backup og meta

Bayi Menyusu Badan Selepas Bersalin Czer, Selamat Atau Tidak? Ikuti 6 Tip Ini!

Bayi Menyusu Badan Selepas Bersalin Czer, Selamat Atau Tidak? Ikuti 6 Tip Ini!

Sejurus selepas melahirkan bayi yang sekian bulan dikandungkan, para ibu semestinya akan berasa sangat teruja untuk mula membelai, menjaga dan menyusu badan bayi mereka selepas bersalin bukan?

Namun begitu, tidak semua para ibu berpeluang bersalin secara normal sebaliknya terpaksa menggunakan kaedah pembedahan iaitu caesarean atau lebih dikenali sebagai C-section.

Persoalannya, adakah selamat untuk menyusu badan bayi anda sekiranya anda melahirkan anak menggunakan kaedah caesarean? Ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya dengan lebih mendalam lagi!

Apa yang anda perlu tahu sebelum menyusu badan bayi anda?

Terdapat beberapa perkara penting yang para ibu perlu tahu berkenaan menyusu badan bayi sekiranya anda melahirkan anak menggunakan kaedah caesarean iaitu:

  • Anda boleh terus menyusukan anak sejurus selepas melahirkannya. Ini masih dapat dilakukan seandainya epidural digunakan ketika pembedahan. Ketika ini, tubuh badan anda mungkin akan mengalami kekebasan. Minta bantuan daripada jururawat atau suami anda untuk melakukan penyusuan pertama anda.
  • Antibiotik dan ubat tahan sakit akan memberi kesan kepada susu badan anda. Anda tidak perlu risau kerana penggunaan ubat-ubatan ini cuma akan menyebabkan bayi anda berasa sedikit mengantuk dan tidak akan menjejaskan kesihatan mereka. Oleh itu, penggunaan ubat-ubatan ini adalah selamat.
  • Sentuhan kulit ke kulit buat pertama kali adalah sangat penting. Sejurus selepas melahirkan, minta pakar bedah anda untuk beri masa beberapa detik untuk melakukan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi anda. Ini dapat membantu bayi menyesuaikan diri dengan suhu badan anda serta melahirkan sensasi semulajadi mereka untuk menyusu.
  • Pastikan pihak hospital mengetahui anda ingin menyusukan anak dengan susu badan. Minta doktor atau jururawat untuk tidak memberikan puting palsu sepanjang masa anda tidak bersama bayi anda. Ini bertujuan mengelakkan kekeliruan terhadap puting yang mungkin akan dialami oleh bayi anda.

Tip menyusu badan selepas bersalin czer

menyusu badan

Terdapat beberapa tip yang anda boleh ikuti berkenaan penyusuan susu ibu sekiranya anda melahirkan anak menggunakan kaedah caesarean seperti yang berikut:

#1. Bersedia untuk menyusu badan selepas bersalin czer

Paling penting, anda perlu bersedia dengan menghadiri kelas-kelas menyusukan anak yang dianjurkan oleh pihak hospital. Anda perlu tahu apa yang bakal berlaku sebelum melakukannya agar tidak terkejut kelak.

#2. Bersabar dan jangan putus asa

Jika anda merupakan ibu buat pertama kali, menyusukan bayi mungkin merupakan satu kesukaran untuk anda. Selain itu, anda juga perlu bersabar sekiranya susu anda mula mengering.

Ini mungkin disebabkan susu kolostrum anda telah kering dan akan digantikan dengan susu matang.

Oleh itu, gunakan waktu ini dengan sebetulnya agar susu kolostrum yang penuh dengan manfaat untuk bayi dapat diberikan kepada bayi secukupnya.

#3. Gunakan teknik dan posisi yang tepat

Elakkan daripada meletakkan bayi anda dekat dengan kawasan perut anda yang memerlukan masa untuk sembuh seperti sediakala.

Sebaliknya, anda boleh cuba menyusukan anak anda dengan meletakkan bayi anda sedikit ke tepi tanpa membebankan perut.

Atau lebih mudah, susukan bayi anda ketika berbaring menghadap bayi anda. Ini secara tak langsung akan memberikan keselesaan kepada anda dan juga bayi.

bayi

#4. Gunakan banyak bantal untuk menyokong

Untuk memberi lebih keselesaan, gunakan bantal ketika melakukan penyusuan. Letakkan bantal-bantal ini pada kawasan badan anda yang mungkin masih lagi letih dan sakit sejurus selepas melahirkan bayi.

Sebagai contoh, letakkan bantal-bantal ini pada bahagian belakang atau pada riba anda ketika anda sedang menyusukan anak anda dalam keadaan anda sedang duduk di kerusi yang boleh bersandar.

#5. Teruskan menyusu badan walaupun berasa sedikit sakit

Walaupun agak sukar untuk melakukannya akibat keletihan dan kesakitan yang mungkin masih dialami, anda masih perlu menyusukan anak dengan susu ibu untuk mengelakkan berlakunya pembengkakan pada bahagian payudara.

#6. Dapatkan rehat yang mencukupi

Akhir sekali, penting untuk anda mendapatkan rehat yang mencukupi. Minta bantuan daripada pasangan atau rakan-rakan dalam hal menguruskan kerja rumah dan sedikit sebanyak penjagaan bayi anda. Selain kesihatan bayi, kesihatan anda juga perlu diutamakan bagi menjamin kualiti hidup anda dan bayi anda kelak.

Baca juga:

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 https://www.mom365.com/baby/breastfeeding/10-tips-for-breastfeeding-after-a-c-section

https://www.parents.com/pregnancy/giving-birth/cesarean/5-facts-about-breastfeeding-after-a-c-section/

https://my.theasianparent.com/penyusuan-selepas-pembedahan-caesarean/

Versi Terbaru

16/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan