backup og meta

Hak Penjagaan Selepas Penceraian, Siapakah Yang Lebih Layak: Ibu Atau Ayah?

Hak Penjagaan Selepas Penceraian, Siapakah Yang Lebih Layak: Ibu Atau Ayah?

Penceraian merupakan satu cabaran besar bagi pasangan suami isteri, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan hak penjagaan anak. Adakah lebih baik hak penjagaan anak kepada bapa atau ibu?

Di Malaysia, isu penceraian dan hak penjagaan bukan sahaja rumit dari segi emosi tetapi juga dari segi undang-undang. 

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan bagaimana hak penjagaan ditentukan selepas penceraian, siapakah yang lebih layak menjaga anak dan faktor yang diambil kira oleh mahkamah dalam membuat keputusan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Hak penjagaan anak kepada bapa atau ibu?

Undang-undang akan menentukan hak penjagaan anak.
Undang-undang akan menentukan hak penjagaan anak.

Hak penjagaan atau juga dikenali sebagai custody merujuk kepada hak sah ibu atau ayah untuk menjaga, mendidik dan membuat keputusan penting mengenai kehidupan anak mereka. 

Selepas penceraian, hak penjagaan menjadi isu utama kerana ia menentukan sama ada penjagaan anak oleh ayah atau ibu. 

Di Malaysia, hak penjagaan anak tertakluk kepada undang-undang tertentu bergantung kepada agama pasangan tersebut:  

  1. Bagi pasangan beragama Islam: Undang-undang keluarga Islam di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri.  
  2. Bagi pasangan bukan Islam: Hak penjagaan anak ditentukan mengikut Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164.  

Penjagaan anak selepas penceraian, siapa lebih layak?

Hak penjagaan anak tidak secara automatik diberikan kepada ibu atau ayah. 

Mahkamah akan mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan, termasuk:  

1. Kebajikan anak adalah keutamaan

Kebajikan anak (child’s best interest) adalah faktor utama yang diutamakan dalam menentukan hak penjagaan. 

Mahkamah akan memastikan setiap keputusan yang dibuat memihak kepada keperluan dan perkembangan anak secara menyeluruh, termasuk aspek fizikal, mental dan emosi. 

Selain itu, mahkamah juga berhak menentukan hak penjagaan anak kepada bapa atau ibu bagi memastikan anak dibesarkan dalam persekitaran yang selamat, stabil dan sesuai untuk pertumbuhan mereka.

Perhatian juga akan diberikan kepada hubungan emosi anak dengan ibu bapa dan keperluan lain yang dirasakan relevan.

2. Umur dan jantina anak

Umur dan jantina anak juga dipertimbangkan ketika menentukan hak penjagaan anak.
Umur dan jantina anak juga dipertimbangkan ketika menentukan hak penjagaan anak.

Hak penjagaan anak di bawah umur 7 tahun biasanya diberikan kepada ibu kerana mereka dianggap lebih sesuai dalam menyediakan keperluan emosi dan penjagaan fizikal untuk anak yang masih kecil. 

Bagi anak lelaki yang lebih tua, hak penjagaan mungkin diberikan kepada bapa untuk membantu membentuk mereka menjadi lelaki dewasa. 

Manakala, anak perempuan lazimnya dijaga oleh ibu kerana keperluan pendidikan moral dan emosi. 

Walau bagaimanapun, hak penjagaan anak selepas penceraian bukanlah satu perkara yang mutlak. 

Jika terdapat bukti bahawa ibu tidak layak menjaga anak, hak penjagaan boleh diberikan kepada bapa. Begitu jugalah sebaliknya. 

3. Kewangan tentukan hak penjagaan anak kepada bapa atau ibu

Ibu atau bapa yang mempunyai kewangan yang kukuh lebih cenderung mendapat hak penjagaan. 

Ini kerana mereka mampu menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal, pendidikan dan perubatan.  

4. Hubungan sedia ada antara ibu dan anak

Jangan biarkan tingkah laku toksik ibu bapa mempengaruhi emosi anak.
Jangan biarkan tingkah laku toksik ibu bapa mempengaruhi emosi anak.

Mahkamah juga mempertimbangkan hubungan emosi antara anak dengan ibu atau bapa.

Hak penjagaan anak kepada bapa mungkin lebih berkemungkinan sekiranya anak lebih baik dengan ayahnya. Begitu juga sebaliknya. 

Dalam situasi tertentu, anak juga berhak untuk menyuarakan pilihan mereka mengenai penjagaan, bergantung kepada umur dan tahap kematangan mereka.

5. Sikap dan perilaku ibu bapa 

Perilaku ibu bapa memainkan peranan penting dalam keputusan mahkamah mengenai hak penjagaan anak. 

Faktor seperti sejarah keganasan rumah tangga atau penyalahgunaan dadah akan dipertimbangkan untuk memastikan kebajikan dan keselamatan anak sentiasa diutamakan.

Hak penjagaan bersama

Hak penjagaan bersama (joint custody) boleh diberikan oleh mahkamah dalam situasi di mana kedua-dua ibu bapa mampu bekerjasama dan memberikan komitmen demi kebajikan anak.

Melalui hak ini, kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan hak yang sama dalam membuat keputusan berkaitan kehidupan anak.

Perlu diingat bahawa hak penjagaan anak tidak bersifat kekal dan boleh diubah jika terdapat sebarang perubahan. 

Contohnya, jika ibu atau ayah yang diberikan hak penjagaan gagal menjalankan tanggungjawab mereka, pihak lain boleh memohon kepada mahkamah untuk semakan semula perintah hak penjagaan demi kebajikan anak.

Kesimpulan

  • Hak penjagaan anak selepas penceraian di Malaysia bergantung kepada kebajikan anak sebagai keutamaan
  • Mahkamah mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan sama ada hak penjagaan anak kepada bapa atau ibu 
  • Tanggungjawab terhadap anak adalah komitmen sepanjang hayat, tidak kira siapa yang mendapat hak penjagaan
  • Sokongan emosi, kasih sayang dan kerjasama ibu bapa penting untuk kesejahteraan anak
  • Dapatkan nasihat peguam atau pakar undang-undang jika menghadapi isu hak penjagaan

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Child Custody Rights and Responsibilities. https://www.childwelfare.gov/pubpdfs/custody.pdf. Diakses pada November 23, 2024.
  2. Best Interests of the Child in Custody Decisions. https://www.americanbar.org/groups/legal_services/fls/resources/child_custody.html. Diakses pada November 23, 2024.
  3. Joint Custody: Benefits and Challenges. https://www.familylaw.org/joint-custody-guide. Diakses pada November 23, 2024.
  4. Parental Rights and Child Custody. https://www.acf.hhs.gov/ofa/programs/child-custody-guidelines. Diakses pada November 23, 2024.
  5. Factors Affecting Child Custody Decisions. https://www.ncsl.org/research/human-services/child-custody-best-practices.aspx. Diakses pada November 23, 2024.

Versi Terbaru

26/11/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Penceraian: Jodoh Tidak Berpanjangan, Bagaimana Menghadapinya?

Penceraian: Apakah Yang Perlu Anda Lakukan?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan