Adakah ibu bapa perlu risau jika anak cirit birit tapi aktif? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jawapannya. Semoga bermanfaat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Anak cirit birit tapi aktif? Kenapa bayi muntah dan cirit birit?
Cirit-birit adalah keadaan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Biasanya jika anak mengalami keadaan ini tetapi masih aktif bermain, maka ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Ini kerana dalam kebanyakan kes, cirit-birit adalah keadaan yang tidak merisaukan dan dengan beberapa langkah mudah, ia boleh diatasi.
Secara amnya, cirit-birit ditakrifkan sebagai peningkatan kekerapan najis berair dan merupakan situasi yang kerap dialami kanak-kanak.
Terdapat pelbagai punca cirit-birit pada kanak-kanak seperti:
- Jangkitan virus, seperti gastroenteritis – punca paling biasa
- Intoleransi makanan, contohnya: laktosa, protein lembu, gluten
- Pengenalan makanan baharu
- Pengambilan makanan atau minuman berlebihan, contohnya: jus atau minuman manis
- Kesan sampingan ubat, seperti antibiotik
- Penyakit terutamanya berkaitan usus
Simptom cirit-birit
Gejala boleh berlaku sedikit berbeza pada setiap kanak-kanak, antaranya:
- Kekejangan
- Sakit perut
- Kembung perut
- Loya
- Keperluan untuk ke tandas
- Demam
- Berak berdarah
- Kehilangan cecair badan (dehidrasi)
Gejala cirit-birit mungkin kelihatan seperti masalah kesihatan yang lain. Cirit-birit teruk mungkin merupakan tanda penyakit serius. Bawa anak untuk mendapatkan diagnosis doktor.
Anak cirit birit tapi aktif: Ini cara rawatannya
Cirit-birit ringan tanpa muntah
Berapa lama cirit birit sembuh?
Selalunya hilang dalam tempoh beberapa hari dengan sendirinya. Tiada keperluan untuk ibu bapa menukar diet anak atau memberikan larutan elektrolit.
Ibu boleh susukan bayi seperti biasa. Namun begitu, terdapat keadaan di mana penyusuan susu ibu tidak dapat dilakukan, dan susu formula boleh menjadi alternatif.
Susu formula yang mengandungi prebiotik dan probiotik boleh membantu meningkatkan sistem imun si manja.
Selain itu, kandungan dua nutrien di dalam susu juga dapat membantu menyokong kesihatan usus dan memastikan anak mendapat nutrisi yang seimbang untuk pertumbuhan yang sihat.
Tetapi jika anak mengalami kembung atau perut berangin selepas minum susu formula atau susu lembu, tanyakan kepada doktor jika wujud keperluan untuk menukar susu.
Kini anda tahu berapa lama cirit birit sembuh.
Cirit-birit ringan dengan muntah
Jika keadaan ini disertai dengan muntah, maka perubahan diet perlu dilakukan, ini antara petua anak cirit-birit yang disarankan.
Larutan elektrolit juga perlu diberikan dalam jumlah kecil – sehingga anak berhenti muntah, biasanya diperlukan selama 1-2 hari.
Apabila muntah berkurangan, perlahan-lahan kembali kepada diet biasa anak. Sesetengah kanak-kanak mungkin perlu menghentikan pengambilan susu lembu semasa cirit. Pun begitu, penyusuan susu ibu perlu diteruskan seperti biasa.
Cirit-birit teruk
Berapa lama cirit birit sembuh?
Sekiranya anak cirit birit kuning, bawa mereka untuk pemeriksaan doktor segera.
Anak yang mengalami pergerakan usus berair setiap 1-2 jam atau lebih kerap dan wujud tanda dehidrasi, mungkin perlu berhenti makan untuk tempoh 1 hari atau kurang.
Ini bagi memberi tumpuan kepada penambahan cecair yang hilang.
Anak cirit-birit dan dehidrasi
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, jika anak aktif walaupun mengalami cirit, tiada apa yang perlu dirisaukan. Ini kerana cirit-birit itu sendiri biasanya bukanlah masalah kesihatan serius.
Pun begitu, terdapat komplikasi cirit-birit yang perlu dibimbangkan, iaitu dehidrasi. Antara gejalanya adalah:
- Air kencing berkurangan – kurang daripada 4 lampin basah dalam tempoh 24 jam atau tidak kencing lebih 8 jam untuk anak yang terlatih menggunakan tandas
- Tangisan tanpa air mata
- Kulit, mulut dan lidah kering
- Perubahan tingkah laku umum – tidak aktif atau mengantuk
- Fontanel (ubun-ubun) tenggelam
- Lingkaran hitam bawah mata atau cekung
- Hilang keanjalan kulit
Walaupun anak cirit birit tapi aktif, anda tetap perlu memastikan mereka tidak mengalami dehidrasi dengan:
- Pastikan anak minum seperti biasa
- Berikan anak minum rehydration solution yang ada dijual di farmasi. Namun, berunding dengan ahli farmasi terlebih dahulu
- Jika anak menyusu badan, teruskan sesi penyusuan seperti biasa. Susukan anak sentiasa jika nampak seperti kurang menyusu
Kesimpulan
[embed-health-tool-baby-poop-tool]