backup og meta

Apa Nama Simple Untuk Baby Boy Dengan Maksud Bijaksana? Ini Lebih 100 Pilihan Nama Popular!

Tahniah atas bakal kelahiran baby boy anda! Bagi mama papa yang masih tercari-cari nama bayi lelaki yang sedap didengar dan mempunyai makna yang baik, teruskan membaca artikel ini sehingga tamat.

Apa Nama Simple Untuk Baby Boy Dengan Maksud Bijaksana? Ini Lebih 100 Pilihan Nama Popular!

Ada lebih daripada 50 pilihan nama yang bermaksud bijaksana yang kami akan kongsikan khas untuk putera anda yang bakal lahir!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Tip memilih maksud nama dalam Islam

Sebaik sahaja mengetahui berita akan menimang cahaya mata, pasti setiap mama dan papa akan berasa teruja untuk menyambut kelahirannya.

Antara perkara yang terlintas pada fikiran ketika itu ialah pemilihan nama yang mempunyai makna yang baik dalam Islam.

Dalam proses memilih nama bayi lelaki, pemilihan nama yang mempunyai maksud yang baik adalah disarankan memandang dengan nama itulah anak anda akan dipanggil sepanjang hayat mereka.

Namun begitu, bagaimana anda boleh memilih maksud nama dalam Islam yang baik untuk si kecil anda?

Sebenarnya, Islam ada menggariskan panduan khusus berkaitan pemberian nama kepada anak yang bakal dilahirkan seperti yang berikut:

  • Mempunyai makna yang baik
  • Mudah sebutannya dan tidak membebankan
  • Menggunakan nama yang sesuai dengan jantina bayi
  • Sertakan bin atau binti di dalam nama

5 Jenis nama yang dilarang dalam syariah Islam

Nama yang tidak baik pastinya akan memberi impak yang negatif pada kehidupan si manja anda apabila ia meningkat dewasa nanti.

Ini kerana, nama merupakan identiti dan sebagai ‘hiasan’ seseorang di dunia ini yang akan kekal dibawanya sehingga ke akhir hayat.

Berikut merupakan beberapa jenis nama yang anda perlu hindari ketika sedang memilih nama bayi lelaki anda:

  • Nama yang melambangkan ketaatan, atau penyembahan kepada sesuatu selain Allah. Contoh: Abdul al-Masih (hamba Mesias).
  • Nama yang khusus kepada Allah. Contoh: Al- Khaliq (Maha Pencipta), Al Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), Al Ahad (Yang Maha Esa), Al Quddus (Yang Maha Suci).
  • Mempunyai maksud yang tidak baik. Contoh: Sariq (pencuri), Jahil (bodoh).
  • Nama dengan sebutan Abdul yang dikaitkan dengan sesuatu selain Allah. Contoh: Abdul Fulus (hamba wang), Abdul Kaabah (hamba kaabah).
  • Nama yang digunakan oleh orang bukan Islam.

nama bayi lelaki
Carta berat badan dan tinggi bayi.

Senarai nama bayi lelaki moden

Dalam perkongsian artikel ini, kami akan kongsikan senarai nama bayi lelaki yang bermaksud bijaksana yang boleh anda jadikan pilihan buat bakal penyejuk hati anda.

Nama bayi lelaki Islam huruf A

  • Abdulhakim – Hamba Allah yang bijaksana
  • Abdulrasyid – Hamba Allah yang cerdik
  • Affan – Pendaki, bijak, cerdas, nama ayah Khalifah Uthman
  • Afham – Yang pandai, faham
  • Afkar – Yang bijak
  • Akil – Yang baik budi, bijaksana, dapat dipercaya, pintar
  • Akmal – Sempurna, sangat pandai
  • Aqil, Yang baik budi, dapat dipercaya, pintar
  • Aqlan – Kebijaksanaan, rasional
  • Aqmal – Sempurna, sangat pandai
  • Aqra – Pandai membaca
  • Arif – Yang bijak, mengetahui, terpelajar, berwibawa
  • Ariffin – Yang bijak
  • Ariq – Baik budi, mulia asalnya, bijaksana
  • Arraf – Yang bijak, mengetahui
  • Arsyad – Yang sangat cerdik

Nama bayi lelaki unik huruf B

  • Baqir – Sangat pandai, terpelajar
  • Basir – Bijak, melihat
  • Bazil – Yang pandai
  • Bazli, Kebijaksanaanku, kepakaranku
  • Bistari – Bijak pandai

Huruf D

nama baby boy
Nama baby lelaki yang sedap didengar.
  • Dahin – Yang cerdik
  • Dana – Cerdas, bijak
  • Danish – Pengetahuan, bijak
  • Dzaki – Cerdas, pandai, mudah faham
  • Dzakka – Cerdik

Huruf E

  • Eariq – Baik budi, mulia asalnya, bijaksana

Huruf F

  • Fahim – Yang faham, memahami, pintar, rajin belajar
  • Faqih – Yang mengerti, ahli fiqh, bijaksana
  • Firas – Kecerdikan, tajam pikiran
  • Firman – Keteguhan, kebijaksanaan, pengaruh dan kekuasaan

Nama bayi lelaki huruf H

  • Hakeem – Bijaksana
  • Hakim – Arif, bijaksana
  • Hakimi – Yang bijaksana, pemerintah
  • Hamiz – Cerdik, kuat, kacak
  • Hamizan – Bijaksana, tampan, cerdas
  • Hamzaa – Kebijaksanaan, nama sahabat Nabi
  • Haqeem – Arif, yang bijaksana
  • Hasif – Bijaksana
  • Hazim – Tegas, cermat, bijak, teliti
  • Haziq – Cerdik, pandai

Huruf I

koleksi nama baby lelaki
Ibu bermain bersama anak.
  • Iqmal – Sempurna, sangat pandai
  • Irfan – Kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan
  • Irham – Pintar

Nama bayi lelaki huruf J

  • Jauhar – Bijaksana, intipati
  • Jauhari, Bijaksana, nilai

Huruf K

  • Khafif – Tangkas, pandai

Nama bayi lelaki huruf L

  • Labeeb – Cerdik, munasabah, bijaksana, cerdas
  • Lubawi, Yang pintar
  • Lukman –  Bijaksana, jalan yang jelas

Huruf M

  • Maarif – Pintar, cerdas
  • Maasyir – Pandai bergaul
  • Mahran – Kebijaksanaan
  • Miqraf – Pintar, cerdas
  • Munsif – Adil, bijaksana, jujur

Nama bayi lelaki huruf N

  • Nabih – Cerdik, mulia
  • Nabil – Yang cerdik, mulia, mahir, dermawan, bijaksana, seseorang penuh kehormatan

Huruf R

  • Rusyaidi – Yang cerdik
  • Rusydi – Kecerdikanku, penunjuk jalan lurus

Huruf S

  • Shahmy – Mulia, berani, bijak
  • Syahmi – Cerdas, berani, mulia

 T

  • Thaqif – Bijak dan cepat faham

U

  • Uqayl – Pintar, bijak
  • Uraif – Bijak, harum

W

 Z

  • Zabir – Pintar, kuat
  • Zahin – Yang cerdik
  • Zaki – Yang pintar, harum, suci, tumbuh dengan baik, bersih
  • Zakwan – Yang cerdik, yang harum
  • Zaquan – Yang wangi, yang pintar
  • Zubari – Gagah perkasa, bijak
  • Zuhnun – Yang cerdik

Perhatian!

Trend menamakan anak dengan nama anak lelaki yang panjang dan susah disebut adalah tidak digalakkan.

Kesimpulannya, semoga nama bayi lelaki unik yang dikongsikan ini dapat memberi idea kepada anda dalam memilih nama terbaik buat putera anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baby Names Boys. https://irusa.org/baby-names-boys/. Accessed on December 12th 2023.

Modern Muslim Boy Names (228 Unique Name Ideas). https://myislam.org/muslim-boy-names/. Accessed on December 12th 2023.

Muslim Names – Boys. https://www.islamicity.org/14959/muslim-names-boys/. Accessed on December 12th 2023.

Menamakan Anak: Panduan Dan Hukumnya (Bab 1). https://mufti.perak.gov.my/artikel-khas/560-menamakan-anak-panduan-dan-hukumnya-bab-1. Accessed on December 12th 2023.

Naming The Child. https://www.al-islam.org/principles-upbringing-children-ibrahim-amini/chapter-24-naming-child. Accessed on December 12th 2023.

Versi Terbaru

20/08/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Dari Jauh Bayi Sudah Kenal Bau Ibu? Ini Sebabnya!

Baby Tak Berak Sebab Sembelit? Ini 6 Cara Ibu Bapa Boleh Buat Untuk Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan