backup og meta

Ibu Takut Anak Datang Alergik Termakan Kuih Raya Berkacang? Ini Fakta Mitos Alahan Kekacang

Ibu Takut Anak Datang Alergik Termakan Kuih Raya Berkacang? Ini Fakta Mitos Alahan Kekacang

Ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, kita akan dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih raya dan makanan yang pelbagai. Namun, sebagai penghidap alahan, hari raya mendatangkan 1001 cabaran. Kuih kacang, kuah kacang, sambal sotong dan sebagainya, semuanya merupakan mimpi ngeri bagi mereka yang mempunyai alahan.

Namun, sudah tentulah ada caranya untuk mengelakkan semua masalah ini daripada berlaku. Jika anda kerap alami masalah gatal hidung atau kerongkong pada hari raya, sudah pasti anda akan lebih berhati-hati ketika menjamah makanan di rumah orang.

Tetapi, bagaimana pula dengan ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap alahan? Apakah cara yang terbaik untuk pastikan mereka tidak makan secara sewenang-wenangnya?

Alahan terhadap kacang merupakan satu masalah kesihatan yang kian meningkat. Kini, ia mempengaruhi hampir 2% kanak-kanak di seluruh dunia. Dalam kebanyakan orang, alahan kacang bermula dari kecil dan perlukan pemantauan yang rapi.

Dalam artikel di bawah, kami akan terangkan beberapa fakta mengenai alahan kacang.

Alahan terhadap kacang, fakta dan mitos mengenainya

Aduh, sedapnya kuih kacang! Ruginya kalau tak makan di pagi raya. Namun, bukan semua orang boleh makan juadah yang mengandungi kacang.

Sebenarnya, ada di antara kita yang menghidap alahan terhadap kacang. Jangan pandang remeh ya, alahan ini boleh membawa maut tau!

Tetapi, apakah maksud alahan kacang? Alahan kacang berlaku apabila badan kita memberikan tindak balas yang luar biasa terhadap kacang. Alahan jenis ini juga merupakan alahan makanan yang paling lazim.

Jadi, jika anda ingin elakkan alahan sebegini di pagi raya, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu. Antaranya ialah:

Mitos 1: Tak apa makan kuih kacang. Sikit je, tak akan jadi apa-apa!

kuih kacang

Jangan sesekali biarkan anak anda menjamah makanan berkacang walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Malah, tidak ada ‘jumlah selamat’ untuk penghidap alahan. Semuanya boleh menyebabkan reaksi yang negatif, termasuklah anafilaksis.

Oleh sebab itu, sebelum makan, pastikan anda periksa dahulu sama ada makanan yang diambil mengandungi kekacang atau tidak. Jika tidak pasti, tanya tuan rumah dahulu ya!

Mitos 2: Kalau biasakan anak makan kekacang, lama-lama alahan akan hilang

biskut raya

Ini merupakan salah satu mitos mengenai alahan yang sangat berbahaya. Hingga hari ini, tidak ada sebarang penawar untuk masalah alahan makanan.

Malah, cara yang terbaik untuk elakkan simptom alahan adalah dengan menghindari makanan yang mengandungi kekacang. Jadi, jangan sesekali biar anak makan kuih kacang atau kuah kacang jika mereka mempunyai alahan.

Menurut kajian, alahan kacang merupakan sesuatu yang dihidap sepanjang hayat.

Hanya 1 daripada 5 kanak-kanak sahaja yang akan membesar dan tidak lagi mempunyai alahan kacang setelah mereka menginjak dewasa.

Mitos 3: Anak mungkin akan terkena alahan jika berada di dalam bilik yang mengandungi kekacang

Ketika sambutan hari raya, berada di dalam satu bilik yang menyajikan makanan yang mengandungi kekacang merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimanapun, ibu bapa janganlah terlalu bimbang. Walaupun anak menghidap alahan kekacang, tidak menjadi masalah untuk mereka berada berdekatan dengan kuih kacang atau makanan lain.

Malah, menyentuh atau menghidu kekacang jarang sekali menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Kebanyakan reaksi alahan berlaku apabila individu menelan makanan yang mengandungi kacang.

Mitos 4: Alahan makanan tidak serius seperti alahan lain

kuih kacang

Alahan makanan boleh membawa maut. Malah, hampir 40% kanak-kanak yang mempunyai alahan makanan pernah mengalami reaksi yang serius dan mengancam nyawa.

Di Amerika Syarikat, 8% kanak-kanak menghidap sekurang-kurangnya 1 jenis alahan. Ini bermaksud, 1 daripada 13 kanak-kanak perlu menjauhi makanan tertentu.

Antara makanan yang lazim menyebabkan alahan ialah kacang, susu, soya, telur, gandum, kerang dan bijan. Semua bahan ini digunakan secara meluas dalam makanan harian kita. Jadi, ia merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan.

Baca juga:

Mitos 5: Anak sakit perut selepas makan kuih kacang, ini mesti sebab alahan!

alahan kekacang

Jangan sesekali lakukan diagnosis kendiri atau percaya dengan cakap-cakap saudara-mara.

Semua jenis alahan perlulah diperiksa dan disahkan oleh doktor. Malah, jika ibu bapa mengalami alahan yang sama, ada kemungkinan anak dapat hidup normal dan boleh makan kekacang seperti biasa.

Jika ada makanan tertentu yang menyebabkan anda atau anak rasa tidak selesa, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkannya selain alahan. Sebagai contoh, anak anda mungkin menghidap intoleransi atau sensitiviti terhadap makanan.

Atau, anak anda mungkin sebenarnya sedang alami keracunan makanan!

Jadi, jika anak rasa tidak sedap perut selepas makan kuih kacang atau apa-apa makanan raya, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Food Allergy Myths and Misconceptions. https://www.foodallergy.org/resources/food-allergy-myths-and-misconceptions. Accessed on May 6, 2022.
  2. Peanut Allergy. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21511-peanut-allergy. Accessed on May 6, 2022.
  3. Peanut Allergy. https://www.foodallergy.org/living-food-allergies/food-allergy-essentials/common-allergens/peanut. Accessed on May 6, 2022.
  4. Peanut allergy. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/peanut-allergy/symptoms-causes/syc-20376175. Accessed on May 6, 2022.
  5. Peanut Allergy: Myths vs. Facts. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2017/05/peanut-allergy-myths-vs-facts. Accessed on May 6, 2022.
  6. Scientist Debunks 5 Food Allergy Myths. https://www.futurity.org/5-food-allergy-myths-1732292/. Accessed on May 6, 2022.

Versi Terbaru

27/06/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tak Boleh Makan Gandum Sebab Alahan? Ambil Bahan Ini Sebagai Gantinya!

Anak Nak Makan Kek Tapi Ada Alahan? Nah, Cuba Resepi Kek Hari Jadi Bebas Gluten!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 27/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan