backup og meta

Premium

Si Manja Ada Masalah Sumbing? Ibu, Ambil Tahu Risiko Komplikasi Boleh Terjadi, Penting!

Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Disemak pada 10/04/2023

    Si Manja Ada Masalah Sumbing? Ibu, Ambil Tahu Risiko Komplikasi Boleh Terjadi, Penting!

    Si kecil mengalami sumbing lelangit? Apakah punca bayi sumbing dan adakah terdapat sebarang komplikasi kesan keadaan ini?

    Pergi ke penghujung artikel

    Artikel ini hanya boleh diakses oleh ahli Hello Doktor sahaja. Sila login atau daftar sekarang untuk baca selanjutnya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Bayi dilahirkan sumbing lelangit

    Segelintir ibu bapa akan diuji dengan kehadiran cahaya mata yang istimewa atau kelainan upaya. 

    Tentu sekali, beban dan tekanan dalam membesarkan dan menjaga anak-anak ini adalah sesuatu yang cukup berat. 

    Keadaan yang dimaksudkan boleh melibatkan masalah pembelajaran dan mental, dan juga masalah kesempurnaan fizikal. 

    Untuk artikel ini, kita akan memfokuskan tentang satu masalah fizikal yang boleh berlaku kepada bayi baru lahir iaitu sumbing lelangit.

    Baca juga:

    Fahami punca bayi sumbing

    Sumbing merujuk kepada masalah yang melibatkan bahagian bibir dan/atau lelangit seseorang. 

    Keadaan ini mula berlaku sejak daripada dalam kandungan ibu lagi. 

    Dalam keadaan ini, rekahan pada garis tengah lelangit terbentuk akibat kegagalan daripada dua-dua sisi lelangit untuk bercantum. 

    Dari segi punca, tidak ada penyebab yang kukuh yang berjaya dikenal pasti untuk keadaan ini. Walau bagaimanapun, terdapat kaitannya dengan beberapa faktor seperti:

    • Keturunan (30% individu sumbing mempunyai ahli keluarga dengan kecacatan yang sama)
    • Mempunyai masalah kecacatan fizikal yang lain (sindrom)
    • Pengambilan ubat tertentu oleh ibu ketika mengandung
    • Ibu yang merokok ketika hamil

    Keadaan ini adalah sesuatu yang boleh dirawat dengan kerjasama doktor pelbagai disiplin termasuklah juruterapi pertuturan.sumbing lelangit

    Komplikasi sumbing lelangit

    Keadaan ini bukan sekadar boleh menyebabkan kecacatan pada wajah seseorang, untuk bayi yang baru lahir khususnya, ia mampu menyebabkan beberapa komplikasi seperti: 

    1. Masalah penyusuan

    Keadaan ini akan menyebabkan bayi sukar untuk menyusu sepenuhnya akibat pembentukan mulut yang tidak sempurna.

    1. Masalah pertuturan

    Masalah pertuturan terjadi kerana bahagian lelangit memainkan peranan untuk membentuk bunyi sewaktu bercakap.

    1. Masalah telinga

    Keadaan ini juga akan meningkatkan risiko untuk mengalami jangkitan pada telinga dan boleh menyebabkan masalah pekak. 

    1. Masalah psikologi

    Di samping komplikasi fizikal yang disebut tadi, kecacatan pada wajah akan menyebabkan gangguan kepada emosi dan keyakinan diri penghidap.

    Tip penyusuan anak sumbing

    Anda sudah mengetahui punca bayi sumbing dan komplikasi yang mungkin dialami si kecil. Ayuh kita ketahui pula cara terbaik untuk penyusuan bayi dengan masalah ini.

    Dalam mengatasi masalah penyusuan bayi, terdapat beberapa perkara yang ibu bapa perlu tahu.

    Pertamanya, tahap kesukaran penyusuan bergantung kepada tahap keterukan sumbing. Umumnya, bayi mungkin akan menelan udara lebih banyak semasa proses penyusuan. 

    Seboleh mungkin, galakkan penyusuan susu ibu secara langsung. Jika bayi tidak dapat berbuat demikian, beri perahan susu ibu atau susu formula dengan sudu. 

    Bagi mengelakkan susu terkeluar melalui hidung bayi, dudukkan bayi secara menegak semasa dan selepas penyusuan. Akhir sekali, pastikan anda tidak lupa untuk sendawakan bayi selepas proses penyusuan.

    sumbing lelangit

    Mendapatkan rawatan doktor

    Seperti yang dinyatakan dalam bab yang sebelum ini, dalam mendapatkan rawatan untuk masalah sumbing, ia memerlukan kerjasama daripada doktor dan perawat daripada pelbagai disiplin, seperti: 

  • Pakar pembedahan plastik
  • Pakar pembedahan telinga, tekak dan hidung (ENT)
  • Doktor gigi
  • Orthodontist
  • Pakar pendengaran
  • Pakar terapi pertuturan
  • Pakar pediatrik
  • Rawatan pembedahan untuk membetulkan masalah sumbing bergantung kepada faktor individu dan tahap rumit keadaan mereka.

    Lazimnya, sumbing bibir boleh dibaiki seawal umur 3 bulan. Pembedahan sumbing lelangit pula biasanya dilakukan sekitar umur 6 bulan hingga satu tahun. Terdapat juga keadaan di mana pembedahan susulan dilakukan yang boleh melibatkan penggunaan graf tulang.

    Sekiranya terdapat kemusykilan dan pertanyaan berkaitan dengan masalah sumbing atau apa-apa keadaan kesihatan yang lain, pastikan anda berunding dengan doktor bagi mendapat lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Disemak pada 10/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan