- Bersifat emosi?
Seandainya jika penceraian yang ingin anda lakukan kerana disebabkan pergaduhan anda dengan pasangan. Cuba tanyakan kepada diri anda, adakah ianya bersifat emosi atau anda telah memikirkannya secara rasional? Ini kerana apabila anda dalam keadaan emosi yang terganggu, seperti marah, benci atau sakit hati, anda sememangnya cenderung untuk membuat keputusan yang salah dan mungkin ia satu keputusan yang anda akan menyesalinya kemudian hari. Jika anda memutuskan untuk bercerai tanpa melibatkan emosi yang bercampur-baur, berdasarkan fikiran rasional, maka teruskan dengan keputusan anda.
- Masih sayang?
Tanyakan kepada diri anda, adakah anda masih punya perasaan kepada pasangan anda? Ini kerana kebanyakan individu yang ingin bercerai mengatakan mereka masih mempunyai perasaan terhadap pasangan, tetapi disebabkan kurang kemesraan dan semakin jauh, menyebabkan timbul keinginan untuk berpisah. Jika ini adalah anda, kemungkinan cara yang terbaik anda untuk anda menyelamatkan perhubungan anda, melainkan jika anda merasakan penceraian adalah satu keputusan yang dapat menghilangkan bebanan yang anda rasai selama ini dan membuatkan anda menjadi lebih baik dari sekarang.
- Bersedia
Adakah anda bersedia dengan segala cabaran dan kemungkinan yang mungkin akan berlaku selepas anda bercerai? Penceraian bererti kehilangan impian untuk memiliki sebuah keluarga bahagia. Kekecewaan, kesepian, kegagalan, penolakan, ketidakseimbang, kesakitan, dan mungkin dendam, adalah antara perkara yang mungkin akan anda lalui. Bersediakah anda untuk mengubah kehidupan anda dari aspek kewangan? Bersediakah anda untuk berdepan dengan kesedihan dan kemarahan anak-anak disebabkan penceraian yang berlaku? Bersediakah anda untuk melepaskan pasangan anda secara mental, emosi, fizikal? Bersediakah anda? Kehidupan selepas bercerai pasti akan ada naik turunnya. Jika anda yakin anda mampu dan bersedia serta anda mempunyai sokongan kuat dari keluarga dan rakan, secara emosi dan fizikal, anda berhak tentukan apa keputusan yang ingin anda lakukan.
Perkara yang penting untuk anda lakukan adalah mengambil sebanyak mana masa yang diperlukan dan jika perlu, dapatkan nasihat daripada keluarga dan rakan baik – untuk anda dapat membuat keputusan yang betul dan terbaik untuk anda, keluarga dan keadaan semasa anda.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen