backup og meta

Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

    Rasanya tidak ramai yang cakna mengenai apa itu sleep apnea bukan? Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis gangguan tidur!

    Gangguan ini bukan sahaja akan mengakibatkan tidur anda menjadi tidak lena malahan juga berisiko menyebabkan kondisi kesihatan yang lain.

    Meskipun kita semua sering kali terdengar atau terbaca bahawa ia kerap terjadi kepada orang dewasa, ketahuilah bayi juga berisiko mengalaminya.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya!

    Apa itu sleep apnea?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua faham definisi sebenar perkara ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, sleep apnea adalah sejenis gangguan tidur yang berkaitan dengan sistem pernafasan manusia.

    Menurut Dr. Zarmina Ehsan yang merupakan Pembantu Profesor Pediatrik dari University of Missouri-Kansas City School of Medicine di Amerika Syarikat, ada 2 jenis gangguan tidur apnea yang utama iaitu:

    Obstructive sleep apnea (OSA)

    Ia terjadi apabila berlaku penyekatan atau penyempitan saluran pernafasan dari hidung ke paru-paru lantas menyebabkan penderita kekurangan oksigen ketika sedang tidur.

    Central sleep apnea (CSA)

    Ia terjadi apabila terdapat halangan atau rintangan penghantaran isyarat dari otak ke sistem pernafasan (paru-paru, hidung dan mulut) agar terus bernafas ketika sedang tidur.

    tidur

    Berikut adalah simptom-simptom yang mungkin akan berlaku sekiranya kalian menderita kondisi ini:

    Sekiranya ada simptom-simptom yang kami nyatakan ini pada diri atau orang sekeliling anda, segera berjumpa doktor untuk mengelakkan komplikasi kesihatan yang lain.

    Bayi pun berisiko alami gangguan tidur apnea?

    Untuk menjawab persoalan utama artikel ini, jawapan mudahnya adalah ya. Untuk pengetahuan anda, si kecil anda juga berisiko alami gangguan tidur apnea.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh healthychildren.org, kira-kira 2% kanak-kanak dan bayi akan mengalami kondisi ini dan majoritinya tidak mendapatkan rawatan lanjutan.

    Ini disebabkan oleh ibu bapa yang kurang peka, arif dan cakna mengenai apa itu sleep apnea.

    Perkara pertama yang kalian perlu perhatikan ketika si kecil anda sedang tidur adalah pernafasan mereka – lihat dan dengar sama ada mereka berdengkur, tercekik atau sukar untuk bernafas.

    Bayi anda juga bukan perlu diberi perhatian ketika tidur waktu malam sahaja, malahan ketika ‘naping’ pada waktu siang agar gejala sleep apnea tidak lagi berulang pada ketika yang lain.

    tidur

    Sekiranya anda mengesyaki si kecil anda mengalami gangguan ini, apa yang ibu bapa perlu lakukan?

    Segera bawa bayi jalani ujian gangguan tidur!

    Tanpa diduga, si kecil anda juga mungkin adalah salah seorang dari individu yang menderita gangguan tidur apnea.

    Selepas mendapati terdapat petanda atau gejala gangguan tidur ini pada mereka, segera berjumpa dengan pakar pediatrik di hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjutan,

    Di sana, pakar mungkin akan menyarankan bayi kalian untuk menjalankan ujian tidur yang dikenali sebagai polysomnogram.

    Semasa ujian ini, staf perubatan akan melihat dan menilai si kecil anda ketika sedang tidur dengan bantuan lekatan sensor pada tubuh badan.

    Ini untuk memerhatikan corak pernafasan, kadar kemasukan oksigen serta gelombang pergerakan otak (electroencephalogram atau EEG).

    Hasilnya, ia akan dapat menentukan sama ada mereka menderita sleep apnea ataupun tidak.

    Teruskan dengan rawatan lanjutan sleep apnea

    Kebanyakan bayi atau kanak-kanak yang alami gangguan sleep apnea ini akan mempunyai tonsil dan adenoid yang lebih besar.

    Adalah penting untuk membuang tonsil dan adenoid ini melalui prosedur pembedahan tonsilektomi dan adenoidektomi.

    tidur

    Ia adalah langkah pertama yang perlu ibu bapa lakukan untuk merawat kondisi ini sepenuhnya.

    Selain itu, ada juga rawatan lain yang memerlukan si kecil kalian memakai topeng ketika mereka tidur agar aliran udara yang masuk ke dalam hidung atau mulut mereka lebih lancar dan stabil.

    Sekiranya mereka lahir dengan kondisi kesihatan lain seperti sindrom Down, cerebral palsy atau craniofacial, maka bayi anda lebih tinggi risiko terkena gangguan tidur apnea dan memerlukan rawatan lanjutan khas.

    Sekiranya kalian mempunyai sebarang persoalan lanjutan mengenai apa itu sleep apnea, segera berjumpa dengan doktor ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan