-cruel-animals-when-worry. Accessed December 9, 2016.

Childhood Cruelty to Animals: Breaking the Cycle of Abuse.
http://www.humanesociety.org/parents_educators/childhood_cruelty_breaking_cycle_abuse.html. Accessed December 9, 2016.

Winning the case against cruelty. http://aldf.org/resources/when-your-companion-animal-has-been-harmed/animal-cruelty-and-domestic-violence/. Accessed December 9, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 27/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel