backup og meta

Penceraian secara Tidak Baik Boleh Menjejaskan Sistem Imun Anak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/06/2022

    Penceraian secara Tidak Baik Boleh Menjejaskan Sistem Imun Anak

    Penceraian ibu bapa boleh menjadi tragedi kepada mana-mana anak. Bukan hanya ia menyakitkan perasaan anak, malahan penceraian juga boleh menjejaskan kesihatan anak sepanjang hayat. Lebih banyak bukti ditemui untuk mengesahkan perkara ini.

    Kanak-kanak dan kejadian awal yang memberi tekanan

    Satu kajian yang diterbitkan menunjukkan bahawa penceraian secara tidak baik antara ibu dan bapa boleh meninggalkan kesan negatif berpanjangan pada kesejahteraan fizikal anak. Sewajarnya, ia merujuk kepada perpisahan ibu bapa tanpa perdamaian membuatkan kanak-kanak berhadapan dengan peluang tinggi untuk mendapat selesema semasa alam dewasa.

    Menurut penyelidik Michael Murphy, seorang pakar psikologi pasca kedoktoran, dari Carnegie Mellon University di Pittsburgh, tekanan semasa alam kanak-kanak kadangkala boleh menjejaskan fisiologi dan proses keradangan. Sebagai kesannya, dengan keadaan kesihatan yang lebih rendah, risiko anak anda menderita daripada penyakit kronik adalah meningkat.

    Kajian ini membantu kita untuk mengambil langkah selanjutnya dalam mencungkil bagaimana kanak-kanak boleh terdedah kepada penyakit 20 hingga 40 tahun selepas mengalami peristiwa keluarga yang menekankan dan mengecewakan.

    Kajian kaitan penceraian dan sistem imun anak

    Dalam kajian sebelum ini, pakar mengenal pasti bahawa penceraian ibu bapa membawa kepada kesihatan yang menurun untuk kanak-kanak pada kehidupan mendatang mereka. Dan, kajian ini dipercayai memberikan kita penjelasan kepada fenomena ini.

    Penyelidik memulakan kajian kepada lebih 200 orang dewasa yang sihat yang terdedah kepada virus selesema biasa. Ia ternyata menunjukkan, mereka yang mempunyai keluarga dengan ibu bapa yang masih bersama, adalah tiga kali kurang cenderung untuk mendapat demam selesema, berbanding dengan ibu bapa yang bercerai dan tidak bercakap antara satu sama lain. Sementara itu, mereka yang mempunyai ibu bapa yang tinggal berasingan tetapi masih berhubung baik tidak mempunyai peluang tinggi untuk mendapat demam selesema.

    Sheldon Cohen, seorang profesor psikologi di Carnegie Mellon, penyelidik bersama, berkongsi bahawa dalam kajian tersebut, mereka menyasarkan sistem imun, melihat ia sebagai pembawa penting kepada konflik kekeluargaan awal yang memberikan impak negatif sepanjang hayat. Beliau juga berkata bahawa bukan semua penceraian meninggalkan kesan yang sama. Kadangkala, komunikasi berterusan ibu bapa selepas penceraian memburukkan lagi kesan negatif terhadap laluan kesihatan anak-anak.

    Hasil kajian kemudiannya diterbitkan di Proceedings of the National Academy of Sciences. Meskipun kajian tidak menunjukkan hubungan punca-dan-kesan, tetapi ia menemukan bahawa terdapat perkaitan antara perpisahan ibu bapa dan peningkatan risiko kanak-kanak mendapat selesema. Salah satu alasannya adalah pengalaman yang menyakitkan meningkatkan proses keradangan yang berkait dengan jangkitan virus.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan