Adakah Perlu Beri Kanak-kanak Makanan Tambahan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/01/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Makanan tambahan atau suplemen seringkali mendapat pertikaian dalam kalangan ibu bapa, sama ada ia perlu diberikan kepada kanak-kanak ataupun tidak. Hal ini terjadi kerana kebanyakan ibu bapa bimbang jika anak mereka tidak mendapat nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan mereka.

Walau bagaimanapun, ramai pakar yang berpendapat makanan itu sendiri sudah menyediakan nutrien yang secukupnya untuk kanak-kanak. Pemakanan harian yang diambil menyediakan kesemua nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak usia prasekolah. Justeru, pemberian makanan tambahan berupa multivitamin adalah tidak perlu untuk kanak-kanak terutama mereka yang membesar dengan sihat.

Bagaimana jika anak saya jenis memilih makan?

Ramai pakar yang tidak bersetuju untuk memberikan kanak-kanak makanan tambahan. Ini kerana, pakar berpendapat bahawa kebanyakan makanan yang sering kita makan, termasuklah bijirin sarapan pagi, roti, susu, jus oren dan sebagainya sudah dilengkapi dengan nutrien penting, seperti vitamin B, vitamin D, kalsium dan zat besi. Jadi, sebenarnya, anak anda sudah mendapat vitamin dan mineral melebihi yang anda fikirkan.

Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin berbeza untuk kanak-kanak yang cerewet makan. Ada pakar yang berpendapat bahawa kanak-kanak yang memilih makan atau picky eaters juga tidak perlu diberikan makanan tambahan kerana tidak semestinya golongan kanak-kanak ini mengalami kekurangan nutrisi. Namun, pakar lain menyarankan supaya ibu bapa menawarkan makanan tambahan kepada kanak-kanak yang memilih makan dan sering menolak makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagaimanapun, jika ibu bapa berasa bimbang akan pengambilan diet anak mereka, adalah dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum memberikan sebarang makanan tambahan kepada kanak-kanak. Bagi sesetengah kanak-kanak yang sedang membesar, pakar pediatrik turut menyarankan pengambilan makanan tambahan kepada golongan kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:

  •         Kurang selera makan
  •         Cerewet makan
  •         Alergik kepada sesuatu jenis makanan
  •         Vegetarian
  •         Banyak makan makanan segera/ ringan

Bolehkah jika saya ingin berikan anak makanan tambahan?

Sesetengah pakar berpendapat bahawa pengambilan makanan tambahan mungkin boleh membantu untuk menggantikan sebarang kekurangan nutrien selagi mana kandungannya tidak melebihi saranan dietari yang disyorkan (RDA) untuk sebarang vitamin atau mineral.

Walau bagaimanapun, sebelum menawarkan sebarang makanan tambahan keada kanak-kanak, rujuklah dahulu dengan doktor. Anda boleh berjumpa dengan pakar pemakanan kanak-kanak jika mengalami masalah untuk mengenal pasti akan keperluan nutrisi si kecil. Pakar akan membantu anda memberikan saranan pemakanan mengikut peringkat umur anak anda dan juga mungkin akan mencadangkan pemberian makanan tambahan kepada anak anda, jika perlu.

Ibu bapa juga disarankan untuk sentiasa memeriksa label pada produk makanan tambahan sebelum diberikan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak juga mungkin akan mengambil nutrien lain yang berlebihan semasa anda cuba untuk meningkatkan sesetengah pengambilan nutriennya. Apabila berhadapan dengan masalah kekurangan nutrien dalam diet anak, sebaik-baiknya adalah berjumpa dengan doktor. Doktor akan memeriksa amaun dan dos yang terdapat pada suplemen yang disarankan sebelum diberikan kepada anak anda.

Ibu bapa perlu memantau anak-anak dalam pemberian makanan tambahan kerana ada sesetengah makanan tambahan yang diambil secara berlebihan dan tidak mengikut dos yang disarankan akan menyebabkan kesan-kesan tertentu seperti pening kepala dan muntah kepada kanak-kanak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

    Makanan dicerna mesti melalui usus. Tetapi jika wujud penyumbatan, proses tersebut boleh terhenti. Apakah punca masalah usus ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

    Bunuh diri merupakan salah satu tanda penyakit mental seperti depresi. Jika anda atau rakan anda ada tanda-tanda ingin membunuh diri, jangan berdiam diri ya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

    Apa kata, kali ini kita lihat kepada makanan tidak berkhasiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada otak, khususnya memori otak. Apakah makanan itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Sudah menjadi lumrah kita untuk membina pertalian. Hubungan sihat mampu memberi manfaat terhadap kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat posisi tidur

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    buang IUD

    Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    kelenjar air liur

    5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Berlaku Pada Kelenjar Air Liur, Yang Terakhir Paling Menakutkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    tanda kanser usus

    Lakukan Ujian Najis Untuk Kesan Kanser Kolorektal, Adakah Benar-benar Berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan