Apabila bercakap tentang pencemaran udara, ramai yang membayangkan asap kenderaan, kilang atau jerebu di luar rumah. Namun hakikatnya, kesan pencemaran udara juga boleh berlaku di dalam rumah tanpa disedari.
Artikel Ditaja Oleh 
Apabila bercakap tentang pencemaran udara, ramai yang membayangkan asap kenderaan, kilang atau jerebu di luar rumah. Namun hakikatnya, kesan pencemaran udara juga boleh berlaku di dalam rumah tanpa disedari.

Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, warga emas, individu yang mengalami resdung atau mereka yang bekerja dari rumah, kualiti udara dalaman memainkan peranan penting terhadap kesihatan harian.
Malah, kita menghabiskan sebahagian besar masa di dalam rumah, menjadikan udara yang dihirup setiap hari sama pentingnya dengan makanan yang dimakan atau air yang diminum.
Persoalannya, sejauh mana udara di dalam rumah anda benar-benar bersih?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Kualiti udara dalaman merujuk kepada keadaan udara di dalam rumah atau bangunan yang boleh mempengaruhi kesihatan dan keselesaan penghuni.1
Pencemaran udara dalaman pula berlaku apabila terdapat bahan pencemar yang terkumpul dalam ruang tertutup pada tahap yang berbahaya.2 3
Menariknya, banyak punca pencemaran udara sebenarnya datang daripada aktiviti harian yang biasa kita lakukan.
Antaranya punca pencemaran udara dalam rumah termasuk:
Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, faktor-faktor ini boleh menyumbang kepada kesan pencemaran udara kepada manusia, terutamanya apabila pendedahan berlaku secara berterusan.

Kanak-kanak mempunyai sistem pernafasan yang masih berkembang.
Mereka juga bernafas lebih laju berbanding orang dewasa, menyebabkan mereka menyedut lebih banyak udara berbanding saiz badan mereka.4
Sebab itu, kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia sering memberi impak yang lebih besar kepada golongan kanak-kanak.
Kesan jangka pendek yang sering berlaku
Jika kualiti udara dalam rumah kurang baik, antara gejala yang mungkin dialami termasuk:
Ramai ibu bapa menganggap simptom ini sebagai masalah biasa, sedangkan ia mungkin berkait rapat dengan kesan pencemaran udara di dalam rumah.
Risiko jangka panjang yang tidak wajar diabaikan
Pendedahan berpanjangan kepada udara dalaman yang tercemar boleh meningkatkan risiko beberapa masalah kesihatan seperti:5 6
Atas sebab itu, memahami kesan pencemaran udara kepada manusia adalah langkah pertama untuk melindungi kesihatan keluarga dalam jangka masa panjang.
Walaupun rumah sentiasa dibersihkan, terdapat beberapa bahan pencemar yang mudah terkumpul tanpa disedari.
#1. Habuk dan hama
Tilam, sofa, langsir dan permaidani merupakan tempat kegemaran hama habuk membiak.
Ia boleh mencetuskan simptom alahan dan resdung.
#2. Kulapuk dan kelembapan
Kawasan yang lembap seperti bilik air atau ruang yang kurang pengudaraan boleh menjadi tempat pertumbuhan kulapuk.
#3. Asap dan wap memasak
Aktiviti memasak menghasilkan partikel halus dan asap yang boleh menjejaskan kualiti udara dalaman jika pengudaraan tidak mencukupi.
#4. Bahan kimia dalam rumah
Produk pembersihan, penyegar udara dan sesetengah bahan binaan boleh melepaskan bahan pencemar ke udara.
#5. Bulu haiwan peliharaan dan alergen
Bagi keluarga yang memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, bulu dan kelemumur haiwan boleh menjadi antara punca pencemaran udara yang utama di dalam rumah.

Berita baiknya, terdapat beberapa langkah praktikal yang boleh membantu mengurangkan kesan pencemaran udara dalam ruang kediaman.
#1. Pastikan pengudaraan yang baik
Buka tingkap apabila keadaan cuaca mengizinkan bagi membolehkan pertukaran udara berlaku.
#2. Bersihkan kawasan yang mudah mengumpul habuk
Beri perhatian kepada tilam, sofa, langsir dan permaidani yang sering menjadi tempat pengumpulan habuk serta alergen.
#3. Kawal kelembapan dalam rumah
Pastikan ruang yang lembap mempunyai pengudaraan mencukupi bagi mengurangkan risiko pertumbuhan kulapuk.
#4. Gunakan peralatan yang membantu menjaga kualiti udara
Selain penapis udara dan humidifier, penyaman udara moden kini turut memainkan peranan penting dalam membantu mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih selesa dan kawalan udara dalaman yang berkualiti.7
Alat seperti ini dapat membantu mengurangkan kesan pencemaran udara dalam kediaman anda.
Apabila bercakap tentang penyaman udara, kebanyakan pengguna hanya menilai keupayaannya menyejukkan ruang.
Namun dalam dunia hari ini, udara yang bersih dan selesa juga menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat.
Panasonic memperkenalkan teknologi nanoe™ X yang dibangunkan secara eksklusif hasil lebih 20 tahun penyelidikan.
Teknologi ini menggunakan hydroxyl radicals yang terkandung dalam partikel air untuk membantu menghalang pelbagai jenis bahan pencemar di udara dan pada permukaan dalam rumah.
Apa yang menjadikan nanoe™ X berbeza?
Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, individu yang mengalami masalah resdung atau pemilik haiwan peliharaan, teknologi ini menawarkan nilai tambah yang melangkaui fungsi penyejukan biasa.
Ia membantu mengurangkan risiko punca pencemaran udara dalam kediaman.
Menjaga kualiti udara di dalam rumah bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan untuk kesejahteraan keluarga moden.
Apabila anda sedar akan kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia dan mengambil langkah yang sesuai, anda boleh membantu mewujudkan ruang kediaman yang lebih selesa setiap hari.
Panasonic Air Conditioning dengan teknologi nanoe™ X bukan sekadar memberikan udara yang sejuk, tetapi turut membantu mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih menyenangkan untuk seisi keluarga.
Ketahui lebih lanjut tentang siri Panasonic Air Conditioning dengan nanoe™ X di sini dan rasai sendiri pengalaman udara yang lebih berkualiti.
#BeyondTheCool
#HidupMestiChill
Buatan Malaysia dengan lebih 50 tahun pengalaman serta kualiti Jepun yang dipercayai.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
01/07/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor