backup og meta

Risiko Kesihatan Kanak-kanak Obesiti

Risiko Kesihatan Kanak-kanak Obesiti

Jumlah kanak-kanak yang mengalami obesiti kian meningkat dari hari ke hari. Kondisi ini tidak wajar dipandang enteng kerana mereka yang menghidapi kondisi ini berpeluang menghidapi penyakit inferiority complex serta mempunyai pergerakan yang terhad. Tambahan itu lagi, kanak-kanak obesiti lebih mudah diserang penyakit kronik seperti diabetes dan masalah kardiovaskular.

Apakah itu obesiti?

Obesiti bukanlah sejenis penyakit yang sukar untuk dikenalpasti. Obesiti merupakan satu kondisi individu yang mempunyai lemak berlebihan pada tubuh badannya. Kondisi ini merupakan sejenis penyakit berbahaya yang mampu mendatangkan kesan negatif kepada manusia.   

Faktor risiko

  • Diet: Pengambilan makanan yang tinggi kalori seperti makanan segera merupakan pendorong utama masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Gula-gula, manisan dan minuman bergula juga merupakan faktor utama pertambahan berat badan.
  • Televisyen: Menurut kajian, jika televisyen diletakkan di dalam bilik tidur kanak-kanak, ia akan mendatang kesan negatif kepada tubuh badan mereka. Ini kerana mereka akan menghabiskan banyak masa menonton televisyen lalu malas untuk melakukan aktiviti dan senaman.
  • Genetik: Obesiti juga dipengaruhi oleh genetik. Jika ibu atau bapa mengalami obesiti, anak-anak juga berisiko untuk mengalaminya.
  • Pemakanan yang tidak sihat: Pengambilan snek atau makanan penuh kalori pada waktu yang tidak tetap tanpa aktiviti fizikal turut menyumbang kepada masalah pengawalan berat badan bagi kanak-kanak.
  • Kurang bersenam: Kanak-kanak yang tidak banyak melakukan aktiviti senaman lebih berisiko mengalami pertambahan berat badan kerana mereka tidak membakar kalori sepertimana kanak-kanak normal yang lain. Aktiviti sedentari seperti menonton televisyen atau bermain permainan video juga akan menyumbang kepada permasalahan ini.
  • Psikologi: Masalah peribadi, ibu bapa atau keluarga juga mampu meningkatkan risiko kanak-kanak itu mengalami obesiti. Sesetengah kanak-kanak akan makan untuk melupakan diri daripada masalah, mengawal emosi serta melawan kebosanan.

Kesan jangka masa panjang

Kanak-kanak obesiti berisiko untuk menghidapi kondisi-kondisi kesihatan seperti berikut:

  • Kolesterol tinggi.
  • Penyakit jantung: Kanak-kanak obesiti amat mudah diserang dislipedimia dan hipertensi.
  • Diabetes.
  • Masalah tulang: Kanak-kanak obesiti mungkin akan menghidapi komplikasi anatomi.
  • Masalah pernafasan seperti asma dan apnea tidur.
  • Masalah kulit seperti infeksi fungus, jerawat serta ruam.
  • Diskriminasi sosial: Selain menghidapi kesihatan fizikal yang kurang baik. Kanak-kanak obesiti juga kerap menjadi mangsa diskriminasi sosial. Ini akan menyebabkan hilangnya keyakinan diri sekaligus menjejaskan prestasi akademik dan keupayaan bersosial mereka.

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu?

Jika anda mempunyai anak obesiti, anda perlu sentiasa mengingatkan mereka bahawa anda sentiasa bersamanya. Persepsi kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri selalunya akan berdasarkan kepada persepsi ibu bapa mereka. Jika anda lebih bersikap terbuka untuk menerima mereka seadanya, mereka akan berasa lebih tenang.

Berbincanglah mengenai kondisi tersebut dengan anak anda. Pastikan mereka faham bahawa obesiti merupakan satu kondisi atau penyakit yang mampu mendatangkan pelbagai kesan negatif yang lain. Biarkan mereka tahu bahawa anda akan sedaya upaya membantunya. Mula menukar diet keluarga anda dan rutin senaman bagi membantu anak anda mengawal berat badan serta membesar dengan sihat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

– Health Risks of Childhood Obesity. https://health.ucsd.edu/specialties/surgery/bariatric/weight-loss-surgery/adolescent-weight-loss/Pages/health-risks.aspx. Accessed on December 9, 2016

– Health risks of childhood obesity. https://www.noo.org.uk/NOO_about_obesity/obesity_and_health/health_risk_child. Accessed on December 9, 2016

– Obesity in Children. http://www.webmd.com/children/guide/obesity-children#1. Accessed on December 9, 2016

– Childhood obesity. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/childhood-obesity/symptoms-causes/dxc-20268891. Accessed on December 9, 2016.

Versi Terbaru

12/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!

Apa Kesan Selepas Anak Makan Ubat Cacing? Ibu Bapa, Tolong Ambil Perhatian!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan