backup og meta

Kutu Rambut Kanak-kanak: Adakah Satu Masalah Besar?

Kutu Rambut Kanak-kanak: Adakah Satu Masalah Besar?

Kutu rambut adalah satu masalah yang sangat biasa. Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah untuk mendapat kutu, tetapi golongan remaja turut berpotensi untuk mendapatnya dengan mudah.

Kutu rambut tidaklah berbahaya kerana ianya tidak menyebarkan penyakit. Tetapi ia mudah berjangkit, oleh itu lebih mudah untuk menjangkiti daripada individu kepada individu yang lain dengan mudah.

Tanda-tanda kehadiran kutu rambut

kutu rambut

Kutu adalah sangat kecil, tetapi anda masih boleh melihatnya walaupun ianya tidaklah mudah.]

Kutu dewasa berwarna putih kekelabuan atau keperang-perangan dan mempunyai saiz biji kira-kira sebesar bijan kecil.

Kutu bergerak sangat pantas, jadi anda sebenarnya lebih cenderung untuk melihat telur kutu berbanding kutu itu sendiri.

Telur kutu dipanggil sebagai nit. Nit tersebut kelihatan seperti kelemumur, tetapi ia tidak jatuh dengan mudah seperti kelemumur.

Kutu melekatkan nits mereka ke kepingan rambut, berhampiran dengan kulit kepala.

Sekiranya anda berfikir bahawa anda mempunyai kutu dan melihat sejenis gumpalan bulat yang kecil pada helaian rambut anda, ia mungkin adalah nit.

Sekiranya nit berwarna kuning, keperang-perangan, atau coklat, ini bermakna kutu tersebut belum menetas.

Sekiranya nit berwarna putih, kutu telahpun menetas dan hanya telur sahaja yang masih kekal. Telur kutu menetas dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas ianya diletakkan di helaian rambut.

Selain kehadiran nit atau kutu di kepala, kegatalan – atau perasaan sesuatu yang bergerak di sekitar kulit kepala – adalah satu lagi petunjuk bahawa anda mungkin mempunyai kutu.

Seperti gigitan nyamuk, gatal-gatal adalah tindak balas daripada air liur serangga. Sesetengah individu yang mempunyai kutu juga mendapat benjolan merah kecil akibat daripada menggaru.

Bagaimana kanak-kanak boleh mendapat kutu rambut?

kutu rambut

Seorang kanak-kanak boleh mendapat kutu kepala melalui beberapa cara.

  • Berhubungan dengan individu atau kanak-kanak lain yang sudah dijangkiti kutu (hubungan secara peribadi adalah perkara biasa semasa bermain, di sekolah, aktiviti sukan, di kem atau parti.)
  • Memakai pakaian yang dipenuhi kutu, seperti topi, tudung, jaket, seragam sukan, atau pita rambut
  • Menggunakan sikat, berus, atau tuala yang dijangkiti kutu
  • Berbaring di atas katil, sofa, bantal, permaidani, atau permainan boneka yang telah bersentuhan dengan individu yang yang mempunyai kutu (walaupun terdapat bukti bahawa risiko sangat rendah jika lebih daripada 48 jam telah berlalu sejak pendedahan)

Komplikasi

Sekiranya anak anda menggaru kulit kepala yang disebabkan oleh serangan kutu rambut, mungkin kulit kepala akan pecah dan menyebabkan ia menjadi satu jangkitan.

Rawatan kutu

kutu rambut

Untuk merawat kutu kutu kepala, individu boleh menggunakan ubat-ubatan yang dipanggil pediculicides, yang membunuh kutu kepala.

Sesetengah rawatan tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil, oleh itu adalah lebih baik untuk membuat pemeriksaan dengan doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakannya.

Orang ramai boleh memohon rawatan kutu kepala di farmasi secara topikal ke kepala. Adalah penting untuk mematuhi arahan perubatan, yang menasihati seseorang untuk:

  • Membasuh rambut dan keringkan dengan tuala untuk mengeluarkan air yang berlebihan
  • Menggunakan syampu tanpa perapi, kerana perapi boleh bertindak sebagai penghalang antara rambut dan rawatan
  • Mengikuti arahan mengenai berapa lama untuk membiarkan rawatan pada rambut
  • Membilas rambut di sinki dan bukannya melalui mandian atau pancuran untuk menghentikan rawatan yang boleh menyebabkan kerengsaan pada seluruh kulit
  • Gunakan air suam dan bukannya air panas

Rawatan ini boleh menyebabkan lecuran ringan atau perasaan yang merengsakan.

Selepas itu, individu harus menggunakan sikat untuk membuang kutu mati atau hidup yang masih terdapat di rambut serta telur-telur kutu tersebut.

Kedua-dua rawatan ini hanya membunuh kutu rambut yang hidup, bukan telur yang tidak menetas, oleh itu individu mungkin perlu menggunakan dos rawatan kedua, 9 hingga 10 hari selepas rawatan pertama

Jika penyelesaian OTC tidak berkesan, individu perlulah berjumpa dengan doktor. Mereka mungkin perlu menggunakan ubat preskripsi yang mengandungi:

  • benzil alkohol
  • malathion
  • spinosad
  • ivermectin

Individu perlu mengikut arahan doktor mereka apabila menggunakan rawatan kutu kepala, kerana penyalahgunaan atau penggunaan terlalu banyak boleh menyebabkan kesan sampingan.

Pencegahan kutu rambut

Sukar untuk menghalang penyebaran kutu kepala dalam kalangan kanak-kanak di kemudahan penjagaan kanak-kanak dan sekolah kerana terdapat hubungan yang sangat dekat antara kanak-kanak tersebut.

Walau bagaimanapun, adalah menjadi satu amalan yang baik sekiranya kanak-kanak menggantung pakaian mereka di cangkuk yang berasingan dengan pakaian kanak-kanak yang lain selain tidak berkongsi sikat rambut, berus, topi dan skarf tudung.

Satu kebimbangan mengenai perpindahan kutu kepala tidak dianggap sebagai alasan yang baik untuk mengelakkan berkongsi perlindungan kepala untuk sukan dan berbasikal ketika mana perkongsian sememangnya diperlukan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Head Lice. https://kidshealth.org/en/parents/head-lice.html. Accessed on July 11, 2019.

Head Lice: What Parents Need to Know. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/from-insects-animals/Pages/Signs-of-Lice.aspx. Accessed on July 11, 2019.

Head lice. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/head-lice/symptoms-causes/syc-20356180. Accessed on July 11, 2019.

Head Lice. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10824-head-lice. Accessed on July 11, 2019.

How To Get Rid Of Head Lice. https://www.kidshealth.org.nz/how-get-rid-head-lice. Accessed on July 11, 2019.

Versi Terbaru

29/09/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Mengejutkan! Wajah Menggerutu Bukan Sebab Jerawat @ Jeragat, Puncanya Sebab Kutu

Gatalnya Kena Gigitan Kutu Rambut! Kenali Penyakit Bawaan Kutu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan