backup og meta

Ini Aspek Penjagaan Bayi Bulan Ke-13 Yang Perlu Mama Papa Ambil Tahu

Ini Aspek Penjagaan Bayi Bulan Ke-13 Yang Perlu Mama Papa Ambil Tahu

Sebagai ibu ayah pastinya anda ingin mengetahui aspek penjagaan dan perkembangan bayi 1 tahun 1 minggu, betul tak? Ini apa yang perlu anda fahami.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Pembesaran & Tingkah Laku

Apa yang patut anak saya lakukan dalam perkembangan bayi 1 tahun 1 minggu?

Di umur 13 bulan, anak anda mungkin mengubah tabiat pemakanannya. Dia mungkin secara tiba-tiba menjadi memilih dalam soal makanan. Ini mungkin kedengaran agak pelik tapi ia adalah normal.

Ini adalah masa yang baik untuk mula meneroka jenis-jenis makanan yang berbeza atau memperkenalkan semula makanan lama yang tidak disukainya sebelum ini.

Ini hanya menunjukkan bahawa deria rasanya sedang berkembang. Anda boleh mencuba rempah atau hidangan yang berbeza.

Anda hanya perlu risau jika dia kehilangan berat badan dan mengalami simptom-simptom lain seperti demam atau cirit-birit. Ini boleh jadi disebabkan jangkitan yang menghilangkan selera makannya. Sila hubungi doktor jika ia berlaku.

perkembangan bayi 1 tahun

Bukan sekadar tabiat pemakanan, tabiat tidur juga mungkin berubah. Anak anda mungkin dahulunya seorang yang kuat tidur dan secara tiba-tiba mula berjalan di tengah-tengah malam.

Umur antara 12 ke 14 bulan, bayi mula bermimpi dan ia sebenarnya boleh membuat anak anda terkejut dan bangun serta menjerit. Anda harus menenangkannya dengan baring bersamannya sehingga dia tidur.

Perkara ini akan hilang selepas beberapa ketika.

Apakah yang anak saya patut bersedia untuk lakukan dalam perkembangan bayi 1 tahun 1 minggu?

Kadangkala, mempunyai anak yang memilih soal makanan boleh menjadi satu tekanan.

Cuba untuk tidak memaksa anak anda untuk makan banyak. Tetapi biarkan seleranya menentukan berapa banyak makanan yang diambil.

Walaupun anda tidak boleh mengawal berapa banyak anak anda makan, anda semestinya berkuasa menentukan apa yang boleh dimakan.

Teruskan memberi pelbagai jenis makanan sihat di setiap waktu makan. Cuba untuk tidak membiarkan anak anda mengambil gula-gula dan makanan lain yang tidak sihat.

Jangan risau! Selagi mana anak anda masih membesar, kemungkinan besar dia dalam keadaan yang sihat.

Tabiat tidur yang baik adalah penting untuk kegembiraan dan kesihatan anak anda. Tetapkan waktu tidur dan wujudkan satu rutin.

Rutin waktu tidur termasuk waktu mandi, minum segelas susu, menggosok gigi dan cerita sebelum tidur.

Anak anda mungkin menolak pada awalnya tetapi selepas beberapa minggu, dia akan menunggu cerita tersebut sebelum tidur.

perkembangan bayi 1 tahun

Anda boleh membelikan kasut untuk anak anda, bukannya memakai stokin sebelum sebelum ini.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Anak anda berkemungkinan telah menjalani pemeriksaan umur 1 tahun pada bulan lepas. Jika anda tidak menetapkan jadual temu janji lain dengan doktor, bulan ini adalah waktu yang baik untuk melakukannya.

Anda harus memberitahu doktor tentang sebarang perubahan pada diet, tabiat tidur dan tingkah laku anak anda.

Apa yang harus saya beritahu kepada doktor?

Terdapat beberapa makanan yang boleh menyebabkan alahan. Ini adalah sebab mengapa doktor berkemungkinan  menasihatkan anda untuk tunggu sehingga anak anda mencapai umur 1 tahun.

Kini, anak anda sudah berumur 13 bulan. Anda boleh perlahan-lahan memberikan makan tersebut. Adalah penting untuk anda tahu bagaimana ingin memberikan makanan tersebut dalam perkembangan bayi 1 tahun 1 bulan.

Anda harus lakukan perkara berikut:

  • Ketahui makanan apa yang boleh menyebabkan alahan. Makanan ini termasuk telur, kacang, strawberi, madu, susu lembu dan tomato.
  • Mulakan sejenis makanan pada satu masa. Anda boleh memerhatikan apa-apa tindak balas dengan cara ini. Kebiasaannya anda akan memulakan makanan baru selepas 4-5 hari.
  • Tulis diari. Adalah penting untuk mengenal pasti sebarang tindak balas terhadap makanan tertentu. Ini mungkin merupakan tindak balas alahan terhadap makanan atau mungkin tidak. Anda boleh membawa diari makan tersebut kepada doktor untuk dievaluasi.

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/kesihatan-anak-lain/alergi-telur-pada-kanak-kanak/

Apa yang diharapkan

Apa yang saya bimbangkan dalam perkembangan bayi 1 tahun 1 bulan?

Anda mungkin bimbang tentang anak anda jatuh atau berlanggar dengan apa-apa objek. Jangan cuba untuk melindungi anak anda secara berlebihan. Mereka semestinya akan cedera dan luka.

Ini adalah sebahagian dari hidup. Mereka akan belajar untuk lebih berhati-hati. Cara yang terbaik untuk membantu anak anda ialah dengan membiarkan mereka bermain dengan bebas.

Ini akan membantu pembesarannya. Bermain dan jatuh akan membantu anak anda belajar tentang badan dan persekitaran mereka. Ia akan mengajar mereka bagaimana ingin bangun semula setelah jatuh.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/first-year-of-life/first-year-infant-development/

https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/default.aspx 

https://www.marchofdimes.org/baby/developmental-milestones-for-baby.aspx 

https://www.pregnancybirthbaby.org.au/baby-development 

https://www.unicef.org/parenting/child-development/baby-tips 

https://www.understood.org/articles/en/developmental-milestones-from-birth-to-age-1 

https://kidshealth.org/en/parents/guide-parents.html

 

Versi Terbaru

14/08/2023

Ditulis oleh [email protected]

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Fahami Proses Tumbesaran & Tanda Si kecil Mungkin Alami Lewat Perkembangan, Ibu Ayah WAJIB Ambil Peduli!

Anak Sudah Masuk 1 Tahun Tapi Masih Belum Jalan? Ini 3 Peringkat Perkembangan Bayi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 14/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan