backup og meta

Tidak Salah Untuk Biarkan Anak Anda Bermain Gajet, Namun Kena Kawal!

Tidak Salah Untuk Biarkan Anak Anda Bermain Gajet, Namun Kena Kawal!

Pada masa kini, di mana-mana sahaja, situasi kanak-kanak bersama penggunaan gadget yang berlebihan boleh dianggap sebagai satu pemandangan atau keadaan biasa. Malah, hampir semuanya mempunyai telefon pintar masing-masing. 

Kebanyakan kanak-kanak zaman sekarang sememangnya celik IT.

Seiring dengan peredaran zaman, gajet lebih menjadi pilihan kanak-kanak berbanding permainan atau sesuatu aktiviti yang melibatkan fizikal.

Malah, sungguh mengagumkan apabila melihat seorang kanak-kanak seawal usia 2 tahun dapat mengendalikan dan tahu menggunakan gajet, sama seperti cara seseorang kanak-kanak tahu menggunakan botol susu.

Penyelidikan daripada pakar pendidikan kanak-kanak di Michael Cohen Group mendedahkan bahawa skrin sentuhan telah mengambil alih semua bentuk kegembiraan lain untuk kanak-kanak.

60 peratus (%) ibu bapa dengan anak yang berusia 12 tahun ke bawah melaporkan bahawa anak mereka sering menggunakan skrin mudah alih, sementara 30% sangat kerap menggunakannya. Ini merupakan antara bukti penggunaan gadget yang berlebihan dalam kalangan kanak-kanak. 

Dan, sangat menarik untuk diperhatikan bahawa 36% daripada kanak-kanak ini mempunyai telefon pintar mereka sendiri.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Kawal Penggunaan Gajet Anak Anda!

penggunaan gadget yang berlebihan

Jika kanak-kanak pada zaman dahulu hanya tahu bermain lego, baling selipar dan kejar-kejar, kanak-kanak zaman ini lebih advanced dengan YouTube, Facebook dan Instagram.

Tanpa menolak kelebihan yang ada, penggunaannya haruslah diselia dan dikawal khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Tanpa kawalan, penggunaan gadget yang berlebihan boleh menyebabkan ketagihan dan merencatkan kemahiran sosial anak-anak.

Berikut beberapa tip untuk mengawal penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak.

1. Tetapkan masa

Gajet mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ialah ia boleh merangsang kreativiti anak-anak melalui video dan gambar yang bergerak.

Terdapat juga banyak permainan video yang berbentuk pendidikan.

Di samping kebaikan yang ada, had masa hendaklah ditetapkan agar mereka tidak menjadi ketagih.

Jika anak-anak sudah terbiasa bermain telefon pintar atau iPad, mereka akan sentiasa meminta peranti tersebut dari semasa ke semasa.

Setiap kali anda ingin berikan kepada anak-anak anda, hadkan masa kurang daripada 15 minit pada satu-satu masa.

Sebaiknya, pantau penggunaan gajet supaya ia tidak melebihi 30 minit sehari untuk elakkan penggunaan gadget yang berlebihan.

2. Pantau penggunaan gadget yang berlebihan

telefon pintar

Kanak-kanak sangat mudah terdedah kepada pelbagai jenis kandungan tidak sihat di dalam gajet, khususnya pornografi yang semakin menular dan mudah didapati di dalam internet.

Anda perlu memantau anak anda semasa menggunakan gajet.

Lakukan interaksi bersamanya semasa melihat skrin telefon dan tanyakan mereka soalan seperti “apa nama binatang ni?”, “warna apa ni?” atau “macam mana bunyi kucing?”

Bagi kanak-kanak yang lebih dewasa, tanyakan soalan-soalan yang lebih mencabar seperti “macam mana burung boleh terbang?” atau “kenapa kita perlu makan sayur?”

Dengan interaksi yang berlaku, hubungan antara ibu bapa dan anak akan lebih erat.

Dalam masa yang sama, minda anak-anak juga akan berkembang.

Anda juga boleh letakkan telefon kepada mod parenting control untuk mengelakkan mereka membuka laman-laman yang tidak sepatutnya.

3. Jangan manjakan anak anda dengan gajet

Sebahagian ibu bapa menjadikan telefon sebagai “ubat penenang” apabila anak-anak mereka menangis atau mengamuk.

Membuka video di YouTube adalah langkah yang sangat mudah untuk memujuk kanak-kanak yang menangis.

Namun, video tersebut hanyalah solusi sementara dan tidak akan menyelesaikan punca sebenar. Ia juga akan menyebabkan penggunaan gadget yang berlebihan.

Anda seharusnya mencari sebab sebenar anak anda menangis.

Contohnya, jika seorang anak anda menangis kerana mainannya diambil oleh adiknya, anda perlu meminta si adik memulangkan semula kepada si abang kerana itu adalah haknya.

Jika anak-anak terlalu dimanjakan dengan gajet, mereka akan lebih mudah mengamuk dan sentiasa meminta-minta.

4. Elakkan gajet ketika ada ramai orang

telefon pintar

Apabila saudara mara pulang ke kampung, gunakan saat itu untuk membiarkan anak-anak anda bersosial bersama sepupu dan saudaranya.

Jika mereka meminta gajet, elakkan daripada menunaikan permintaannya.

Anak-anak perlu belajar bersosial dan berinteraksi dengan persekitarannya.

Ia adalah skil yang penting sebelum melangkah ke alam sekolah dan remaja.

Baca juga:

5. Tiada gajet dalam dua tahun pertama

Terdapat banyak umur yang digariskan oleh pakar yang berbeza berkenaan umur yang sesuai untuk memperkenalkan gajet kepada anak-anak.

Kebanyakan pakar meletakkan umur selepas dua tahun sebelum menggunakan apa-apa gajet.

Umur dua tahun pertama ini adalah waktu yang harus digunakan oleh anak-anak untuk berinteraksi dengan objek-objek fizikal di sekeliling mereka.

Ini adalah penting untuk merangsang deria sentuhan mereka yang gagal didapati melalui gajet.

6. Tunjukkan contoh teladan yang baik

penggunaan gadget yang berlebihan

Jika anda mengharapkan anak-anak anda agar tidak terlalu kerap menghadap skrin telefon atau iPad, anda harus memulakannya terlebih dahulu.

Kanak-kanak sangat mudah terikut dengan tingkah laku orang tuanya.

Banyakkan masa bermain dan berborak dengan anak-anak anda.

Jangan memegang gajet semasa waktu keluarga seperti waktu makan atau berkumpul di ruang tamu untuk mengelakkan penggunaan gadget yang berlebihan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Journal of Depression and Anxiety. https://www.omicsonline.org/open-access/the-impact-of-using-gadgets-on-children-2167-1044-1000296-96313.html. Accessed on June 18, 2019.
  2. Ketagihan gajet di kalangan remaja: kebaikan dan keburukan. http://www.myhealth.gov.my/ketagihan-gajet-di-kalangan-remaja-kebaikan-dan-keburukan-2/. Accessed on Nov 22, 2018.
  3. ‘Neonates’ Responses to Repeated Exposure to a Still Face.  https://doi.org/10.1371/journal.pone.0181688. Accessed on June 17, 2018.
  4. New Report: Parents Spend More Than Nine Hours a Day with Screen Media. https://www.commonsensemedia.org/about-us/news/press-releases/new-report-parents-spend-more-than-nine-hours-a-day-with-screen-media#. Accessed on June 17, 2018.
  5. The Impact of using Gadgets on Children. https://www.longdom.org/open-access/the-impact-of-using-gadgets-on-children-2167-1044-1000296.pdf. Accessed on May 5, 2022.

Versi Terbaru

05/05/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Bagaimana Membesarkan Anak Tanpa Gajet

Tip Wujudkan Peraturan Penggunaan Gajet


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan