brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Anak Demam? Panduan Lengkap Untuk Ibu Bapa Uruskan Demam Dengan Tenang

Petua hilangkan demam panas anak sering menjadi antara perkara pertama yang dicari oleh ibu bapa apabila si kecil mula menunjukkan suhu badan yang tinggi. Walaupun demam boleh membuatkan anak kelihatan lemah dan tidak selesa, kebanyakan kes sebenarnya boleh diuruskan di rumah dengan penjagaan yang betul1,2,3.

Anak Demam? Panduan Lengkap Untuk Ibu Bapa Uruskan Demam Dengan Tenang

Namun, bila anak demam panas apa perlu buat supaya mereka lebih selesa? Adakah cukup sekadar mengelap badan, memastikan anak minum air secukupnya atau perlu terus mendapatkan rawatan doktor?

Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa petua hilangkan demam panas anak, langkah penjagaan di rumah serta bila perlu ke hospital jika anak demam supaya ibu bapa dapat menguruskan keadaan dengan lebih tenang dan yakin.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Fakta mengenai demam pada anak

Demam bukanlah penyakit, sebaliknya tindak balas semula jadi badan terhadap jangkitan seperti virus atau bakteria. Apabila suhu badan meningkat, sistem imun sedang bekerja untuk membantu melawan jangkitan1,2,3.

Walaupun suhu badan yang tinggi sering membuatkan ibu bapa bimbang, ukuran suhu semata-mata bukanlah penunjuk terbaik untuk menentukan tahap keseriusan keadaan anak2,3.

Sebaliknya, ibu bapa perlu memerhatikan keadaan keseluruhan si kecil. Jika anak masih aktif, mahu makan dan minum serta membuang air kecil seperti biasa, demam ringan selalunya boleh dipantau di rumah2,3.

Dalam kebanyakan kes, demam merupakan tanda bahawa sistem imun sedang bertindak balas terhadap jangkitan. Oleh itu, fokus utama adalah memastikan anak kekal selesa, mendapat cecair yang mencukupi serta dipantau dengan baik sepanjang tempoh demam1,2,3,4.

Bila anak demam panas apa perlu buat? 

Apabila anak mula demam, jangan panik. Beberapa langkah awal boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan mereka sementara memantau perkembangan keadaan1,2,3.

Antara langkah awal yang boleh dilakukan ialah2,3,4:

  • Pastikan anak mendapat rehat yang mencukupi
  • Pastikan pengambilan air atau susu mencukupi
  • Pakaikan pakaian yang nipis dan selesa
  • Pantau suhu badan secara berkala
  • Perhatikan perubahan tingkah laku atau tanda-tanda yang membimbangkan
Petua hilangkan demam panas anak
Pantau suhu badan anak secara berkala ketika demam

Jika keadaan anak bertambah teruk atau demam berlanjutan, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera2,3.

Petua hilangkan demam panas anak

Selain langkah penjagaan asas di atas, terdapat beberapa petua hilangkan demam panas anak yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan mereka ketika demam.

Antaranya termasuk cara penjagaan di rumah seperti mengelap badan menggunakan air suam atau memberikan minuman seperti madu dan lemon kepada kanak-kanak yang sesuai usianya.

Nota: Jangan berikan madu kepada bayi berusia bawah 12 bulan kerana risiko botulisme.

Walaupun langkah-langkah ini tidak merawat punca demam, ia boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan anak sementara proses pemulihan berlangsung1,2.

Lap badan menggunakan air suam

Mengelap badan anak menggunakan air suam boleh membantu memberikan rasa lebih selesa ketika demam2,3.

Basahkan tuala dengan air suam dan lap bahagian kepala, leher, ketiak serta celah paha secara perlahan2.

Berikan cecair yang mencukupi

Demam boleh menyebabkan badan kehilangan lebih banyak cecair1,2,4.

Pastikan anak minum air secukupnya. Bagi bayi yang masih menyusu, teruskan penyusuan seperti biasa bagi membantu mengelakkan dehidrasi1,2,3,4.

Petua hilangkan demam panas anak
Pastikan anak mengambil air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi.

Pakaikan pakaian yang nipis

Pilih pakaian yang ringan dan selesa supaya haba badan dapat dilepaskan dengan lebih mudah2,3.

Elakkan memakaikan pakaian terlalu tebal atau menyelimutkan anak secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan haba terperangkap2,3.

Pilihan penyejukan untuk membantu anak lebih selesa 

Selain kaedah penjagaan di rumah, ibu bapa juga boleh mempertimbangkan kaedah moden yang membantu memberikan keselesaan kepada anak ketika demam5.

ByeBye-FEVER ialah cooling gel patch yang memberikan sensasi penyejukan segera untuk membantu melegakan ketidakselesaan yang berkaitan dengan demam5.

Dengan teknologi Japanese cooling gel, ByeBye-FEVER memberikan kesan penyejukan yang tahan lama serta mempunyai lekatan yang selesa. Ia juga sedia digunakan tanpa perlu disejukkan terlebih dahulu dan mudah dibawa ke mana-mana. Produk ini tersedia dalam varian kanak-kanak serta dewasa mengikut label produk5.

Walaupun cooling gel patch boleh membantu memberikan keselesaan kepada anak semasa demam, ibu bapa masih perlu memantau keadaan mereka dan mendapatkan nasihat doktor sekiranya demam berlarutan atau bertambah teruk2,5.

Petua hilangkan demam panas anak
ByeBye-FEVER membantu melegakan ketidakselesaan yang berkaitan dengan demam

Bila perlu ke hospital jika anak demam?

Walaupun kebanyakan kes demam boleh dipantau di rumah, terdapat beberapa keadaan yang memerlukan pemeriksaan doktor dengan segera1,2,3.

Antaranya apabila1,2,3:

  • Bayi berusia bawah tiga bulan mengalami suhu 38°C atau lebih
  • Anak mengalami suhu 40°C atau lebih
  • Demam melebihi dua hari tanpa menunjukkan tanda-tanda pulih
  • Anak enggan makan atau minum serta menunjukkan tanda dehidrasi
  • Mengalami sawan, sukar bernafas atau terlalu mengantuk
  • Muncul ruam luar biasa
  • Demam disertai muntah berterusan atau cirit-birit yang teruk

Jika anda berasa ragu-ragu tentang keadaan anak, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan doktor2,3.

Kesimpulan

Walaupun demam sering membuatkan ibu bapa berasa cemas, kebanyakan kes boleh diuruskan di rumah dengan penjagaan yang betul1,2,3.

Mengamalkan petua hilangkan demam panas anak, memastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi, kekal terhidrat dan memantau suhu badan secara berkala boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si kecil1,2,3.

Sebagai persediaan sebelum anak jatuh sakit, anda juga boleh menyimpan ByeBye-FEVER sebagai sebahagian daripada kelengkapan peti pertolongan cemas di rumah5.

Dengan sensasi penyejukan segera, teknologi Japanese cooling gel serta ciri sedia digunakan tanpa perlu disejukkan terlebih dahulu, ByeBye-FEVER membantu memberikan keselesaan kepada anak semasa demam sambil ibu bapa terus memantau proses pemulihan mereka2,5.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ByeBye-FEVER dan cara ia membantu memberikan keselesaan semasa demam? Klik di sini.

medical
Dr. Joseph Tan
Disemak secara perubatan oleh
Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 6 hari lalu