backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Nutrien Penting Untuk Anak Yang Sedang Membesar, Jangan Terlepas 10 Nutrisi Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/10/2023

Nutrien Penting Untuk Anak Yang Sedang Membesar, Jangan Terlepas 10 Nutrisi Ini

Nutrien makanan memainkan peranan penting dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Pengambilan diet yang ideal akan dapat membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak anda.1

Menariknya, diet yang tepat mampu memberi kesan positif dalam pelbagai aspek ketika mereka membesar iaitu:

  • Kognitif
  • Fizikal
  • Emosi 
  • Bahasa
  • Deria
  • Motor

Persoalannya, apa jenis nutrisi yang amat diperlukan oleh kanak-kanak? Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Ini nutrien makanan penting untuk kanak-kanak!

Sebagai ibu bapa, anda perlu mengetahui mengenai kesemua jenis nutrien makanan penting yang dapat membantu tumbesaran anak.1 Berikut antara senarai nutrisi yang diperlukan oleh kanak-kanak:

#1. Kalsium

Penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak, kalsium yang mencukupi dapat membantu mencegah osteoporosis ketika dewasa.2 Beberapa jenis makanan dengan mineral ini termasuk:

  • Susu
  • Yogurt
  • Keju
  • Sardin

#2. Protein

Merupakan sumber tenaga yang hebat, ia membantu membina, mengekalkan dan menguatkan otot serta tisu.3 Ini beberapa contoh makanan tinggi protein yang perlu diberikan ibu bapa kepada anak:

#3. Makanan tinggi serat

nutrien makanan

Nutrisi ini pula dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung, jenis barah tertentu dan kegemukan. Ia juga membantu sistem pencernaan sekali gus mencegah kondisi sembelit.4

Berikan makanan yang kaya dengan serat kepada anak untuk menjaga usus dan perut mereka agar kekal sihat, seperti:

  • Buah-buahan (pisang, avokado)
  • Sayur-sayuran (brokoli, lobak)
  • Bijirin penuh
  • Kekacang

#4. Nutrien makanan berkarbohidrat

Ia merupakan nutrien paling penting kepada kanak-kanak sebagai sumber tenaga utama dalam menjadikan anak aktif dan fokus.5 Contoh makanan yang kaya dengan karbohidrat adalah:

  • Nasi
  • Pasta
  • Roti
  • Bijirin
  • Kentang

#5. Makanan berlemak

Lemak khususnya jenis lemak yang sihat, perlu dimasukkan ke dalam diet pemakanan anak. Ia sangat penting bagi tumbesaran tubuh dan otak mereka.6 Ia boleh diperolehi daripada sumber-sumber di bawah:

  • Avokado
  • Kekacang
  • Ikan dengan asid lemak omega-3
  • Daging merah tanpa lemak jahat

#6. Zat besi

Zat ini adalah nutrien paling penting yang membantu sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan. Kekurangan zat besi atau anemia boleh membuat kanak-kanak cepat berasa letih dan sesak nafas.7

#7. Potasium

Turut dikenali dengan nama kalium, ia berfungsi mengatur keseimbangan cecair dalam badan dan menjaga tekanan darah agar sentiasa normal.8 Antara makanan tinggi mineral ini adalah:

  • Pisang
  • Bayam
  • Brokoli
  • Halia
  • Keledek
  • Kentang
  • Kacang pis
  • Cendawan

jenis nutrien

#8. Vitamin A

Vitamin ini dapat meningkatkan sistem penglihatan mata dan pertahanan tubuh, selain memastikan kulit anak anda sentiasa dalam keadaan yang sihat.9 

Vitamin A juga berfungsi memastikan fungsi organ jantung, ginjal dan paru-paru tidak terjejas9 . Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk memberi anak makanan di bawah:

  • Telur
  • Sayur-sayuran seperti lobak dan labu
  • Buah-buahan seperti mangga dan betik
  • Produk diperkaya vitamin A seperti bijirin dan susu formula

#9. Vitamin C

Vitamin C pula penting untuk sistem imuniti serta pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat lagi sihat.9 Berikut adalah contoh-contoh makanan yang mengandungi banyak vitamin C:

  • Tomato
  • Brokoli
  • Bayam
  • Lada benggala
  • Mangga
  • Buah sitrus (lemon, oren)
  • Buah beri (strawberi, raspberi)

#10. Vitamin D

Vitamin ini sangat penting untuk tulang anak anda.9  Ia boleh diperolehi daripada suplemen (jika perlu) dan diet makanan yang mengandungi tinggi vitamin D seperti:

  • Ikan berlemak seperti tuna, salmon dan tenggiri
  • Makanan diperkaya vitamin D seperti produk tenusu dan bijirin 

Memahami keperluan nutrien makanan untuk anak

nutrien dan nutrisi

Untuk memastikan anak mendapat semua nutrien makanan yang penting dan diperlukan, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pastikan anda memberikan 5 kumpulan nutrien makanan kepada anak – biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan protein.1
  2. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anak anda.
  3. Sajikan sajian secukupnya yang dapat dihabiskan oleh si kecil.
  4. Libatkan anak anda semasa proses menyediakan hidangan makanan.
  5. Jadilah teladan yang baik untuk anak anda.

Pengambilan susu diperkaya juga penting untuk anak!

Dalam pada ibu bapa fokus kepada nutrisi untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, jangan lupa bahawa usaha ini perlu disokong dengan cara penyerapan nutrien dengan betul.10

Sistem penghadaman dan pencernaan anak anda juga perlu lancar agar kesihatan perut mereka sentiasa terjaga.

Tidak perlu risau, terdapat sejenis susu yang boleh menjadi pilihan untuk kanak-kanak kerana ia bebas daripada sukrosa tambahan iaitu Friso® Gold 3.

Anda boleh berikan anak anda susu Friso Gold yang diperbuat daripada NOVAS Signature Milk dengan teknologi LocNutri, yang berfungsi mengekalkan nutrien dalam struktur aslinya. Ini memudahkan proses penyerapan nutrien.

Selain itu, susu ini juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin, mineral, DHA, Omega dan lain-lain untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

Tambahan itu lagi, kandungan GOS, bifido lactis dan nucleotides dalam susu ini bagus untuk usus dan perut kanak-kanak sekali gus membantu menyerap nutrisi-nutrisi yang lain.

Saiz molekul yang kecil, lembut dan semula jadi dalam produk susu ini turut membuatkan ia mudah dihadam dan diserap di dalam perut serta tubuh badan anak anda.10

Dapatkan pek percubaan sehari susu Friso Gold secara percuma atau diskaun 50% bagi pek percubaan 6 hari di sini

Konklusinya, ibu bapa harus membekalkan dan memberikan nutrien penting seperti di atas kepada anak, tidak kiralah melalui makanan, minuman, suplemen mahupun susu formula.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/10/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan