Sedang mencari cara hilangkan bau masam badan anak? Anda tidak perlu runsing, dalam perkongsian artikel ini, ada petua semula jadi boleh dicuba bagi mengatasi masalah tersebut.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Sedang mencari cara hilangkan bau masam badan anak? Anda tidak perlu runsing, dalam perkongsian artikel ini, ada petua semula jadi boleh dicuba bagi mengatasi masalah tersebut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Terdapat perbezaan antara badan anak menjadi berbau disebabkan alam sekitar ataupun sebenarnya mengalami masalah bau badan.
Jadi sebelum mengetahui cara hilangkan bau masam badan, jom kita fahami bagaimana terjadinya masalah ini.
Badan berbau terjadi apabila bakteria bertindak balas ke atas peluh yang dihasilkan oleh kelenjar peluh.
Kelenjar peluh ekrin akan mengeluarkan peluh apabila demam, makan makanan pedas atau dalam keadaan panas dan lembap.
Kelenjar apokrin – sensitif kepada pelepasan adrenalin – berpeluh apabila badan mengalami aktiviti fizikal, ketakutan, kebimbangan atau tekanan.
Baca juga:
Peluh yang dihasilkan oleh kelenjar ini biasanya berminyak dan tidak berbau. Tetapi ia menjadi berbau jika wujud interaksi dengan bakteria.
Bau badan kanak-kanak biasanya tidak ketara, malah si kecil di bawah usia lapan tahun sebenarnya tidak mempunyai bau badan.
Walau bagaimanapun, anak yang meningkat remaja mungkin akan mempunyai bau berbeza. Jadi jika badan anak agak berbau, itu petanda permulaan akil baligh.
Namun sekiranya si kecil antara usia 3-8 tahun mengalami masalah badan berbau, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian mengenai keadaan ini.
Beberapa remedi di rumah boleh membantu merawat masalah badan berbau ini, seperti:
Jus lemon meningkatkan tahap pH badan dan memastikan ia kering seterusnya menghalang pertumbuhan bakteria. Tambahkan beberapa titis jus buah ini ke dalam air mandian anak.
Campurkan sesudu jus lemon dalam secawan air. Kemudian rendamkan kapas di dalam air tersebut dan sapukan pada ketiak anak. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Campurkan air mandian anak dengan dua cawan jus tomato – biarkan ia untuk tempoh beberapa minit sebelum digunakan. Mandikan anak dengan air ini.
Sapukan bebola kapas direndam dalam cuka epal pada bahagian badan yang kuat berpeluh selama beberapa minit sebelum mandi.
Ulangi prosedur ini 2x sehari sebelum mandi untuk mendapatkan hasil terbaik.
Hiris kentang nipis-nipis dan gosokkan pada ketiak anak. Lakukan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air.
Ia bertujuan menghilangkan bau ketiak. Anak juga mungkin akan berasa lebih cergas.
Neem atau pokok mambu (semambu) merupakan antara cara hilangkan bau badan kanak kanak yang berkesan untuk dicuba.
Rebuskan daun ini terlebih dahulu. Air rebusan daun tersebut kemudiannya perlu dicampurkan bersama air mandian anak. Mandikan anak seperti biasa.
Daun semambu dapat melawan bakteria yang terdapat dalam peluh, sekali gus punca bau badan disebabkan peluh dapat dihilangkan.
Pokok herba ini dikatakan mempunyai sifat antikulat dan antimikrob, mungkin dapat membantu menyingkirkan bakteria pada kulit anak.
Rebuskan daun herba ini bersama secawan air. Kemudian campurkan air rebusan tersebut bersama air mandian anak.
Biarkan anak berendam sekurang-kurangnya 15 minit dan kemudian keringkan badan mereka seperti biasa.
Beberapa petua berguna untuk mengelakkan bau badan:
Masalah badan berbau adalah isu biasa apabila anak-anak membesar. Namun dengan cara hilangkan bau masam badan anak yang dikongsikan, pasti boleh membantu ibu bapa mengatasi keadaan tersebut.
Namun sekiranya tidak berkesan, berundinglah dengan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan penyelesaian yang lebih baik.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen