Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Rumah Ada Kucing Boleh Jadi Punca Bersin, Gatal & Jangkitan? Ini Yang Ibu Ayah Perlu Tahu
Memelihara kucing di rumah memang boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga. Anak-anak pula biasanya cepat rapat dengan si bulus kerana sifatnya yang manja, comel dan menenangkan. Namun, di sebalik manfaat emosi itu, ibu bapa juga perlu peka bahawa ada beberapa penyakit kucing yang boleh menjejaskan kesihatan haiwan peliharaan sendiri, malah dalam situasi tertentu, boleh memberi kesan kepada manusia juga.
Rumah yang membela kucing juga berdepan cabaran lain seperti bulu kucing, kelemumur haiwan, habuk daripada pasir najis, bau serta pencemaran udara dalaman yang boleh mengganggu keselesaan anak kecil, individu beralergi atau mereka yang mempunyai masalah sinus.12
Jadi, jika anda sedang membela kucing di rumah, inilah masanya untuk faham apa yang perlu diberi perhatian.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.
Rumah ada kucing? Ini yang anda perlu tahu tentang risiko penyakit kucing
Tidak semua penyakit kucing akan berjangkit kepada manusia. Malah, ada penyakit yang hanya menyerang kucing dan tidak berpindah kepada ahli keluarga di rumah.
Namun, itu tidak bermakna pemilik boleh mengambil mudah soal kebersihan, penjagaan kesihatan kucing dan persekitaran rumah.
Secara umum, risiko kesihatan yang dikaitkan dengan penyakit kucing boleh dibahagikan kepada dua.
Pertama ialah penyakit yang menjejaskan kesihatan kucing itu sendiri seperti penyakit kucing FIV atau penyakit kucing parvo.3
Kedua ialah penyakit kucing berjangkit pada manusia, termasuk jangkitan tertentu yang boleh berlaku melalui cakaran, gigitan, najis, sentuhan dengan kulit yang dijangkiti atau pendedahan kepada persekitaran rumah yang tercemar.4
Sebab itu, jika anda membela kucing, penting untuk melihat isu ini secara menyeluruh.
Bukan sekadar memastikan kucing cukup makan dan aktif, tetapi juga memikirkan bagaimana kebersihan rumah, pengudaraan dan kualiti udara dalaman boleh mempengaruhi kesihatan anak-anak serta ahli keluarga lain.
Penyakit kucing: 6 jenis penyakit yang pemilik patut tahu
Bawa kucing kesayangan anda ke klinik jika ia berkelakuan tidak normal seperti biasa.
Antara jenis penyakit kucing yang wajar diberi perhatian oleh pemilik ialah:
Sporotrichosis (penyakit kucing sporo) – sejenis jangkitan kulat pada kulit kucing yang boleh menyebabkan luka, kudis atau benjolan pada bahagian tertentu badan. Dalam situasi tertentu, ia juga dikaitkan dengan risiko penularan melalui cakaran atau sentuhan pada luka.5
Penyakit cakaran kucing – jangkitan yang boleh berlaku selepas dicakar atau digigit kucing, terutama jika luka tidak dibersihkan dengan baik.
Kurap, antara penyakit kucing biasa – jangkitan kulat pada kulit yang boleh menyebabkan tompok botak, kulit bersisik atau kegatalan pada kucing, dan kadangkala boleh menjangkiti manusia.6
Toksoplasmosis – jangkitan parasit yang sering dikaitkan dengan najis kucing, walaupun risikonya bergantung pada tahap kebersihan, pengendalian najis dan keadaan individu terlibat.7
Penyakit kucing FIV (Feline Immunodeficiency Virus)-jangkitan virus yang menjejaskan sistem imun kucing, sekali gus menjadikan si bulus lebih mudah jatuh sakit atau mendapat jangkitan lain.8
Penyakit kucing parvo (Feline Panleukopenia) – ia boleh menyebabkan gejala serius seperti muntah, cirit-birit, lemah dan hilang selera makan, khususnya pada anak kucing.3
Pengetahuan ini membantu pemilik lebih peka terhadap perubahan kesihatan kucing, mendapatkan rawatan lebih awal dan menjaga kebersihan rumah dengan lebih teliti.
Bukan jangkitan sahaja, bulu, kelemumur haiwan dan pasir najis juga boleh ganggu kesihatan keluarga
Ramai pemilik hanya memberi perhatian kepada penyakit kucing yang jelas kelihatan, sedangkan masalah sebenar di rumah kadangkala datang daripada pencemaran udara dalaman yang berlaku setiap hari.
Kucing menghasilkan bulu halus, kelemumur atau cebisan kulit mati, air liur pada bulu, habuk daripada litter box dan bau yang boleh terkumpul dalam rumah, terutama jika ruang kurang pengudaraan.910
Semua ini boleh melekat pada sofa, langsir, tilam, permaidani dan berlegar dalam udara tanpa kita sedari.
Bagi sesetengah individu, pendedahan berterusan kepada alergen seperti ini boleh mencetuskan bersin, hidung tersumbat, mata gatal, batuk, rasa tak selesa pada tekak dan gangguan sinus.
Kanak-kanak kecil, warga emas, individu beralergi serta mereka yang mempunyai saluran pernafasan sensitif biasanya lebih mudah terkesan.
Sebab itu, apabila orang mencari maklumat tentang penyakit kucing berjangkit pada manusia, mereka sebenarnya juga perlu faham satu lagi sisi penting; rumah yang ada kucing memerlukan pengurusan udara yang lebih baik.
Cara kurangkan risiko penyakit kucing dan jadikan rumah lebih selesa untuk keluarga
Bersihkan bekas pasir kucing dengan kerap setiap hari untuk mengurangkan bau dan risiko jangkitan.
Beberapa langkah ini boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kucing berjangkit pada manusia di samping memastikan ruang dalaman kekal lebih bersih dan selesa:
Bersihkan litter box secara berkala
Buang najis kucing dengan cara yang betul
Asingkan tempat makan kucing daripada ruang penyediaan makanan keluarga
Ajar anak kecil cara berinteraksi dengan kucing secara selamatseperti tidak mencium mulut kucing
Peka terhadap tanda kucing tidak sihat seperti muntah atau cirit-birit
Bersihkan rumah dengan lebih teliti, terutama jika anda membela kucing indoor.
Amalkan rutin menyedut habuk dan mencuci fabrik rumahsecara berkala
Pastikan pengudaraan rumah berada dalam keadaan baik
Pilih penyaman udara yang bukan sekadar menyejukkan, tetapi juga membantu mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih bersih, selesa dan sesuai untuk keluarga yang tinggal bersama haiwan peliharaan.
Panasonic Air Conditioning dengan nanoe™ X bantu jaga kualiti udara dalaman
Bagi keluarga yang membela kucing, menjaga rumah tidak sepatutnya terhad kepada menyapu bulu di lantai atau membersihkan bekas pasir sahaja.
Kualiti udara dalaman juga memainkan peranan besar dalam keselesaan harian, lebih-lebih lagi jika di rumah ada anak kecil, individu yang mudah bersin, ada masalah sinus atau sensitif terhadap habuk dan alergen.
Sebab itu, penyaman udara moden kini dilihat menjadi sebahagian daripada usaha mewujudkan ruang dalaman yang lebih sihat.
Salah satu teknologi terkini ialah nanoe™ X pada penyaman udara Panasonic. Teknologi ini direka untuk membantu meningkatkan kualiti udara dalaman dengan memanfaatkan hydroxyl radicals yang terkandung dalam partikel air halus.
Secara ringkas, ia membantu mengurangkan bau dan menghalang pelbagai jenis pencemar di udara serta pada permukaan, sekali gus menjadikan ruang kediaman terasa lebih segar dan selesa.
Bagi rumah yang ada kucing, ini memberi nilai tambah kerana cabarannya bukan hanya suhu panas, tetapi juga bau, kelemumur haiwan, alergen dan partikel halus yang boleh terkumpul dalam rumah.
Antara kelebihan Panasonic Air Conditioning dengan nanoe™ X termasuk:
nanoe™ X membantu menghalang pelbagai jenis pencemar di udara dan pada permukaan, di samping mengurangkan bau untuk ruang rumah yang lebih segar
membantu menangani alergen dan partikel halus yang biasa terdapat dalam rumah, termasuk dalam persekitaran yang ada haiwan peliharaan
boleh diaktifkan sehingga 24 jam, termasuk mod nanoe™ X tanpa penyejukan pada model terpilih untuk terus membantu menjaga kualiti udara dalaman
teknologi ini turut direka untuk berfungsi pada fabrik dan permukaan, sesuai untuk ruang rumah yang mempunyai sofa, langsir, kusyen dan tempat kegemaran si bulus
Panasonic juga membawa nilai jangka panjang kerana menggabungkan fungsi penyejukan, keselesaan dan penjagaan udara dalaman dalam satu sistem
Jika anda sedang mencari cara untuk menjadikan rumah yang ada kucing lebih selesa, bersih dan mesra keluarga, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat penyaman udara sebagai lebih daripada sekadar alat penyejuk.
Ketahui lebih lanjut tentang Panasonic Air Conditioning dengan nanoe™ Xdi sini dan pilih penyelesaian yang sesuai untuk rumah anda.
#BeyondTheCool
#HidupMestiChill
Buatan Malaysia dengan lebih 50 tahun pengalaman serta kualiti Jepun yang dipercayai.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Indoor Air Quality and Indoor Air Pollution. https://allergyasthmanetwork.org/indoor-air-quality/. Diakses Jun 22, 2026.
Maya-Manzano, J. M., Pusch, G., Ebner von Eschenbach, C., Bartusel, E., Belzner, T., Karg, E., Bardolatzy, U., Scheja, M., Schmidt-Weber, C., & Buters, J. (2022). Effect of air filtration on house dust mite, cat and dog allergens and particulate matter in homes. Clinical and translational allergy, 12(4), e12137. https://doi.org/10.1002/clt2.12137. Diakses Jun 22, 2026.
Feline panleukopenia. https://www.avma.org/resources-tools/pet-owners/petcare/feline-panleukopenia. Diakses Jun 22, 2026.
Cats. https://www.cdc.gov/healthy-pets/about/cats.html. Diakses Jun 22, 2026.
Sporotrichosis Basics. https://www.cdc.gov/sporotrichosis/about/index.html. Diakses Jun 22, 2026.
Ringworm in Cats (Dermatophytosis). https://healthtopics.vetmed.ucdavis.edu/health-topics/ringworm-cats-dermatophytosis. Diakses Jun 22, 2026.
Toxoplasmosis in Cats. https://www.vet.cornell.edu/departments-centers-and-institutes/cornell-feline-health-center/health-information/feline-health-topics/toxoplasmosis-cats. Diakses Jun 22, 2026.
Feline Immunodeficiency Virus (FIV). https://www.rspca.org.uk/adviceandwelfare/pets/cats/health/fiv. Diakses Jun 22, 2026.
Pet Allergens. https://www.niehs.nih.gov/health/topics/agents/allergens/pets. Diakses Jun 22, 2026.
Pet Allergens. https://www.nachi.org/pet-allergens.htm. Diakses Jun 22, 2026.
Versi Terbaru
01/07/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman