home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Mandian Panas Menjejaskan Kesuburan Lelaki

Adakah Mandian Panas Menjejaskan Kesuburan Lelaki

Berendam di dalam tab mandi boleh menjejaskan kesuburan lelaki. Penemuan daripada satu kajian selama 3 tahun menyokong kenyataan bahawa lelaki perlu mengelakkan dari memberikan sperma mereka terlebih haba.

Maklumat latar belakang

Sperma diktahui paling baik dalam persekitaran yang sejuk. Sebab itulah buah zakar terletak di luar badan manusia di dalam skrotum.

Kajian yang lain telah mendedahkan haba daripada penggunaan komputer riba dan memakai seluar dalam yang ketat boleh mengurangkan kesuburan seperti yang dilaporkan oleh Journal of Society Brazil Urologi.

Para penyelidik dari University of California, San Francisco, menyatakan bahawa walaupun ia telah difahami selama beberapa dekad bahawa ‘haba basah’ boleh menjejaskan kesuburan, kajian yang ada mengenainya sangat sedikit.

Lelaki yang datang ke klinik kesuburan yang terdedah kepada ‘haba basah’ lebih daripada 30 minit setiap minggu melalui mandi air panas, jakuzi atau tab panas, telah dipilih untuk kajian ini.

Jawapan dan nasihat daripada pakar

Bilangan sperma dalam lima daripada 11 lelaki yang mengalami masalah kesuburan meningkat sebanyak 49% selepas mereka berhenti menggunakan tab mandi atau menggunakan tab panas untuk beberapa bulan.

Selepas tiga hingga enam bulan tidak menggunakan tab panas, hampir separuh daripada lelaki terbabit menunjukkan peningkatan lima kali ganda pada bilangan sperma.

Mobiliti sperma meningkat dari 12% kepada 34% bagi mereka yang berhenti menggunakan tab panas.

Lima daripada enam lelaki yang tidak menunjukkan perubahan adalah perokok kronik, di mana penyelidik mengatakan bahawa ia boleh mempengaruhi kekurangan pada tindak balas.

Ketua penyeldik, Dr. Paul Turek, Pengarah Pusat Kesihatan Reproduktif UCSF Male berkata projek yang mereka telah diusahakan adalah cadangan dan perkara-perkara yang perlu dielakkan bagi pasangan jika mereka mahu mempunyai anak.

Beliau menjawab bahawa jika lelaki boleh meningkatkan kesuburan mereka dengan mengelakkan mandi air panas, pasangannya mungkin tidak memerlukan IVF atau memilih rawatan kurang invasif. Beliau berkata sebenarnya wanita lebih suka mendapatkan anak secara semula jadi tanpa teknologi. Ini adalah satu cara untuk membantu mereka berbuat demikian.

Menurut Dr.Turek, satu-satunya kajian lain yang diterbitkan berkaitan hubungan antara mandi air panas dan kesuburan adalah pada tahun 1965.

Selepas terdedah kepada ‘haba basah’ selama 30 minit berselang hari, penyelidik mendapati penurunan sementara pada penghasilan sperma tetapi tidak tidak melihat kepada kualiti sperma sebelum dan selepas kajian.

Bagaimana ingin meningkatkan kesuburan lelaki?

Kesuburan lelaki boleh ditingkatkan dengan pelbagai cara. Antaranya adalah diet dan senaman.

Dari segi diet, lelaki perlu mengambil coklat gelap, tiram, telur, pisang, bayam, walnut, lobak merah, buah beri, macca atau ginseng. Sebagai alternatif, lelaki boleh mendapatkan suplemen dan vitamin A, B, C atau asid folik. Ia boleh meningkatkan bilangan serta kualiti sperma mereka.

Untuk senaman pula, lelaki boleh cuba menunggang, berjoging, berenang dan juga yoga untuk meningkatkan kesuburan mereka.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Hot baths may cut male fertility. http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/6418771.stm Accessed: 13 January, 2017

13 Foods That Increase Sperm Volume & Overall Sexual Health. http://www.increasespermvolume.com/ Accessed: 13 January, 2017

Exercise for Fertility, 4 Ways to Enhance Your Fertility. http://www.naturalfertilityandwellness.com/exercise-for-fertility-1/ Accessed: 13 January, 2017

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 04/05/2018
x