Bagaimana dengan aspek perkembangan bayi usia 14 bulan? Apakah perkara yang perlu diketahui oleh ibu bapa? Ikuti perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Pembesaran & Tingkah Laku
Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh perkembangan bayi usia 14 bulan?
Anda mungkin menyedari bahawa bayi anda mula mengalami rasa takut dan bimbang. Anak anda menjadi semakin sedar dan sensitif terhadap persekitarannya.
Dia mungkin takut kepada suara mesin basuh atau mesin pengisar. Anda harus sedar akan perkara ini dan cuba mencari jalan untuk menenangkan anak anda.
Ketakutan yang yang lain mungkin terhadap tab mandi. Walaupun anak anda dahulunya suka mandi di dalam tab mandi, dia kini mungkin merasakan ia sebagai tempat yang menakutkan.
Cuba berikan mandian span selama beberapa hari. Anda boleh cuba membiarkan anak anda duduk di dalam tab mandi tanpa air dan berikan kain lap untuk mereka bermain. Dia akan rasa selesa dan selamat tidak lama kemudian.
Apakah yang anak saya patut bersedia untuk lakukan?
Anak anda mungkin menjadi aktif di luar kawalan. Ini adalah waktu yang baik untuk meletakkan beberapa had bagi anak anda dan memberikan kerja-kerja asas untuk membentuk disiplin.
Anda dan suami perlu mempunyai persefahaman yang sama tentang apa yang dibenarkan dan apa yang akan berlaku jika anak anda melebihi hadnya.
Ini tidak bermakna anda perlu menjerit. Cara yang terbaik ialah dengan menjadi tegas.
Biarkan anak anda tahu apa tingkah laku yang baik dan apa yang buruk. Anak anda akan tahu dengan serta merta jika anda serius melalui perubahan pada ton suara anda.
Waktu bermain adalah sangat penting dalam pembinaan skil motor dan sosial serta keyakinan diri dalam tempoh perkembangan bayi usia 14 bulan ini.
Oleh itu, sila sediakan peluang dan ruang yang banyak untuk mereka bermain. Anda mungkin melihat anak anda bermain sendirian.
Jangan rasa bersalah.
Anda harus menggalakkan mereka bermain. Anda boleh memerhatikannya dari jauh. Ini akan menggalakkan mereka berdikari dan menerokai dunia dengan sendiri. Anda akan membantu pembesaran mereka.
Temu Janji Doktor
Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?
Kemungkinan anak anda tidak dijadualkan untuk berjumpa doktor pada waktu ini. Anda harus berbincang dengan doktor jika terdapat perubahan yang mendadak pada pembesaran anak anda.
Anda juga harus bertanyakan doktor tentang vaksin.
Apa yang harus saya beritahu kepada doktor untuk perkembangan bayi usia 14 bulan?
Doktor mungkin meminta anda untuk cuba berhenti menggunakan botol susu.
Jika anda masih belum bersedia untuk melakukannya, pastikan gigi anak anda dalam bentuk yang baik dengan menyimpan susu, susu formula dan jus untuk diberikan semasa waktu makan dan snek.
Jika anda merasakan sudah masanya untuk berhenti menggunakan botol susu sepenuhnya, anda boleh melakukannya serta merta atau secara berperingkat.
Cara serta merta adalah lebih pantas tetapi akan membuatkan anak anda menangis dan berkemungkinan tidak tidur malam.
Langkah berperingkat mungkin pilihan yang lebih baik. Ia mungkin dilakukan dengan menukarkan botol dengan menghirup dari cawan.
Anda boleh mula menukar semasa sarapan dan kemudian sewaktu makan tengah hari selepas beberapa hari. Minuman botol sebelum tidur kebiasaannya paling susah untuk dihentikan dan selalu menjadi yang terakhir.
Apa yang diharapkan
Apa yang saya bimbangkan mengenai perkembangan bayi usia 14 bulan?
Anda mungkin bimbang tentang berat anak anda. Ini adalah normal.
Semua ibu akan mengalami kebimbangan ini walaupun anaknya sudah dewasa. Anda harus tahu yang bayi kebiasaannya tidak memerlukan banyak makanan, sekurang-kurangnya tidak sebanyak yang diperlukan oleh orang dewasa.
Jika bayi anda seorang yang sangat aktif, dia mungkin mengambil kalori yang lebih sedikit berbanding yang digunakan.
Anda hanya perlu risau jika anak anda tidak aktif tetapi hilang berat badan. Ini mungkin petanda kepada masalah yang serius.
Baca juga:
Jika anak anda terlebih berat badan, anda harus memastikan dia mengambil snek yang sihat dan kurangkan pengambilan gula. Anda tidak perlu berasa terlalu risau.
Sebaik sahaja dia sudah pandai berjalan, dia akan berlari dan menjadi semakin kurus dan tinggi.
Anda mungkin bimbang tentang apa yang ingin diberikan kepada anak anda semasa demam. Kebanyakan demam adalah disebabkan oleh virus dan akan hilang selepas beberapa hari.
Cuba elakkan memberi anak anda ubat-ubatan tanpa preskripsi. Ubat-ubatan ini kebiasaannya tidak disyorkan bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun melainkan dipreskrip oleh doktor.
Anda harus berunding dengan doktor jika simptom menjadi semakin teruk.
[embed-health-tool-child-growth-chart]