Minum air yang banyak mampu mengekalkan hidrasi tubuh anak anda. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu membuang toksin daripada badan dan mencantikkan kulit.

Ambil segenggam daun pudina, kisarkannya bersama sedikit air dan jadikannya sebagai pes yang sedikit likat. Sapukannya sedikit dengan kerap pada bahagian kulit anak anda. Anda akan mendapati kulit mereka menjadi semakin berseri-seri di kemudian hari.
Tip-tip berikut bukanlah satu-satunya cara untuk anda mengekalkan kecantikan atau mengembalikan keserian kulit anak anda. Terdapat pelbagai kaedah lain yang turut boleh digunakan selagi mana ia tidak memudaratkan kulit anak anda. Ingat, kulit bayi dan kanak-kanak adalah sangat sensitif, oleh itu, cuba elakkan penggunaan produk-produk lain yang bersifat sedikit kasar keatas kulit mereka. Ini hanya bertujuan untuk mengelakkan sebarang iritasi yang mungkin akan berlaku. Dapatkan konsultasi lanjut daripada pakar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen